Tuesday, February 23, 2010

Setahun di Perth

Pejam celik,pejam celik 7Feb lalu dah setahun saya merantau di Perth. Cepatnya masa berlalu kan..

Plan asalnya, kami sepatutnya ke New Zealand kerana abang telah mendapat surat tawaran.Tapi disebabkan masalah supervisor, tawaran tersebut diketepikan. Kalau tidak, mungkin dapat kenal Nida..Tak pe lah, jodoh kita kat alam maya je, kan. Ikutkan hati memang kami memang teruja nak ke sana. Negara yang cantik tapi binatangnya ternakannya lebih ramai daripada manusia. Betul tak, Nida.Mesti environmentnya fresh..tak de rezeki.

Nasib baik, lepas berdolak dalik nak terima atau tidak, abang dapat tawaran kat sini bulan Disember.Hanya ada dua bulan untuk kami bersiap sedia. Memang agak kalut nak menguruskan passport dan tiket, nak menguruskan isirumah dan kereta untuk dijual, yang sayang nak dijual kenalah uruskan hantar ke kampung, nak beli segala barang keperluan, nak uruskan cuti tanpa gaji saya.Kelam kabut kami dibuatnya apatah lagi cuti saya hanya diluluskan pada 12 Feb sedangkan flight kami ke sini adalah 7Feb!Terpaksa pula saya mencari mc di klinik swasta dan mengambil cuti rehat..

Alhamdulillah dalam kepayahan, segala urusan dapat settle sebelum bertolak ke sini.Setelah perjalanan 5jam, kami akhirnya sampai jua ke Perth. Menumpang di rumah Syikin, kawan sekerja abang kat Malaysia. Perkara pertama yang perlu dilakukan, ialah membeli kereta kerana pengangkutan awam di sini tidak mesra pelanggan. Penduduknya lebih suka berkereta sendiri memandangkan lalu lintasnya tak pernah jem.Bas hanya ada sejam sekali.Berbekalkan sedikit simpanan, kami akhirnya membeli Honda Wagon.Ala-ala penjual pasar malam!Kalau kat Malaysia mesti tak terbeli kereta ni.Bukan apa tak payah la nak  sewa lori kalau nak beli barang-barang rumah..semuanya diangkut dengannya.Banyak jasany kepada kami.

Minggu kedua di sini kami dapat rumah sewa yang kami diami sekarang.Malangnya dipenuhi bulu anjing pula. Semasa view, tak perasan pun.Apatah lagi iklannya tertera 'NO PETS ALLOWED'.Kami berbaik sangka kononnya penyewa sebelum ni juga tidak ada pets.Bila mengemasnya sebelum masuk, baru sedar keadaan tersebut. Warna carpet yang dipasang di seluruh rumah yang hampir sama dengan bulu-bulu anjing tersebut yang menyebabkan kami tidak terperasan.Jenuhlah menyental bulu-bulu anjing pula..Naik kematu tangan kerana disebabkan ia melekar pada carpet, memang tidak boleh vacum.Sebagai muslim yang berpegang dengan mazhab Syafei, kami menyamak pula selepas itu.Hampir dua minggu membersihkan rumah!

Setelah memiliki broadband, kami cuba surf pandangan mazhab lain tentang bulu anjing.Rupanya Hanafi menganggap anjing sama seperti haiwan lain.Mengguna pakai mazhab ini, barulah lega hati saya. Kalau tidak kain yang dah berbasuh saya akan ulang basuhnya semula sebab ada bulu tersebut.Menangis dibuatnya!Saya benar-benar kepenatan.Itulah bila dah jahil agama..

Seminggu di sini Danish anak yang sulung mula bersekolah.Sekolahnya tak jauh, boleh lah jalan kaki kalau abang tak sempar hantarkan atau ambilnya..Hujung minggu pula adalah hari kami meronda-ronda mencari barang-barang rumah. Kalau tak ke Garage sale, kami ke Swap Market membeli barangan terpakai.Hampir semua barangan rumah kami adalah 2nd hand.TV dan kabinetnya kami beli hanya $20, meja makan set enam juga $20,Made in Malaysia lagi, meja study abang $10, mesin basuh $150, peti sejuk $350.Ada juga yang diberikan percuma, dryer saya dapat percuma ketika garage sale, tilam Syikin beri dia punya,sofa agen kami hadiahkan..Terima kasih semua..

