Perkara pertama yang perlu difikirkan ialah sama ada nak berpindah rumah atau tidak kerana rumah yang kami sewa sekarang ni dah nak tamat tempoh kontraknya hujung bulan Febuari. Sewanya yang memang mencekik darah, $325 (RM1300), tetapi kelengkapannya ala kadar sahaja. Banyak perkara yang saya tak puas hati sebenarnya spt carport tak berbumbung, saluran air kat tandas melimpah ke bilik anak bujang saya, sampai sekarang tak berbaiki, carpetnya memang lusuh sangat-sangat. Rasanya tak sabar-sabar nak berpindah rumah.Tapi kat sini memang susah nak dapatkan rumah untuk disewa. Procedure ada kat sini. Makin terseksa jiwa raga.
inilah rumah kami sekarang...
Perkara kedua (sebenarnya pertama), saya kini menghitung hari untuk balik ke Malaysia. Huh lambatnya perjalanan masa dirasakan. Macam-macam persiapan yang perlu dibuat, mana nak cari souvenir, nak beli barang-barang yang keluarga pesan, nak pack barang (dah mula tau hehehe), nak control hati lagi supaya bersabar menunggu tiba masanya. Ini yang paling susah..kepulangan kali disebabkan abang melakukan research kat Malaysia, boleh tumpang sekaki. Terima kasih Air Asia kerana menyediakan flight tambang murah ke Perth.
Perkara ketiga, tahun ni dua anak bujang saya Danish, masuk year 1 dan si adik Danial pula dah nak masuk empat tahun bakal mendapat adik.hehehe. Syukur, alhamdulillah. Ikutkan hati dari tahun lepas saya ingin pregnant lagi tapi dengan keadaan abang yang masih berhempas pulas menyiapkan proposalnya, niat ditangguhkan seketika. Inilah anugerah paling berharga menjelang 2010. Doakan saya mendapat anak perempuan yang sihat tubuh badannya, yang mantap imannya dan yang bijak akalnya..amiiiiiiiinnnnnn
18 comments:
Mabruk Alaiki..Rezeki memihak pd awak dulu..esok bleh wat announcement kt sek..( gurau jer..)
Doakan saya juga..
Amboi..lg 2 bln dah sibuk berkemas..mmg nk balik sungguh la ni..
alhamdulillah,
seronok dgr cerita awak nak kelik mesia, seronok lg bila tahu diorg nak dpt adik... tahniah. saya pun teringin juga tp suami suruh tunggu dia siapkan phd dulu... ikut ajelah kan?
salam.. tahniah.. danish n danial nk dpt adik.. bertmbah riuh le
tahniah kak! nadiah memang suka betul kalau dapat tahu kawan/blogger yang pregnant. macam nadiah pulak yang pregnant..hihi. insyaAllah mudah2an kali ni akak dapat baby girl lak ye. seronoknya dapat balik malaysia...nak ikut!
alhamdulillah.....happynya dgr Hamizah bakal menerima org baru. Nak anak pompuan kena ambil petua k.ani sbb I hv 3 girls.....hehehe....jgn makan ikan tau! Semoga dianugerahi Puteri comeii yg sollehah, bersifat mulia n dirahmati Allah SWT :)
Tahniah! Moga-moga hamizah diberi kesihatan yang baik sepanjang proses mengandung ni..AMIN
pah,
alhamdulillah, rezeki saya dulu..igt surprise tapai dah tak surprise lg la cam ni..huhuhu
mana ada dua bulannya, sebulan je lagi nak blk Msia..hehehe
fa10,
exited sgt nak blk ni.rindu sgt2 dah.saya ni homesick skit.
bodek la suami, ni masa paling sesuai saya rasa sbb boleh breastfeed anak sepenuh masa
maiyah,
tq.doakan saya selamat ye..
Nadiah,
tq, tak nak bagi adik lg ke kat sufiyyah?hehehe
jom ikut sekali tapi flight asing2 ye
ibuhani,
tq, bagus petua tu..tp saya baru je lepas makan ikan hehehe..pasni tak makan lg..
Kak Yati,
tq, amin..mudaha2an selamat ke akhirnya..
waahh bestnyer dah nak balik Malaysia...mmg tak sabo2 lah ni ye..hehe..
Tahniah nk dapat baby baru..Moga2 termakbul doa untuk mendapat anak perempuan! Aminnn.. ^_^
mamalieyna,
rasanya memang tak boleh gambarkan perasaan ini..betapa besarnya rindu ditanggung..
tq,mdh2an termakbul..amiiiiiinnn
Alhamdulillah. mudah2an doa akak utk dpt anak perempuan di makbulkan.
bila nk blk msia kak? lama ke blk bcuti?
yatiey,
tq..
nak balik 9 mac..insya Allah 3 bulan
sedih lak rosma bace n3 ni..xtau ngape..xsanggup rasenyer nk dok jauh2 dari negara sendiri..sabar ye mizah..xlame lg tu masenyer akan tibe..nk dpt baby baru/tahniah..tk cr.
rosma,
sedih hati bila rindu..tp demi suami rela berkorban..
tq,doakan saya selamat ye..
Post a Comment