Thursday, February 3, 2011

Danial Dah Sekolah

Baru je baca blog Nieda kat New Zealand, tentang anak-anaknya juga mula bersekolah semalam.Jadual persekolahan NZ dan OZ adalah sama sebab peredaran musim sama.Sedih pula baca kisahnya.Mungkin sebab anaknya ramai terasa perit juga bila terpaksa mengeluarkan belanja yang boleh tahan mahalnya.Kalau di sini untuk Danish yang kini year 2, hampir $300 (lebih kurang RM1000) jugalah untuk segala kelengkapan sekolah.Manakala Danial kurang sikit sebab dia cuma bersekolah hanya dua hari.Tapi yang untungnya alat tulis yang dibeli tahan untuk setahun kerana diorang akan simpan kat sekolah dan guna beramai-ramai..


Jalan kaki ke sekolah.Baju hijau tu dia sendiri yang pilih..Khas untuk kindy sahaja.
Uniform pelajar lain macam abangnya pakai..

Seawal 8.30 pagi kami dah menapak ke sekolah.Boleh yahan juga penatnya, lebih kurang 1.5km juga pergi dan balik.Tapi demi anak saya gagahkan jua membawa perut yang memboyot-boyot ni.Lupa pula kereta kami kat workshop sebab kena langgar sebulan lepas sebab tulah kami bagaikan patah kaki sekarang ni.Sehari dua lagi baru siap.



Danial memang excited nak ke sekolah.Dah beberapa minggu asyik dok berlakon kononnya dia dah bersekolah.Saya sebenarnya risau juga sebab dia bukannya tau nak speaking sebab si abangnya tak suka speaking kat rumah.Sekali sekala sahaja kami akan speaking dengannya.Yang kedua macamana dia nak ke toilet yang tiada air.Kalau kencing ok lagi, kalau nak berak tak tau la pandai ke tidak dia nak menguruskan diri..



main puzzle


Sampai ke sekolah, terus dia diperkenalkan dengan ejaan namanya.Cikgu memang sediakan tag nama masing-masing.Macam Danish dulu, tak sampai sebulan dia dah tau menulis namanya.Kemudian ibu bapa dibenarkan temankan anak seketika untuk membacakan buku untuk anak-anak atau bermain puzzle.Ibubapa memang tidak dibenarkan menunggu anak-anak kat sekolah.Yang ajaibnya memang tiada budak-budak menangis.Saya kagum cara cikgu melayan pelajar..




Dah balik..


Pukul 11 pagi sekolah tamat.Hanya pada minggu ketiga dia akan bersekolah penuh~hingga pukul 2.45 petang.Excited sungguh dia bercerita tentang sekolahnya tapi yang kelakarnya macam orang kebulur yang tak jumpa makanan setahun sebab kat sekolah cuma makan buah sahaja.Balik je makan 3keping roti, kemudian apam beras yang saya buat semalam sambung lagi susu sebotol.Hahaha..




 

24 comments:

ckLah @xiiinam said... [Reply to comment]

Selamat bersekolah Danial. Sehari dua lagi tengoklah tu...berabuk nanti dia speaking. Budak2 cepat mengikut dan tak malu2 kalau salah pun...

Me'aH said... [Reply to comment]

wow... mst Danial suka sekolah 2...
kalo kt malaysia,mst rmi bdak2 yg nangis.... kt sna x der yer?? pndi cikgu2 sna melayan...

♥MAMASYAZA♥ said... [Reply to comment]

tahun ni akak tengok budak darjah 1 kat sekolah ami, semuanya ok, tenang ja, takdak sapa pun yg nangis, best

ikan emas said... [Reply to comment]

danial budak yang baik !
ada dia kenyit mata kat kindygirl sana ??

Acik Erna said... [Reply to comment]

as salam hamizah..
kesian danial..kelaparan dia ye..
tak boleh bawak bekal ke..
1.5km jauh jugak tu mizah..dengan keadaan mizah lagi..
tapi tak pe..anggap eksesais aje la kan..semoga mudah bersalin..

hnyhar said... [Reply to comment]

hamizah,
sekolah kat sana kena bayar ke? huuu..kami kat sini semua percuma. cuma beli baju dan beg sekolah je. tu pun xsampai rm1000. alat tulis mmg guna sekolah punya. nasib baik dia kasi free je utk foreigner..bygkan kalo kena byr mcm fees phd tu, mahal tu..

take care! nmpk mcm sarat dah..

Murni Alfathunnisa said... [Reply to comment]

Hehehe...lapar dia ye kak..tu lah..sementara nak biasa dengan jadual sekolah...

Nadiah Sidek said... [Reply to comment]

hihi..kat sekolah tak dpt mkn..mana tak kebulur..

Zue AnnaLeeya said... [Reply to comment]

bdk2 skrg dah xde yg nangis.. dah pandai... anak sy thn nih msuk darjah satu pon x nangis... siap sruh kita balik lg, xyah tggu... hehe..

Hamizah said... [Reply to comment]

ckLah,
insya Allsh sbsng dis dl pon 2,3 bulan dahboleh speaking,tp xmo speaking kalau kat rumah..

Hamizah said... [Reply to comment]

Me'ah,
betultu..
ms tumpangkan anak semasa blk Msia tahun lepas seminggu dia menangis..siap cikgu panggilkan guard..hahahah

Hamizah said... [Reply to comment]

Mamasyaza..
bdk2 skrg dah bijak ye..

Hamizah said... [Reply to comment]

ikanemas,
belum pandai lagi la..mak dia pon belom teringin menantu..hahaha

Hamizah said... [Reply to comment]

kak Erna,
mmg boleh tahan jua jauhnya..
tp sy mmg dah biasa amik anak dr sekolah bjalan kaki dr awal2 prgnnt lg..

Hamizah said... [Reply to comment]

hnyhar,
bestnya..kat cni mmg kena byr..
udg2 bergantung negeri..ada ngr yg lebih mahal tau cthnya Melbourne..

Hamizah said... [Reply to comment]

Murni,
biasalah kalau kat rumah xhenti makan, tiba2 je xdapat makan mana xkebulurnya..hehehe

Hamizah said... [Reply to comment]

Zue Anne,
bijaknya anak Zue..
dah biasa dgn tadika kot ek?

azieazah said... [Reply to comment]

Tabikkkk!
Syabas DANIAL. Tak nangis pun, kan?

Mesti seronok sekolah tu, kan?

Belajar rajin2 yer Danial...

Zaitun said... [Reply to comment]

Daniel dah pergi sekolah,mama dia tak payah risau sebab budak2 cepat menangkap apa yang dia dengar.

Banyak berjalan senang melahirkan.Take care.

cikpuanhady said... [Reply to comment]

wahh..mesti best dah masuk sekolah..

Jom skodeng :HeartBeat.my Memang Masyukk

apdm said... [Reply to comment]

salam pagi sabtu =)

nanti pandailah dia speaking tu...budak3 cepat belajar.

ziarah rakan yang saya follow =)

maya amir said... [Reply to comment]

yeayyy..die dah big boy .. dh pegi sekolah:)

Anonymous said... [Reply to comment]

mahalnya!!
kat sini dlm rm250 jer, beli baju n kasut jer pun. alatulis skolah sponsor

Nida n' Hanafi said... [Reply to comment]

Anak Nida yg kecil bila balik je mesti cari nasi..hehe