Cerita basi lagi.. tapi tak kira nak tayang juga. Sebenarnya dah lupa sebab masa pergi hari tu, kebetulan broadband dah kehabisan gig. Bila belek-belek gambar kat hard disk baru teringat balik..
kat seberang sungai tu Perth City.. |
Kisahnya weekend dua minggu lepas kami ke Heirisson Island untuk menjejak kangaroo liar.Sebelum ni pernah tengok kat Cavernsham tempat ternakan, dalam kurungan. Boleh beri makan. Ada penjaganya. Kat sini bebas berkeliaran kat belukar-belukar. Masuk percuma. Itu yang best tu..Dekat pula dengan Perth city. Cuma dipisahkan dengan Swan River.
kat pintu masuk |
Kami datang tengahari, singgah rumah kawan Liza dan Ibrahim dulu. Breakfast (?) pukul 11.30 pagi. Dah penuh tangki barulah segar nak jalan-jalan. Cuaca nampak panas tapi anginnya sangat nyaman. Sekitar 30 degrees saja. Mungkin disebabkan sampai tengahari susah jugalah nak jumpa kangaroo yang biasanya aktif petang dan malam sahaja.
posing jauh-jauh, nampak ganas je kanggaroo ni.. |
Danish denga muka masam, Danial langsung tak nak bergambar..spoil betul la. Yang pakai tudung pink tu Liza |
10 comments:
Assalamualaikum Hamizah,
Danial tu tak selesa mungkin kerana panas sebab itu tak mahu posing....
Kanggaroo pun malas nak berjalan:)
kangaroo mkn pe kt situ?
kanggaroo halal dimakan (kalau disembelih dgn betul la). try la cari dan rasa daging kanggaroo halal sebelum balik mesia, bukan senang dpt peluang camtu.
mesti seronokkan dpt mesra2 dgn kangaroo tu...
Kangaroo pun malas nak jalan2 sebab panas sangat kot.
danial kasi can kat ummi :D
kangaroo boleh dimakan ke?
sbb rasa macam pernah terbaca
bekeng ko kangaroo tu kak?
as salam Hamizah..ada jugak tempat tengok kanggaru ye..
dapat tak tengok yang menggendong anak tu.
takut jugak kan kalu pergi tempat kangaroo yg lepas bebas macam ni..
Post a Comment