Thursday, January 7, 2010

Pertandingan Kapal Layar

Semalam dengan jemputan seorang kawan sama uni iaitu Mandey, abang dan rakannya Shahrul telah berpeluang menyertai pertandingan kapal layar. Memandangkan abang tiada blog, saya akan buat liputan untuknya. hehehe..Teringin juga nak join tapi susah la dengan anak-anak kerana bila berada dalam kapal layar kita kena bergerak ke tepi, ke tengah, kiri dan kanan. Terhoyong hayang la badan untuk stabilkan kedudukan kapal layar.Tak boleh buat silap kerana kalau terjatuh ke laut pastinya banyak jaws yang menanti..


nampak macam tengah rileks, tapi sebenarnya ini antara posisi untuk stabilkan kapal...


sedang menurunkan layar

bersama Mr.Kent dan isteri, Karen

suasana biasa dalam pertandingan kapal layar


Saya tak tahu juga apa-apa pasal kapal layar ni, nak cerita lebih-lebih kot tersalah fakta. Yang pasti, mereka telah menaiki kapal yang dikemudikan oleh Mr Kent dan isterinya Karen bersama dua krew kapal lain telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tu dan abang telah dijemput sekali lagi untuk menyertai mereka minggu depan.Bila la saya dapat join? Kalau ada kapal sendiri, kan best..tapi kiamat dulu la gamaknya kalau nak tunggu abang belikan..hehehe

9 comments:

Ibuhani said... [Reply to comment]

best nya naik kapal layar.....teringin jugak naik tu....kalau hamizah ada rezeki punya satu nanti, jgn lupa ajak k.ani ekk... :)

Nadiah Sidek said... [Reply to comment]

kalau ada org offer nadiah naik kapal layar, rsnya takkn naik pun. takut la jatuh kat tgh2 laut :p. mmg penakut skit sbb dulu naik banana boat..jatuh kat tgh2 laut. wpun duk pakai jaket keselamatan tu & terapung2 je..isy gerun gk la! huhu..

Hamizah said... [Reply to comment]

Ibuhani,
tunggu ye..kalau rezeki lebih,saya ajak sekali..bila la nak jadi kenyataan..

Nadiah,
nak juga cuba walaupun hati tak berani.naik bot pernah, banana boat xpernah la plak..

Chik Na said... [Reply to comment]

kalau hamizah dapat ikut sama mesti panjang lebar liputannya kan...

Hamizah said... [Reply to comment]

chik Na,
itulah..ni entry khas utk suami..tak penah pon buat entry pasalnya..

Mr PenyuBiru said... [Reply to comment]

tak payah pakai lifejacket ek? teringin nak try sukan sebegini tapi tak berpeluang.

Hamizah said... [Reply to comment]

Mr Penyubiru,
entah la..diorg tak pki pon..kalo kat malaysia sukan utk org kaya2 je kan..kat cni fee pon tak mahal sgt. tp nak bli kapallayar mahal la plak

fa10 said... [Reply to comment]

best tu klu boleh join.... tp takut jugok kalu2 mabuk laut.. mesti goyang2

Hamizah said... [Reply to comment]

sebelum ni naik boat ke feri ke..xmabuk laut.tp kapal layar xleh nak cuba la..