Wednesday, February 24, 2010

Dia Dah Memegang Tittle 'J'

Pagi tadi saya janji dengan adik untuk chat kat facebook. Saya ni kalau buka fb jarang sekali nak online chat sebab rasa sayang nak bazirkan masa dengan melayan kawan-kawan chat.Bukan apa kalau dah mula chat, banyak kerja rumah tergendala.Saya lebih suka hantar mesej atau tulis kat wall kawan-kawan sahaja.Tapi dah disebabkan janji, saya pun online.Baru je online lebih kurang sepuluh minit, saya mula 'dikacau daun'oleh kawan lelaki semasa sekolah menengah dulu.Kan dah kata...

Perbualan kami mulanya cuma berkisar tentang bila saya nak balik kampung.Dia jemput saya ke rumahnya sebab adiknya akan berkahwin cuti sekolah Mac ni.Saya ni segan dengannya walaupun dia dah berkahwin, saya ni tak pernah bertegur sapa dengannya sewaktu sekolah dulu.Berhubung dengan dia semula pun  kawan saya, A (perempuan) yang beria-ia minta email adress saya bagi pihaknya(masa tu saya masih belum buka fb account).Jadi saya memberi alasan suami saya sibuk bila pulang ke Malaysia nanti. Memang busy pun sebab sepanjang balik kampung ni dah penuh agendanya untuk menghadiri conference dan mengumpul data untuk reseach.Tapi dia beria-ia menjemput tak tergamak juga nak menolaknya.Keputusannya saya akan pergi dengan A ke rumahnya, Insya Allah..

Memandangkan adik saya pun nak kawin bulan Jun ni, saya turut menjemput dia sekeluarga ke rumah saya.Dia pula yang segan, saya cadangkan dia datang la dengan A, lagipun saya belum pernah bertemu suaminya sepanjang mereka berkahwin.Tiba-tiba saja dia kata tak boleh, nanti isterinya marah.Kenapa pula tak boleh bukannya saya minta dia pergi berdua dengan A, tapi suami A sekali.Katanya A mana ada suami..pening kepala saya.Ke mana pula suami A pergi? Rupa-rupanya A dah divorced hampir dua tahun.Terperanjat besar saya.

Macamana saya boleh saya tak tahu.Saya kenal A dah lama.Dari darjah satu lagi, kemudian sekolah menengah pun sama. Cuma bila ke university kami mula membawa haluan sendiri.Tapi sentiasa berhubung Rumah kami pun dekat. Kalau saya pulang ke rumah mak pun acap juga dia berkunjung.. Saya kawin dia datang, dia kawin pun saya memenuhi undangannya.Cuma disebabkan rombongan pengantin lelaki lewat sampai, saya tak berkesempatan kenal dengan suaminya.Semasa saya nak datang ke sini pun dia ada berjumpa saya.Hanya satu yang saya rasa pelik, dia tak pernah bawa suaminya bersama. Selalunya bersendirian atau bersama anak sulungnyanya yang sebaya anak saya, Danish.Bila ditanya macam-macam alasannya.

Kesian A, muda-muda dah pikul tittle J yang beranak dua..patutlah bila saya tercari-cari juga gambar suaminya kat FB, tapi memang tiada.Terjawablah kekeliruan saya selama ini.Baru dua tiga hari lepas saya usik-usiknya bila nak dapat baby baru lagi memandangkan anaknya dah besar.Mesti dia terguris dengan usikan saya..Maafkan aku, kawan.Kawan lelaki saya puji A sebab sangat tabah dengan ujian ini.Tapi bila ingat janji Allah, manusia hanya akan diuji berdasarkan kemampuan yang ada padanya, saya akur kata-kata kawan saya itu..


28 comments:

Ibuhani said... [Reply to comment]

smoga kawan hamizah tabah menghadapi hidup sendirian.....

mamaarifakeemaisy said... [Reply to comment]

tabahnya dia..boleh pulak simpan rahsia gitu2 jer kan..tak citer dgn kawan..apa2pun..betullah.. Ujian Allah pada orang2 yang mampu tuk memikulnya..harapnya dia terus tabah dan cekal!

Anonymous said... [Reply to comment]

ramai dah juga jumpa kawan2 yg jodoh x panjang....

Hamizah said... [Reply to comment]

kak ahi,
insya Allah dia tabah..sbb tu saya tak pernah bersangka dia dah lama bersendirian..

