Thursday, September 15, 2011

Anjing Pun Nak Jogging

Seperti biasa, pukul 6.30 pagi saya dah keluar rumah untuk exercise~jalan kaki je.Sekarang ni dah musim spring pukul 6.15 pagi dah habis subuh.Sebetulnya dah sebulan lebih saya wat exercise ni.Selama 40minit-1jam setiap hari.


Sebelum ni saya hanya cycling kat dalam rumah je.Tapi sejak barang-barang dah masuk kontena dan dah selamat sampai pon ke Malaysia, saya terpaksa keluar untuk exercise.Asyik mengadap laptop je menyebabkan saya badan saya tidak sihat!Lagipun kat sini lorong untuk jogging/berbasikal/berjalan kaki disediakan disemua kawasan.Nak atau tak nak je.



lorong basikal/pejalan kaki/jogging yang selesa~google..


Keluar pagi-pagi sebab, senang nak tinggal baby.Abahnya masih belum ke ofis.Bukan tak boleh sorongnya dalam stroller, tapi bila winter atau spring rasanya tak sesuai nak bawanya.Cuaca sangat sejuk boleh menyebabkan dia senang selsema dan allegy.


Kedua-sebab masa ni mat saleh masih tidur.Kalau tak memang saya selalu menjadi perhatian diorang.Kawasan saya tinggal ni tak ramai muslim.Entah-entah saya ni dianggap spy JI atau al-Qaeda..hehe.Biasanya handphone sentiasa bersama.kot-kot berlaku perkara yang tak diingini..


kamu memang comel,tapi saya geli..


Yang saya tak suka, bila bertembung dengan diorang ni yang bawa anjing.Kalau yang sopan tak pe, diorang akan berhenti atau berjalan di luar lorong berjalan kaki.Tapi pagi ni saya hampir diterkam anjing yang comel bewarna hitam.Puppy je.Saya menjerit kecil."Ahhhh.."Hish geram betul.


Tuannya memang pegang anjing tu, tapi anjing tu tetap berminat dengan saya.Tak pernah tengok orang pakai tudung agaknya.Berlari saya ketakutan.Hehe..Patutnya berdiam sahaja,kan?Tapi tak boleh la..Saya takut dan geli melihatnya..

7 comments:

Sufia Mahzan said... [Reply to comment]

Saya pun... walaupun anjing tu tengok je, saya yg angkat kaki dlu. Org kata jgn takutkan dia, nnt dia serang. Tapi dh saya yg takut dlu, mcm mane tak takutkan dia..hehe

yatie chomeyl said... [Reply to comment]

samo la kito kak, wpon comel ttp geli hehehe

KhaiRin said... [Reply to comment]

xgeli tp kalu lalu o melintas sure sy buka langkah 1000

cheqna said... [Reply to comment]

cheqna pun sangat takut ngan anjing..memang takut r...

pB said... [Reply to comment]

sini , dayshat lagiiiii

Uncle Lee said... [Reply to comment]

Hi Hamizah, that's a cute doggie.
Dogs are man's best friend.
There's a saying if you want a friend, get a dog.
Anyway, I guess you not only one 'geli', ha ha.
My wife pulak allergic to dog fur or cat's too.
Habis cherita!

You have a nice day and keep a song in your heart.
Lee.

julietchun said... [Reply to comment]

saya sanggup tukar jalan lain kalau nampak ada anjing dok lepak2 situ. saya takut bukan geli :D