Monday, September 12, 2011

Kalaulah Open House Setiap Hari..

Seronok betul la sejak-sejak raya ni..Asal weekend je tak payah masak.Jemputan ke open house bertali arus.Kenyang sampai ke malam.Bolehlah tutup dapur dua hari seminggu.Tak pening-pening nak fikir menu nak dimasak.Yang penting bolehlah tukar selera.Asyik dok makan masakan sendiri je boring juga..hehe..



Rasanya open house kat sini ada bezanya sikit daripada Malaysia sebab diorang ni banyak terpengaruh dengan budaya matsaleh.Yang paling ketara setiap rumah mesti ada gula-gula untuk budak-budak.Malah dalam sampul duit pun terselit gula-gula atau coklat.Sukalah anak-anak boleh nak melantak sesuka hati.Yelah takkan mak nak cubit pula kaalu kat rumah orang (padahal mak sungguh busy melayan tekak sendiri).


lepas makan, senyum sampai ke telinga (nak cepat curi lagi gambar dari blog cik abe..hehe)



Satu lagi bezanya dengan tempat kita, selalunya kita dipelawa minum teh atau kopi panas-panas.Bilangan sudu gula terpulang kepada cita rasa masing-masing.Biasanya saya memilih air kosong saja.Nak cover manis makanan yang serba berlemak dan manis tu..



Kalau hari-hari ada jemputan best ke tak?Mungkin tak seronok juga,kan?Sebab susahnya nak control diet, asyik terbabas saja bila tengok semua makanan yang sedap-sedap tu.Itulah agaknya antara hikmah Syawal sekali je setahun..

9 comments:

KhaiRin said... [Reply to comment]

ni, hari2 open house pun da x larat pe tah lg kalu raya tiap2 bln

Lady Lavender said... [Reply to comment]

bestnya open house..kat sini tak merasalah kot sebab bilangan kami tak ramai. First weekend of syawal aje buat potluck reramai. Selamat hari raya buat hamizah sekeluarga di sana :-)

yatie chomeyl said... [Reply to comment]

sini x bg duit rayo pon, tp make meme smp sendat perut hehe

Ijah EmoTemo said... [Reply to comment]

hee klu hari2 open house mmg kenyang selalu la perut kan. hihi

julietchun said... [Reply to comment]

sesekali takpe terbabas diet :D

pB said... [Reply to comment]

kalau dpt banyak jemputan pun pening jugok kalu kat sini


pening jalae jem
pening nok bayar tol pun yor jugok

Hamizah said... [Reply to comment]

khairin,
betuljuga,kan?

ladylavender,
kami kat cni pon xramai..open house yang kami pegi tu kebykannyajmputan org2 Melau yg dah bertaraf PR..


yatiey,
nok duit rayo kenolah bw anak beraya rumoh2 oghe hok menetap cni doh..student xwi duit rayo hehe..sendat doh hook kain ni banyok sgt make..

Hamizah said... [Reply to comment]

ijah,
boroilah perut..penyakit pon senang2 je nak menempel,kan?


juliet,
tuk org yg sihat n rajin exercise xpe..org yg byk goyang kaki cam saya ni sgt bahaya..hehe

pB,
la xjimat jugok la..make free,tp kena perabih pitih kot lain pulop..
mujurlah kat cni xtol,xjem..sukolah nok jln2..

ainnoraini said... [Reply to comment]

kalau hari2 open house harus pengsan kot..asyik makan jer...