Friday, February 18, 2011

Bila Kehendak si Kecil Tak dipenuhi..

Tadaaa..saya muncul lagi..Gara-gara kehabisan gig broadband lagi.Aduh.Hanya sempat online dua minggu je sebulan.Sorry ye tak sempat nak blogwalking.Tak pe bulan ni saya dah minta suami ke opis tiap hari.Hehehe..


Cerita yang saya nak bagitau ni memang cerita yang dah basi sebenarnya, tentang dua anak teruna saya yang telah menyebabkan air mata saya tumpah.Kisah bermula bila pagi kelmarin, si kecil Danial menangis-nangis nak ke sekolah.Padahal dia hanya sekolah dua kali seminggu.Dah la tak tahu nak kira hari.Mengamuk hampir setengah hari jugalah.Saya tak tahu macamana nak pujuk.Jadi satu hari dia pakai baju sekolah kat rumah.Perasaan saya ok lagi ketika tu.


Dah tengahari, dah reda rajuknya.Jadi dia menghitung jam si abangnya balik.Pukul tiga, Danish pulang.Suami saya cakap Danish nak ke rumah kawannya, Jamie pula.Sebenarnya dah banyak kali ibu kawan dia tu menjemputnya ke rumah.Saya cuak.Kot anak lapar, termakan makanan haram kat rumahnya.Dah la bela anjing kat rumah.Tapi bila dah acap sangat menjemput, suami saya benarkan..






Si Danial apalagi menangis seround lagilah bila dia tau kena tinggal. Saya tak dapat tahan sebak kali ni.Sangat kesian dengan dia sebab dia sangat rapat dengan abangnya.Tiadalah kawannya.Saya pujuk suami supaya benarkan dia ikut sekali.Suami saya tak benarkan pula.Si Danial menangis lagi.Suami saya pula ke opis.



Sepanjang dua jam setengah ditinggalkan, dia asyik menangis minta dipujuk.Saya pula kalut sebab ajar budak-budak ngaji Quran.Bila abang dan abahnya pulang, dia minta nak ke toys expo pula.Setahu kami expo tu cuma sekali setahun je, iaitu bulan Disember.Kesian lagi..Jadi moodnya memang tak baik satu hari.Mujurlah semalam dapat cover balik bila dia dapat ke sekolah..






16 comments:

kakcik said... [Reply to comment]

Semoga berpanjangan kasih mereka ke akhir hayat. :)

Chik Na said... [Reply to comment]

chik na tak tahan dengar kalu anak menangis or mengamuk

aRniNasiR said... [Reply to comment]

nangis nak ke sekolah tu yg hebat tu... biasa budak nangis tak nak gi sekolah.

Biasala, anak2 ni nak eprhatian kita, tapi kita pun ada kewajipan lain nak disettlekan sebelum dapat layan kehendak mereka. Sabarkan ajer lah... :)

Kakzakie said... [Reply to comment]

Alahai kesiannya Danial. Kalau dekat rumah auntie memang dah auntie dukong bawa rumah auntie sini sayang ooiii... Tengok tu nangis pun comel jugak kan....

maya amir said... [Reply to comment]

die boring agaknye tu.. tadek kawan..abg ke sekolah, adik pun mau jugaaaa:)

Zaitun said... [Reply to comment]

Kesian kat Danial,boring agaknya tak ada kawan.Kerenah anak2 macam tulah kadang2 kita sebagai ibu pun emosi juga.

Zaidah said... [Reply to comment]

memang tahan jugak si kecik menangis....cuma kita aje yang tak tahan mendengarnyer....

chekna @ mama ziyad said... [Reply to comment]

kesiannya... dah best ke sekolah la tu... daripada nangis xnak pegi sekolah, baik nangis nak pegi sekolah....

http://aniesandyou.blogspot.com said... [Reply to comment]

nangis nk g skolah? alahai..

DrSinga said... [Reply to comment]

best apaaaaaaa....
2 hari je sekolahhhhhhhh!!

anie,Nagoya said... [Reply to comment]

good boy.kecik2 dah rajin ke sek.

tp nape semggu 2x je ke sek?

pd mak Danial jgn putus asa ya.dugaan...

~najwa~ said... [Reply to comment]

mengajar budak2 mengaji kat rmh ke? bagusnya ;)

**hopefully mak dia tak nangis samelah bila anak menangis nak gi skola.. ;) maknya jgn give up..

kak Erna said... [Reply to comment]

as salam hamizah..sian kat dia kan..abang tu la kawan dia dirumah.
ibu pun kehabisan daya nak memujuk sampai menangis sama ye..

fa10 said... [Reply to comment]

ala.. kesiannya dia...
tp klu anak saya merajuk sepanjang hari... naik geram pulak saya!!! hehehe

a.z.r.i.n.a.03.07 said... [Reply to comment]

Kesian Danial. Mesti sebab dia sunyi takde kawan nak main. Alhamdulillah. Bila rapat dengan adik-beradik mesti macam tu.

sal said... [Reply to comment]

cian danial..
merajuk sakan..
budak2 memang camtu..
sabo jee
pandai pujuk, senyaplah dia..