Baru je baca blog Nieda kat New Zealand, tentang anak-anaknya juga mula bersekolah semalam.Jadual persekolahan NZ dan OZ adalah sama sebab peredaran musim sama.Sedih pula baca kisahnya.Mungkin sebab anaknya ramai terasa perit juga bila terpaksa mengeluarkan belanja yang boleh tahan mahalnya.Kalau di sini untuk Danish yang kini year 2, hampir $300 (lebih kurang RM1000) jugalah untuk segala kelengkapan sekolah.Manakala Danial kurang sikit sebab dia cuma bersekolah hanya dua hari.Tapi yang untungnya alat tulis yang dibeli tahan untuk setahun kerana diorang akan simpan kat sekolah dan guna beramai-ramai..
Jalan kaki ke sekolah.Baju hijau tu dia sendiri yang pilih..Khas untuk kindy sahaja. Uniform pelajar lain macam abangnya pakai.. |
Seawal 8.30 pagi kami dah menapak ke sekolah.Boleh yahan juga penatnya, lebih kurang 1.5km juga pergi dan balik.Tapi demi anak saya gagahkan jua membawa perut yang memboyot-boyot ni.Lupa pula kereta kami kat workshop sebab kena langgar sebulan lepas sebab tulah kami bagaikan patah kaki sekarang ni.Sehari dua lagi baru siap.
Danial memang excited nak ke sekolah.Dah beberapa minggu asyik dok berlakon kononnya dia dah bersekolah.Saya sebenarnya risau juga sebab dia bukannya tau nak speaking sebab si abangnya tak suka speaking kat rumah.Sekali sekala sahaja kami akan speaking dengannya.Yang kedua macamana dia nak ke toilet yang tiada air.Kalau kencing ok lagi, kalau nak berak tak tau la pandai ke tidak dia nak menguruskan diri..
Sampai ke sekolah, terus dia diperkenalkan dengan ejaan namanya.Cikgu memang sediakan tag nama masing-masing.Macam Danish dulu, tak sampai sebulan dia dah tau menulis namanya.Kemudian ibu bapa dibenarkan temankan anak seketika untuk membacakan buku untuk anak-anak atau bermain puzzle.Ibubapa memang tidak dibenarkan menunggu anak-anak kat sekolah.Yang ajaibnya memang tiada budak-budak menangis.Saya kagum cara cikgu melayan pelajar..
Pukul 11 pagi sekolah tamat.Hanya pada minggu ketiga dia akan bersekolah penuh~hingga pukul 2.45 petang.Excited sungguh dia bercerita tentang sekolahnya tapi yang kelakarnya macam orang kebulur yang tak jumpa makanan setahun sebab kat sekolah cuma makan buah sahaja.Balik je makan 3keping roti, kemudian apam beras yang saya buat semalam sambung lagi susu sebotol.Hahaha..
24 comments:
Selamat bersekolah Danial. Sehari dua lagi tengoklah tu...berabuk nanti dia speaking. Budak2 cepat mengikut dan tak malu2 kalau salah pun...
wow... mst Danial suka sekolah 2...
kalo kt malaysia,mst rmi bdak2 yg nangis.... kt sna x der yer?? pndi cikgu2 sna melayan...
tahun ni akak tengok budak darjah 1 kat sekolah ami, semuanya ok, tenang ja, takdak sapa pun yg nangis, best
danial budak yang baik !
ada dia kenyit mata kat kindygirl sana ??
as salam hamizah..
kesian danial..kelaparan dia ye..
tak boleh bawak bekal ke..
1.5km jauh jugak tu mizah..dengan keadaan mizah lagi..
tapi tak pe..anggap eksesais aje la kan..semoga mudah bersalin..
hamizah,
sekolah kat sana kena bayar ke? huuu..kami kat sini semua percuma. cuma beli baju dan beg sekolah je. tu pun xsampai rm1000. alat tulis mmg guna sekolah punya. nasib baik dia kasi free je utk foreigner..bygkan kalo kena byr mcm fees phd tu, mahal tu..
take care! nmpk mcm sarat dah..
Hehehe...lapar dia ye kak..tu lah..sementara nak biasa dengan jadual sekolah...
hihi..kat sekolah tak dpt mkn..mana tak kebulur..
bdk2 skrg dah xde yg nangis.. dah pandai... anak sy thn nih msuk darjah satu pon x nangis... siap sruh kita balik lg, xyah tggu... hehe..
ckLah,
insya Allsh sbsng dis dl pon 2,3 bulan dahboleh speaking,tp xmo speaking kalau kat rumah..
Me'ah,
betultu..
ms tumpangkan anak semasa blk Msia tahun lepas seminggu dia menangis..siap cikgu panggilkan guard..hahahah
Mamasyaza..
bdk2 skrg dah bijak ye..
ikanemas,
belum pandai lagi la..mak dia pon belom teringin menantu..hahaha
kak Erna,
mmg boleh tahan jua jauhnya..
tp sy mmg dah biasa amik anak dr sekolah bjalan kaki dr awal2 prgnnt lg..
hnyhar,
bestnya..kat cni mmg kena byr..
udg2 bergantung negeri..ada ngr yg lebih mahal tau cthnya Melbourne..
Murni,
biasalah kalau kat rumah xhenti makan, tiba2 je xdapat makan mana xkebulurnya..hehehe
Zue Anne,
bijaknya anak Zue..
dah biasa dgn tadika kot ek?
Tabikkkk!
Syabas DANIAL. Tak nangis pun, kan?
Mesti seronok sekolah tu, kan?
Belajar rajin2 yer Danial...
Daniel dah pergi sekolah,mama dia tak payah risau sebab budak2 cepat menangkap apa yang dia dengar.
Banyak berjalan senang melahirkan.Take care.
wahh..mesti best dah masuk sekolah..
Jom skodeng :HeartBeat.my Memang Masyukk
salam pagi sabtu =)
nanti pandailah dia speaking tu...budak3 cepat belajar.
ziarah rakan yang saya follow =)
yeayyy..die dah big boy .. dh pegi sekolah:)
mahalnya!!
kat sini dlm rm250 jer, beli baju n kasut jer pun. alatulis skolah sponsor
Anak Nida yg kecil bila balik je mesti cari nasi..hehe
Post a Comment