Thursday, February 3, 2011

Dai'e kristian Bertandang Lagi


Semalam saya sedang melipat baju-baju yang mula menimbun, tiba-tiba terdengar ada ketukan pintu.Disebabkan tidak bertudung saya berkejar mencari tudung dulu.Kebetulan suami tidak ke ofis dia yang membuka pintu.Rupanya dai’e Kristian datang lagi. Tanyanya“Is Hamizah at home?”.Saya mendengar dengan jelas dari jauh.Loh ingat rupanya nama saya.Mesra betul.Padahal baru sekali je jmpa.Nak je saya halau diorang berdua, salah seorangnya yang dah datang dua minggu lepas.Saya ada buat entry tentangnya..


Si suami melayanlah pulak.Aduh..Siap mintak bible versi Melayu lagi.Kononnya sukar nak dapatkan bible kat Malaysia.Mengada-ngada betul.Saya betul-betul dah penat nak melayan. Bukannya ada niat nak convert, tak berbaloi pun nak melayan.Lagipun kali ni dia ada kat rumah bolehlah dia layan.Lain kali saya jugalah yang kena..


Rupanya diorang ni daripada fahaman Jehovah, bukan Katholik atau Protestan tau.Percaya Tuhan yang satu juga rupanya.Maksudnya mereka menolak konsep trinity~tiga tuhan.Agaknya diorang ni golongan yang membawa ajaran sesat dalam Kristian.Atau mungkin juga orthodok.Seperti minggu sebelumnya, diorang menghuraikan kepercayaan mereka kepada suami saya pula.Habis perancangan saya nak berhujah.


Janjinya nak datang lagi dan cuba dapatkan bible versi Melayu.Tengoklah gigihnya diorang nak mengkristiankan kami.Apapun saya tetap berdoa diteguhkan iman dan akan mati dalam keimanan kepada Allah..Kalau diorang datang lagi saya nak halau je.Tak kuasa nak melayan.


16 comments:

Nida n' Hanafi said... [Reply to comment]

Salam..

Ada kawan Nida di Hamilton berjiran dengan seorg paderi... puas ler si paderi ni berceramah tentang agamanya pada kawan Nida ni... mereka siap bertukar kitab... malah kawan Nida akan ke church pada hari Ahad untuk dengar ceramah depa, dan si paderi ni akan ke musolla pada hari Jumaat... kemudian mereka berdebat dan berbincang... kagum melihat kekuatan kawan Nida tu (beliau seorang perempuan).. mampu berhujah sehingga si paderi tu terkedu.. diajunya soalan tentang konsep trinity bertalu-talu.. dan tentang makan babi sebab dalam bible melarang umatnya makan babi tapi kenapa mereka makan... semoga si paderi ini akan menerima hidayah dariNya

sya said... [Reply to comment]

aduh...
susahnya hidup ni negeri orang... besar nya dugaan...
tapi tak pe, tentu hamizah dan keluarga kuat menghadapnya.. kan?

Me'aH said... [Reply to comment]

semoga dikuatkan iman oleh ALLAH.

ckLah @xiiinam said... [Reply to comment]

Gigih sungguh mereka...


Moga sahabat-sahabat Muslim kita dikuatkan taqwa...

GREENJADE said... [Reply to comment]

org Krisitan nih mmg sis..bab2 meng'Kristian'kan org mmg gigih..x pernah penat

saye dulu housemate minah Salleh yg dlm diam2 bjaya meng'kristian'kan a few org2 jahil di luar sana..takutlah..dorang bagai silent killer..menghulur imbuhan berupa'$$$' sbg kuasa penarikan..huh

yatie chomeyl said... [Reply to comment]

semoga iman kita sentiasa dipelihara Allah.

kade2 bagus jugop duk di negaro takdop agamo mace ore jepun ni, so dio x sibuk2 nk suruh kito msuk agamo dio

Rabia Sensei said... [Reply to comment]

Alhamdulillah, Allah kuatkan keimanan dan keharmonian awak sekeluarga.
Semoga awak sentiasa tabah semasa hidup di perantauan. Layan saja tetamu itu dengan baik. Mana tahu satu hari nanti Allah berikan hidayah untuk mereka untuk memeluk Islam. Insya Allah.
Anyway, thanks for dropping by. Nanti singgah lagi yerk =D

Hamizah said... [Reply to comment]

Nida,
kagum dgn kawan Nida tu..teringin juga begitu tp english pon berterabur..kot tak tercapai maksud..

Hamizah said... [Reply to comment]

sya,
tq atas doa..
itulah antara cbrannya kami kat sini..

Hamizah said... [Reply to comment]

Me'ah & ckLah
tq..
teruskan doa utk kami yek..

Hamizah said... [Reply to comment]

GreenJade,
betul..
bab tabur duit tu belum jumpa lagi lah..hrp2 diorg seriklah lepas ni..

Hamizah said... [Reply to comment]

yatiey,
diorg xtabligh kat kita tp kita pening palo jugok tgk tgk oghe x agama ni dih..
ikut palo otok dia jah la...hehehe

Hamizah said... [Reply to comment]

Rabia,
Insya Allah diorg diberi hidayah suatu hari nanti..teringin berdakwah tp bahasa jd kekangan juga..

maya amir said... [Reply to comment]

hamizah.. kalau u berhujah dgn derang, share sini ye..tak sabar nak tau..hehehe

transformed housewife said... [Reply to comment]

Jehovah Witness ni sebenarnya Kristian yg lg sesat dr Protestants atau Katolik. Lain kali Mizah boleh tampal kat pintu "No missionaries please" atau jgn bukak pintu terus atau cakap je "We are not interested because we already have faith". Ini yg selalu kami buat sbb kami tak nak berdebat dgn diaorg ni. Tok guno berdebat sbb niat utama diaorg ialah nak dptkan imbuhan kalau dpt cari org yg nak masuk agama diaorg.

cikpuanhady said... [Reply to comment]

oo tak sangka ada dakyah camgitu skali kat sana..Alhamdulillah, sini takde..ngee..