Hamizah said... [Reply to comment]

mamalieyna,
perkara yang peribadi sebegini mmg sukar nak dikongsikan dgn org lain,kan..walaupun kita sgt rapat dgnnya

Hamizah said... [Reply to comment]

fa10,
ye ke?di kalangan geng kita tu ada ke?tapi yg ni saya sgt terasa kerana dia kawan baik saya dr kecil..

cikgu suhaila said... [Reply to comment]

mizah...
mesti ko teperanjat kan?
huh x dapat akk bayangkan...

Murni Alfathunnisa said... [Reply to comment]

Dah jodoh tersurat sampai disitu saja, apa boleh buat. semoga dia terus tabah. saya suka ayat last tu...ALLAH hanya menguji hambaNya setakat kemampuan mereka...:-) itu yang selalu saya dengar & cuba tanamkan dalam diri..buat beringat.

a.z.r.i.n.a.03.07 said... [Reply to comment]

semoga kawan Miza tabah hadapi hari-hari mendatang.

pasti muda lagi. tak dapat saya bayangkan ...kesian kat anak2..

Hamizah said... [Reply to comment]

kak su,
memang terperanjat giler..sbb dia sentiasa cool & happy..

Hamizah said... [Reply to comment]

siti murni
itulah perkahwinan yg memang kita tidak dapat jangka apa yg akan berlaku..yelah kalau diuji, inilah ayat yg akak selalu pegang..

Hamizah said... [Reply to comment]

azrina,
dia sebaya akak br(?) 32 tahun..bila berlaku perpisahan pasti anak kena tempiasnya.kesian anak2..

Chik Na said... [Reply to comment]

yer lah..allah hanya menguji insan yang dia tahu mereka boleh hadapi dugaan dariNya

Nida n' Hanafi said... [Reply to comment]

Salam Hamizah...

Terkedu Nida membaca n3 ini... kagum akan ketabahan seorang wanita muda yg membesarkan 2 anak yg masih kecil... semoga dia akan menemui lelaki yang lebih baik..aminn

Hamizah said... [Reply to comment]

chik Na,
betul tu,,

Nida,
saya kagum dgnnya..mungkin juga diawal perkahwinannya dia dah berjarak jauh dgn suami menyebabkan biasa dgn keadaan itu..

rosma said... [Reply to comment]

huhuhu...wanita mana yg mahukan penceraian...hrp kwn akk tu tabah hadapi dugaan ini..

Maiyah said... [Reply to comment]

apapun kita berdoa agar jalinan akan kekal

Hamizah said... [Reply to comment]

rosma,
mudah-mudahan..itulah kadang sukar utk kita dapatkan semua yg dikehendaki..Allan yg mmenentukan segalanya..

Hamizah said... [Reply to comment]

maiyah,
doa,doa,doa,senjata untuk org Islam..mudah-mudahan bahagia berkekalan..

Anonymous said... [Reply to comment]

hmmm... dah nasib
takper2.. hidup mesti diteruskan walaupun J

nadnye said... [Reply to comment]

entahlah kadang2 sukar nak jangka semua nie.. hanya Allah yg lebih mengetahui dan supaya perkahwinan kita berkekalan...

Hamizah said... [Reply to comment]

Ah Fatt,
betul..macamana besar pon dugaan, hidup mesti diteruskan

Hamizah said... [Reply to comment]

nadnye
kita hanya merancang,penentuan di tgn Allah.

sya said... [Reply to comment]

hmm... memang perit bila berpisah dengan suami.. apa lagi terpaksa menanggung anak-anak.. hanya orang yang tabah dan sabar sahaja dapat menempuhnya... moga kawan hamizah tetap bahagia disamping anak2...

Lynn Nasir said... [Reply to comment]

salam kak,

dulu masa umur saya 8 tahun (adik umur 6 tahun) pun mengalami nasib yg sama ngan sahabat akak. mmg mak sorg yg bela kami. sampai skang ni pun masih mak lah yg paling ambil berat ttg kami. bapak lepas tangan mcm tu je :(

Bibi Intan Suraya said... [Reply to comment]

Tabah betul kawan u tu...semoga dia dpt mjaga anaknya dgn baik..

Hamizah said... [Reply to comment]

sya & lynn,
mdh-mudahan dia tabah..aminnn

Hamizah said... [Reply to comment]

Lynn,
mesti perit hudup tanpa ayah,kan..
alhamdulillah Lynn berjaya dalam hidup..besar pengorbanan mak..