Saturday, September 10, 2011

Beli Prepaid pun Kena Bayar TAX

Saya betul-betul tak faham dengan sistem komunikasi kat Malaysia ni.Sesuka hati je nak naikkan harga prepaid dengan alasan nak bayar tax kepada kerajaan.Sebenarnya dah lama adik saya jual top up RM10 dengan harga RM10.50 sebabnya penjual hanya diberi keuntungan 10% ke atas jualan.Maksudnya setiap sekeping kad RM10 hanya 10sen sahaja untuk peniaga.Biasanya dia hanya mampu menjual RM300-RM 500 sahaja sehari.Kerja sampai ke malam seciput itu sajalah upahnya.Memang mencekik darah betul syarikat komunikasi ni.Semakin mahal kos hidup kat Malaysia,kan?


Kalau kat Oz ni memang tak boleh nak top up dengan $10.Nilai paling rendah adalah $30.Tapi memang berbaloi sebab kita diberi kredit sebanyak $150.Siap international call lagi.Call atau SMS kepada nombor-nombor yang sama operator adalah percuma.Terbaru dilancarkan bila top up $30 deberikan kredit $500.Memang best.Tak pula gulung tikar diorang ye.


Saya sekarang ambik plan postpaid $45 sebab nak mobile phone percuma..hehe.Sama juga di berikan kredit $150.Siap boleh roll over lagi kalau tak habis digunakan dalam masa sebulan..

4 comments:

Sufia Mahzan said... [Reply to comment]

Telco Mesia dh spoilt sgt..tu yg naik lemak smpi mcm tu skali.

sekadar satu coretan said... [Reply to comment]

tu la ade dgr kat radio smlm...mmg menyusahkan jer...

Acik Erna said... [Reply to comment]

assalam hamizah..memang rasa macam tak patut aje kan..

dear anies said... [Reply to comment]

nk kena kn tax tp msk kg tggl 1 bar je kdg2 langsung xde..ptuiiii