Alhamdulillah kami kini semakin selesa berada di sini..


30 comments:

Chik Na said... [Reply to comment]

nasib baik la ade kedai jual barang 2nd-hand tu dan boleh dikatakan agak murah jugak..kalu tak teruk jugak nak spend untuk kelengkapan dapur

adie said... [Reply to comment]

wah! seronokmya baca pengalaman duduk di perantauan. rasa macam saya turut berada dalam situasi tersebut.

Murni Alfathunnisa said... [Reply to comment]

Barang-barang 2nd pun kebanyakan nya masih boleh guna & still in good condition kan...tak perlu berbelanja lebih..untunglah.

Kakcik Seroja said... [Reply to comment]

Salam Hamizah..

Jauh perjalanan, banyaklah pengalaman yang tak mungkin dapat dibeli di mana2 dengan wang ringgit. :)

Hamizah said... [Reply to comment]

Chik Na,
betul tu..kalau semua nak beli baru,zero la account kami..

Hamizah said... [Reply to comment]

Mr PenyuBiru,
tq rajin jenguk2 kat sini..seronok juga kat tempat org byk perkara baru yang dipelajari.Insya Allah akan terus dikongsikan bersama2

Hamizah said... [Reply to comment]

sitimurni,
ini perkara paling best kat sini..semua barang boleh dibeli yg terpaka termasuk pakaian winter kami..hehehe

Hamizah said... [Reply to comment]

kak chikseroja,
alhamdulillah pengalaman ni byk mengajar saya lebih berdikari dan berani menghadapi segala rintangan..

nadnye said... [Reply to comment]

seronok membaca pengalaman orang di rantauan.. pengalaman yg x bole dibeli tapi mematangkan kita..

Nida n' Hanafi said... [Reply to comment]

Salam Hamizah..

Barulah Nida tahu kisah sebenarnya. Kalau tak agaknya kita dah berjiran di NZ ni yg sememangnya lebih banyak kambing biri2 dari penduduk@manusia.

Samalah macam Nida, lebih banyak barang2 second hand dan barang2 yg org bagi. Bulan september ialah bulan inorganic waste, masa ni puas kami mengutip barang2 yg masih elok di tepi2 jalan.. macam pesta pula masa tu..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said... [Reply to comment]

Miza, berkahwin dengan suami yang bermazhab hanafi banyak akak pelajari tentang anjing ni, di rumah adik dan kakak ipar di sana mereka memang memelihara anjing..mula2 menjerit2 jugala bila anjing mengesel kaki kita, lama2 dah biasa da...

Dayah @ Real Ummu said... [Reply to comment]

dah setahun..kejap ke kan kmizah...
kalau suami terima tawaran dulu..mungkin dah hampir 4 tahun permukiman di Korea tapi bukan rezeki kami..

sbb tu sonok baca kisah kawan2 di perantauan sbb terlepas peluang dulu..pasti ada hikmah..itu yg saya harapkan..

Hamizah said... [Reply to comment]

nadnter,
walaupun dah merantau,akak suka juga baca pengalaman org lain yg merantau di benua lain. saja2..nak tambah pengalaman.lain org lain tafsirannya walaupun berada di tempat sama..

Hamizah said... [Reply to comment]

salam Nida,
mungkin kita berjiran, kan..hehehe

kalau kat sini dipanggil refuse bulk collection.saya pon pernah kutip barang2 yg mat saleh nak buang.masanya lebih kurang rasanya..bulan 10..

Hamizah said... [Reply to comment]

kak yatie,
kat msia pon suami masih amalkan hanafi ke?apapon semua tu hanya perselisihan pendapat.bkn isu besar.dah merantau ni kena pandaj bawa diri..

