Tuesday, February 22, 2011

Menjejak Kanggaroo Liar di Heirrisson Island

Cerita basi lagi.. tapi tak kira nak tayang juga. Sebenarnya dah lupa sebab masa pergi hari tu, kebetulan broadband dah kehabisan gig. Bila belek-belek gambar kat hard disk baru teringat balik..


kat seberang sungai tu Perth City..
 
Kisahnya weekend dua minggu lepas kami ke Heirisson Island untuk menjejak kangaroo liar.Sebelum ni pernah tengok kat Cavernsham tempat ternakan, dalam kurungan. Boleh beri makan. Ada penjaganya. Kat sini bebas berkeliaran kat belukar-belukar. Masuk percuma. Itu yang best tu..Dekat pula dengan Perth city. Cuma dipisahkan dengan Swan River.



kat pintu masuk
 

Kami datang tengahari, singgah rumah kawan Liza dan Ibrahim dulu. Breakfast (?) pukul 11.30 pagi. Dah penuh tangki barulah segar nak jalan-jalan. Cuaca nampak panas tapi anginnya sangat nyaman. Sekitar 30 degrees saja. Mungkin disebabkan sampai tengahari susah jugalah nak jumpa kangaroo yang biasanya aktif petang dan malam sahaja.



posing jauh-jauh, nampak ganas je kanggaroo ni..


Tapi terjumpa juga 4,5 ekor.Tak berani nak posing dekat-dekat sebab nampak ganas je kanggaroo ni.Kuku pun panjang.Tak de orang nak tolong potongkan.Berbeza kat Cavernsham.Siap boleh peluk cium lagi.Tak banyak posing sebab anak-anak tak tahan digigit nyamuk.Manjanya budak-budak sekarang ni.Singgah lunch rumah Liza lagi.Murah rezeki.Dua kali makan dijamu.Sukanya bila tak payah masak satu hari tu..hehehe


Danish denga muka masam, Danial langsung tak nak bergambar..spoil betul la.
Yang pakai tudung pink tu Liza

10 comments:

Kakzakie Purvit said... [Reply to comment]

Assalamualaikum Hamizah,

Danial tu tak selesa mungkin kerana panas sebab itu tak mahu posing....

Kanggaroo pun malas nak berjalan:)

dear anies said... [Reply to comment]

kangaroo mkn pe kt situ?

~aRniNaDrah~ said... [Reply to comment]

kanggaroo halal dimakan (kalau disembelih dgn betul la). try la cari dan rasa daging kanggaroo halal sebelum balik mesia, bukan senang dpt peluang camtu.

sekadar satu coretan said... [Reply to comment]

mesti seronokkan dpt mesra2 dgn kangaroo tu...

Zaitun said... [Reply to comment]

Kangaroo pun malas nak jalan2 sebab panas sangat kot.

julietchun said... [Reply to comment]

danial kasi can kat ummi :D

kasihibu said... [Reply to comment]

kangaroo boleh dimakan ke?
sbb rasa macam pernah terbaca

yatie chomeyl said... [Reply to comment]

bekeng ko kangaroo tu kak?

Acik Erna said... [Reply to comment]

as salam Hamizah..ada jugak tempat tengok kanggaru ye..
dapat tak tengok yang menggendong anak tu.

Chik Na said... [Reply to comment]

takut jugak kan kalu pergi tempat kangaroo yg lepas bebas macam ni..