Friday, September 16, 2011

Kecik tapi dah Pandai Berangan

Pantang ada book fair kat sekolah, Danish tergedik-gedik nak beli.Memang dia itu minatnya no. satu.Dua tiga hari lepas dia bawa balik the wishlist book.Dia tulis segala buku yang dia suka.4biji kesemuanya.Totalnya, $60..Harga satu buku ada $25, ada $15, ada yang tak sampai $10 pun.Terkejut saya.Pujuk juga dia,"Beli satu cukuplah ye?".Bukan apa kalau beli yang 2nd hand lagi banyak dapat.Dia macam enggan.Katanya duit rayanya banyak jadi boleh la semua buku.Kesudahannya dia beli sebuah buku dengan duit rayanya.Selebihnya abah top up.








Balik sekolah je terus baca buku tanpa sempat makan dan tukar uniform.Dia suka sangat buku 'the Wimpy Kids'.Bagus bukunya, sebab melatih budak berfikir dan berkarya sendiri.Kadang-kadang berangan pun ada.Heee..Contohnya tajuk salah satu babnya 'My Future House'.Danish pun lukis la dia punya rumah.Si Danial, adiknya bertanya, "Long, ni bilik sapa ni?".Balasnya, "Ni bilik anak long la".Danial belum faham, "Bilik Ngah ke?".Danish, "Bilik anak Long, Ngah tau tak apa anak tu?"Haha saya tergelak sendiri.Kecik-kecik dah pandai berangan. Danial terus blur dengan perkataan anak.Nanti sebesar Danish pasti dia faham.Saya biarkan saja.Malas nak kacau mood diorang..



Siang malam Danish berkepit dengan buku tu.Sampaikan tertidur dengan buku.Memang berbaloi belikan untuknya..

10 comments:

azieazah said... [Reply to comment]

Anak dara saya yang Form 1 tu pun minat Diary of the Whimpy Kids tuh. Tapi baca kat library jer.

Budak2 sekolah rendah memang selalu didedahkan dengan pameran jualan di sekolah, pastu bawak balik list nak beli. Selalunya buku cerita jer... adeh

Nadiah Sidek said... [Reply to comment]

bagus minat buku dari kecik. biarlah duit berhabis beli buku daripada beli mainan

Sufia Mahzan said... [Reply to comment]

Baguslah anak akak..dekat dengan buku.

Tapi part berangan ada anak tu..kelakarlah :)

Acik Erna said... [Reply to comment]

Hamizah..bagus anak2 kecik lagi dah minat membacakan

pB said... [Reply to comment]

bagusnya


untung dapat anak anak yang rajin membaca nie

KhaiRin said... [Reply to comment]

berangankan yg positif..x pe...nama pun bdk2

cik ct payung said... [Reply to comment]

bagus la anak kak mie. tabik spring!!!

just nak share, better buku2 yg anak2 baca, mak ayah baca juga (atau skurang2nya ambik tahu) sbb takut ada 'maklumat-maklumat' yang tak sepatutnya dia dapat diusia muda ni.

Chik Na said... [Reply to comment]

Faiz pun suka buku Wimpy Kids ni..dia dah ada semua koleksi buku tu.. walaupun dah abis baca ..Faiz tetap ulang baca buku tu :)

Hamizah said... [Reply to comment]

kak azieazah,
menarik bukunya,kan?saya pon suka tumpang baca..


Nadiah,
masalahnya buku pon nak, toys pon nak..heeeee..



sufia,
biasa la kan?kita dl pon penuh angan2..dia terbiasa sebab sekolah byk mdorong..



kak erna,
alhamdulillah..

Hamizah said... [Reply to comment]

pB,
alhamdulillah..mdh2 kekal minatnya sampai ke tua..


khairin,
betul hidup bdk penuh dengan impian n angan2,kan?


bay,
sekolah yg byk melatih..
biasanya kalau beli buku abah yg check dl content,br lulus..kalau beli kat sekolah,ok je stakat ni..



chikna,
ramai rupanya peminat buku ni ye..mmg menarik sangat..sy pon suka..