Sunday, January 17, 2010

Pizza Ham dan Bacon

Semalam saya sekeluarga ke Nokia Care kat Morley untuk membaiki handphone saya yang baru berusia sebulan. Keypadnya bermasalah. Bangunan Nokia Cake ni tepi shopping complex..Kat sini semua kawasan ada shopping complex yang besar, saya rasa kat sini syurga bagi orang yang suka shopping. Tiap-tiap minggu ada sale. Tapi salenya hanya untuk barang-barang tertentu sahaja. Minggu depan barang lain pula sale. Kalau ikutkan hati memang boleh pokai dibuatnya..

Selesai urusan membaiki handphone, kami pun meninjau la kat shopping complex. Window shopping je. Dah banyak berhabis duit shopping untuk balik Malaysia bulan Mac ni..Naik lenguh kaki nak meninjaunya yang besarnya ala-ala KB Mall. Tak sempat pun nak habiskan. Bila banyak berjalan perut pun mulalah menjerit-jerit minta diisi kami singgah di Pretzos, sebuah kedai fast food yang menjual kebab, roti, pizza etc. Kedai ni mendapat pengiktirafan halal daripada Islamic Centre of Western Australia (ICWA).ICWA mengeluarkan risalah setiap tahun bagi mengisytiharkan halal outlet. Risalah ni sentiasa kat kereta untuk rujukan..

Kami bercadang nak order pizza, tapi terkejut bila tengok kat board menu ada ada ham pizza dan bacon pizza.Bacon ialah daging babi yang telah diasinkan atau disalai, manakala ham pula ialah daging peha babi yang disalai.Terkedu kami. Perut yang berkeroncong tadi tiba-tiba kenyang serta merta. Tapi beli juga air untuk anak-anak yang sememangnya dahaga dari tadi.



risalah yang dikeluarkan ICWA

Kami terus ke kereta. Frustnya rasa bila halal dan haram diperkotak katikkan. Abang terus call seorang imam, orang Indonesia yang menjadi supervisor dalam mengeluarkan sijil halal. Nak tau apa jawapannya? Perkataan bacon dan ham tu cuma digunakan untuk mengaburi mata mat saleh sahaja. Daging yang digunakan tetap daging lembu.Kat Malaysia pun kalau di hotel-hotel pun sama juga situasinya.

Tak terkata kami. Rasa macam nak tanya je imam tu, JAKIM ke yang memberi pengiktirafan halal haram kat sini? Sampai dia mengaitkan Malaysia dalam hal ni. Kalau tak buat kerja, janganlah nak menunding jari kat orang pula. Lagi satu, apa faedahnya guna perkataan babi pada lembu? Kalau orang yang allergik dengan daging lembu pasti dalam keadaan bahaya bila memakannya. Tak pasal-pasal kena saman kalau orang tu sakit. Geramnya kami.

Sebenarnya memang orang Islam yang menetap kat sini kebanyakannya tak menitik beratkan halal dan haram saya pernah publish isu ni kat sini. Dah banyak kali terkena dengan mereka. Apabila mereka seolah-olah tidak tahu pun apa yang boleh dimakan dan apa yang tidak. Malah kami pernah dihidangkan potato baked yang salah satu ingrediantnya adalah sejenis cream. Bila saya meminta resipi daripada tuan rumah, dia menunjukkan bahan tersebut, mahu pengsan saya dibuatnya. Hampir kesemua ingrediant cream tersebut adalah berasaskan haiwan. Kesian pun ada geram pun ada. Kesian sebab jahil, geram sebab tak peka dengan agama sendiri. Dunia serba maju sekarang ni. Surf je internet semua boleh dapat.


11 comments:

mamaarifakeemaisy said... [Reply to comment]

Masyaallah, boleh lak gitu je jwpannye..haish..dunia akhir zaman..halal haram ambik mudah je..! kita sendiri la kena peka selalu kan..

Ibuhani said... [Reply to comment]

tu lah....kat luarnegara ham n bacon adalah daging babi yg mcm Hamizah kata tu.....tp kat Msia ni ada yg gunakan nama mcm chicken bacon, chicken ham.....dia org ingat suka2 jer letak nama bacon & ham tu depan makanan2 tu semua. K. ani pun slalu pesan dgn anak sulung, Huda yg bljr kat NZ.....jgn makan apa saje yg ditulis bacn n ham kat sana sbb benda2 tu sebenarnya adalah nama utk daging babi........nauzubillah makan benda2 haram ni sbb makanan juga penting dlm pembentukan hati dan diri........

Nadiah Sidek said... [Reply to comment]

eii..apa perlunya guna perkataan tu kalau memang bukan ham dan bacon yang dimaksudkan dan kenapa pulak nak mengaburi mata mat salleh? hanya semata2 nak dapat untung ke? isy, tak faham betul la

Hamizah said... [Reply to comment]

mamalieyna,
golongan agama bila dikaburi habuan dunia, inilah yang akan terjadi

ibuhani,
mmg betul pesan ibuhani tu..bahaya kalau dah termakan makanan haram. hati jadi gelap

Nadiah,
rasa sgt diperbodohkan bila perkara ini berlaku ke atas umat Islam.semuanya mengejar habuan dunia..

Dayah @ Real Ummu said... [Reply to comment]

saya rasa jika di luar memang susah kita nak kawal. yang pemberi tauliah pulak boleh cakap gitu..makanya saya bangga sebab Kak Hamizah telah menerapkan elemen sentiasa berwaspada terhadap makanan di luar dalam keluarga akak.saya rasa itu yang penting dalam setiap keluarga muslim. Siapa lagi nak alert, kalau bukan kita sendiri sbb org luar juga tidak boleh menjamin.

maya amir said... [Reply to comment]

laaa... betul ke? isk..mmg tak patut laa gitu..huhu

Hamizah said... [Reply to comment]

Dayah,
memang kena beringat la..ini hak kita, hak agama kita.kalau kat Msia senang je, kan?tgk halal JAKIM terus beli.kat cni memang kena baca satu persatu ingrediant makanan

maya,
memang tak patut pun..

Jasnia said... [Reply to comment]

Hujan batu di negeri sendiri, hujan emas di negara orang...

Itulah dugaan bagi yang merantau. semoga akak sekeluarga tabah menghadapinya.

Sudahnya, makan masakan sendiri jugak yang selamat.

Hamizah said... [Reply to comment]

Na,
betul tu..bab makan minum la menyebabkan hati meronta-ronta nak blk Msia.

Nida n' Hanafi said... [Reply to comment]

Salam..

Bestnya nak balik Malaysia...

Lepas ni walau ada tanda halal pun kena lebih berwaspada.

Hamizah said... [Reply to comment]

Salam Nida,

yahooooooooo balik Msia, ada airasia blh la merasa..suami buat research kat Msia.ada alasan nak blk.

Memang kena hati2 bila berada kat negara org..harap2 tak berulang lg..