Wednesday, February 2, 2011

Bebas Akhirnya..


Hari ni Danish, anak saya yang besar dah mula bersekolah setelah sekolah bercuti sebulan setengah.Bermakna saya pun secara rasminya menutup nurseri kat rumah ni.Sepanjang cuti ni memang penatnya melayan kerenah dua hero ni.Si adik suka makan, si abang cerewet sangat memilih makanan..


Tapi yang penting, diorang yang sentiasa berselera gajah untuk makan.Kalau nak makan apa yang dah ada, oklah.Ini tidak ordernya macam kat kedai mamak.Nak kek la, dah ada kek nak nasik pulak.Sekejap lagi nak makan roti.Dah tu tak reti pula nak tunggu.Arahannya selalu "Sekarang ye, Ummi".Aduh capeknya gua.Tak layan kesian.Layan kang diriku jua yang semput..Hehehe..Dah kenyang makan kena layan diorang ke toilet pula.Terhuyung hayang angkut air.Tulah susahnya dok rumah mat saleh.Kat toilet bukannya ada pili air.


Dulu temankan abang ke sekolah, tahun ni Danial pula akan ke sekolah..

Untuk Danish ke sekolah hari ni saya sediakan crab stick bun, gantikan sosej yang kehabisan.Tapi tak sesuai pula dengan seleranya.Kenalah tukar menu.Penkek pula.Tengoklah betapa cerewetnya dia.Macamanalah umminya tak jadi tarzan.Adoi la.Tapi si Danial bangun pagi-pagi dah mengadap menu terhidang dengan berselera sekali..Memang berbeza walaupun dua-duanya lahir dari rahim yang sama, kan..


Danial, 5tahun hanya akan bersekolah mulai esok.Hanya dua kali seminggu untuk kindy.Isnin dan Khamis.Persediaan sebelum ke pre-primary.Bolehlah Ummi tarik nafas panjang-panjang sambil blog walking..Hehehe..Itulah cabaran mengasuh anak masa kecil lain cabarannya.Dah besar lain pula kerenahnya.


15 comments:

Affieza said... [Reply to comment]

Betul tu kak...wlpn dari rahim yg sama tp perangai ttp xsama kn..hehe

ckLah@xiiinam said... [Reply to comment]

Lain anak, lain pembawaannya...mak juga yang kena faham kerenah masing-masing ya Mizah...

ainnoraini said... [Reply to comment]

lagi ramai anak...lagi berbagai seleranye...

same la mcm kak ain kat umah tu..anak2 mcm2 ragam...

Nadiah Sidek said... [Reply to comment]

naisb baik safiyyah tak reti nak mintak dibuatkan itu ini lagi! :D

yatie chomeyl said... [Reply to comment]

wpon letih masok tp bilo tgk anok2 make berselera, hile raso letih tu kan kak

a.z.r.i.n.a.03.07 said... [Reply to comment]

Alahai..

kesian Miza. Dah Anak kannn. ikutkan ajelah. Tak sampai hati kalau tak buat.

Miza preggy lagi, lagilah letih..

sayangsayangibu said... [Reply to comment]

memang memacam karenah anak anak ni kan
tp seronok... w/pun mencabar ke sabaran......;)

♥MAMASYAZA♥ said... [Reply to comment]

memang tak sampai ati nak hampakan hati anak2, kalo depa nak makan ape, letih ke, tetap kena buat

DrSinga said... [Reply to comment]

umi merdeka!!!!!!!!

siti murni said... [Reply to comment]

seronok pulak saya baca cerita ibu2 dan karenah anak2 nih...:)

azieazah said... [Reply to comment]

Haiiii... tu baru dua orang.

kalu 12 orang kalu? hehehehe

Kakzakie said... [Reply to comment]

Salam dari Malaysia,

Masa kecil sebenarnya lebih senang kerana akan mudah dengar kata. Jadi kena lentur dari sekarang. Soal makan janji dia nak makan tak apa kita susah sikit dari kalau tak nak makan kita lagi susah.....

transformed housewife said... [Reply to comment]

sama mcm Fathini & Hafizah ni. skrg sy pun cuti seminggu sama mcm cuti sekolah utk CNY ni. hari2 diaorg nak mkn tu, mkn ni.

fa10 said... [Reply to comment]

ado la 2 jam setengoh utk awok berpoya2.. hehehe

Zaitun said... [Reply to comment]

Lain anak lain ragamnya,masa kecik lain kehendaknya bila dah besar lagi penat melayannya.