Hamizah said... [Reply to comment]

Dayah,
kenapa tolak pula ye?
bagi akak peluang sebegini sukar dilepaskan.kalau nak melancong mmg tak berpeluang la.
tak pe la mungkin ada hikmahnya..

Nadiah Sidek said... [Reply to comment]

kitorg kat sini pun semuanya 2nd hand. tak mampu la nak beli yg baru. lgpun duk sini hny 4-5 thn je :)

Anonymous said... [Reply to comment]

banyaknya n3 yg saya tertinggal....
1) takziah.... tak der rezeki... boleh cuba lg
2) nak balik malaysia... besynye
3) terkejutnya pulai chondong terbakar.... jadi bandar mati ler gamaknya lps ni
4) kat sana semua rumah unfurnish ke? klu kat sini, kebanyakan rumah dah ada barang2 asas tu

mamaarifakeemaisy said... [Reply to comment]

sekarang ni masa sangat pantas berlalu..sedar tak sedar dah setahun ye..mcmana perasaan, setahun terasa mcm 10 tahun or setahun rasa mcm sebulan?! hehe...dok uji minda menda la saya ni..hehe..if terasa masa pantas berlalu, maknanya kita selesa di situ..dan sebaliknya kalau masa terasa lambat berlalu, kita memang belum serasi dgn tmpt tu..betul tak?..hehe..pepandai je..^_^ padahal diri sendiri tak pernah pergi sejauh tu..mesti rindu kampung halaman kan..huhu..

banyak dugaan dan cubaan eh, harapnya terus keadaan baik2 saje..:)

Hamizah said... [Reply to comment]

Nadiah,
betul tu..xberbalaoi nak beli baru..kalau msia ada konsep ni kan best..

Hamizah said... [Reply to comment]

fa10,
1.tq.entah lah nak kata sedih mmg sedih.tp redha je la..
2.jom ikut sekali..
3.sblm ni pon dah mati pon..tp rasanya naik bgnan bara pasni sbb yg terlibat tu mmg tu je punca rezeki mesti teruskan semula lps ni..
4.ada yg sediakan furniture tp mahal la.lg utg sewa rmh yg tak fully furnished

Hamizah said... [Reply to comment]

mamalieyna,
cabaran utama bila merantau mmglah rindu nak blk kg..tp msh terkawal lg..hehehe.

masa mmg semakin pantas dirasakan mmg dah lumrahnya bgt..

ummu said... [Reply to comment]

Salam taaruf Hamizah
Alhamdulillah,Allah mudahkan urusan hamizah sekeluarga.moga selamat sejahtera selalu

Anonymous said... [Reply to comment]

bulu anjing satu rumah? tak dapat aku bayangkan camana korang bg bersih semua tu

Hamizah said... [Reply to comment]

qaseh um masyitah,
salam taaruf jg utk um..tq atas doa anda.mdhan um jg sejahtera selalu..

Hamizah said... [Reply to comment]

Ah Fatt,
kalau nak bayangkan pon dah ssh..nak buat lg la kan..boleh naik gila nak melayannya..tak tau berapa kali kami menyentalnya..

Ibuhani said... [Reply to comment]

semoga hamizah dan keluarga dilindungi Allah sepjg di negara org nanti.......berapa lama lg Hamizah kat sana ye?

Hamizah said... [Reply to comment]

tq,kak ani..insya Allah dua tahun lagi kami kat sini..

Dayah @ Real Ummu said... [Reply to comment]

kak mizah..

pjg critanya...sedih pulak kalau nak dikenangkan..masa tu hampir nak kwin..husband pun terkilan tapi ada bnda lain yg perlu diberi keutamaan.mmg smua org kata rugi..tapi mereka tidak berada di situasi husband ketika itu.saya tau dia pun sedih.moga perngorbanan dia ni dipandang olehNya.
husband disponsor utk both Msc and PHd for straight 5 years..bukan senang jugak kan nak dpt.

Hamizah said... [Reply to comment]

dayah,
setiap perkara yg berlaku pasti ada hikmahnya yg mungkin sampai skrg dayah & suami tak sedar,kan..