Thursday, February 24, 2011

Hari yang Menyeronokkan..

Bahagianya rasa hati hari ni.Mak dan adik pompuan saya tiba dari Malaysia.Walaupun tak balik Malaysia sendiri, cukuplah untuk mengubat rindu..


Banyak juga buah tangan.Keropok ikan, kuih peneram, ikan bilis, ikan masin, macam-macam lagilah.Yang paling penting, set lepas bersalin.Saya nak cuba set NR (Nona Roguy) kali ni.Cuba survey kat internet, banyak juga testimoni yang memuaskan hati..Harap-harap bukan sahaja sihat lepas bersalin, tapi berkurang jugalah segala lemak-lemak yang membonjol kat sana sini..hehehe..


Daaa..nak masak la pulak.Menu hari kerabu snow peas sprout campur tauge, ikan masin goreng dan ayam masak cili padi.Makan dangan nasi putih.Pasti terangkat..

27 comments:

cheqna said... [Reply to comment]

wah...suka ngat ye....
selamat memasak r kak=)

Zaidah said... [Reply to comment]

makan ngan nasik panas memang sedap...bleh menambah...

makdara TERdiva said... [Reply to comment]

saat bersama keluargalah saat paling berharga :)

selamat menjamu selera

cheqna said... [Reply to comment]

kak eh..sapa hati royak EPH tu menate gapo...
huarghhhhhh
EPH tu stand 4 Encik Pencuri Hati....

♥MAMASYAZA♥ said... [Reply to comment]

wow dapat makan ngan mak, lagilah sedap, bertambah le nanti jawabnye, tpi kalo ada sambal belacan n ulaman, lagi terangkat kan

Yunus Badawi said... [Reply to comment]

Wah seronoknya keluarga datang berkunjung. Mereka kat sana sampai Mizah bersalin ke?

yatie chomeyl said... [Reply to comment]

wooo bestny akak, famili gi nk tlg jaga baby nanti eh? lem sale famili akak :)

kak Erna said... [Reply to comment]

Hamizah..seronoknya dapat jumpa mak dan adik ye..
jangan lupa jaga makan juga ye..walaupun macam2 ada..

ikan emas said... [Reply to comment]

seronok mereka dapat jumpa anak cucu..

semoga semuanya selamat..

mak nak main snow ke ?>

en_me said... [Reply to comment]

sonoknyer orang kampung datang kanns.. ehehe

siti murni said... [Reply to comment]

Dapatlah Kak Mizah melepaskan rindu dendam kat mak & adik ye..

Set NR tu ramai cakap bagus kak...:) cuba jangan tak cuba...

Hamizah said... [Reply to comment]

cheqna,
tq..suka ati sgt weh..lalala

Hamizah said... [Reply to comment]

zai,
kalau xdiabetes, boleh saja..hehehe

Hamizah said... [Reply to comment]

Mak dara,
mmg sukar digambarkan perasaan seronok ni bila dpt bersama keluarga, kan?

Hamizah said... [Reply to comment]

cheqna,
opsssssssssssss...

Hamizah said... [Reply to comment]

yatiey,
mari kejap jah..adik tu kejo doh, xcuti nak dok lama2..kak branok mil pulok mari..

Hamizah said... [Reply to comment]

mamasyaza,
betul..
sambal xbelacan je ada, tp laju je makan..

Hamizah said... [Reply to comment]

YB,
kejap je nanti MIL dtg bln 4 ni..

Hamizah said... [Reply to comment]

kak Erna,
insya Allah masih controlable

Hamizah said... [Reply to comment]

ikan,
huih tgh summer membahang kt perth sekarang ni..

Hamizah said... [Reply to comment]

en_me,
dah lama xnampak btg hidung..dah tutup blog ke..

huih seronok sgt2

Hamizah said... [Reply to comment]

murni,
iyelah..dah setahun xjumpa..

tau juga murni pasal set bersalin ye..

Zaitun said... [Reply to comment]

Berbunga2lah hati mak tersayang datng rumah.Selamat memasak dan makan2.

sayangsayangibu said... [Reply to comment]

tumpang gembira bila adayg gembira... ; )

al-alvendari said... [Reply to comment]

kerabu snow peas sprout campur tauge

tak pernah makan lagi .. !

anie,Nagoya said... [Reply to comment]

manja2 puas gan mak tu.

hihihi...kita lak jeles.jamu selera jgn lupa kita disini

azieazah said... [Reply to comment]

Mujur boleh pula bawa masuk makanan macam tu ek. Selama ni dok dengar, kastam Australia ni memang strict kalu bab makanan bawak masuk negara dia..