Friday, February 19, 2010

Semalam yang Menyesakkan Dada

Seharian semalam adalah hari yang mendebarkan bagi saya kerana terpaksa ke King Edward Memorial hospital untuk penentuan D & C.Terlampau berdebar saya tidak mampu melelapkan mata sampai ke pagi. Bukan tak tidur, tapi tidur kejap jaganya lama. Hinggakan kepala berdenyut-denyut. Tekanan darah naik 138/90.Tinggi tu.Biasanya tekanan darah saya normal sahaja..Midwife syorkan saya ambil sejenis ubat tidur. Katanya normal bagi orang yang baru keguguran tak dapat tidur malam. Iye ke minah saleh ni?Saya rasa sebelum ni tidur saya ok je, cuma sesekali sekala tidur saya terganggu. Kalau sihat pun saya ni memang begitu. Kalau dah terjaga, memang susah nak pejamkan mata semula.Siang hari memang jarang sekali dapat tidur.Lagi susah untuk tidur malam, lagi saya tak mampu untuk tidur siangnya..Saya mewarisi 'penyakit' ni daripada mak.

Dah selesai ambil tekanan darah, terus jumpa doktor. Setelah ultrasound, keputusannya saya tak perlu D&C lagi minggu ni kerana hanya terdapat sikit saja lagi sisa-sisa di rahim saya..Alhamdulillah, lega seketika.Tapi penatnya saya rasa nak menunggu minggu depan pula.Mana taknya lagi dua minggu nak balik Malaysia tapi banyak lagi souvenir yang belum sempat dibeli.Alahai susahnya hati ini..

Saya mengajak abang ke Fremantle weekend ni, huh kena marah pula.Katanya saya belum sembuh sepenuhnya. Kena rehat banyak-banyak.Minggu depan baru boleh jalan-jalan.Sebenarnya kalau tak pergi Fremantle pun cukuplah kalau dapat window shopping kat shopping complex tepi rumah saya ni sebenarnya saya dah rindu nak meronda-ronda lagi.Dah banyak minggu terperap kat rumah..Kalau dah perempuan,perempuan jugalah.hehehe..

12 comments:

cik ct payung said... [Reply to comment]

alhamdulillah, semua ok.

hehehe...tak nafi tu. masa dlm pantang, benda yg paling dirindui adalah keluaq jenjalan kat shopping complex. sbb sy ni msh old fasion dlm bab ni, selagi tak cukup 44 hari, tak akan keluaq bjln2. tp lps je mmg pnjg le langkah.

selamat bersiap2 utk balik kg. tp jgn pulun sgt2, kena pntg jg tau.

p/s:kak mie, post le ole2 ke penang sama. hehehehe......

Hamizah said... [Reply to comment]

baya,
bagusnya..kak mi ni memang selalunya liat skit nak ikut.

Nak souvenir meh la klate..lama dah xjumpa baya..windu la

Mr PenyuBiru said... [Reply to comment]

cakaplah kat hubby, jejalan kat Fremantle tu pun satu terapi tuk mempercepatkan proses penyembuhan.hehe

Ummu Ammar said... [Reply to comment]

Mizah..

Cik abang tu bukannya marah..itu tandanya dia sayang dan caring kt awak..

Apa2 pun take care!

Tak sabar nak jumpa awak!Datang sek tau..

Hamizah said... [Reply to comment]

Mr PenyuBiru,
bagus idea tu..

Hamizah said... [Reply to comment]

Pah,
Fahamnya maksud dia tu,Pah..tapi biasa la bini dia ni degil skit..

Insya Allah saya sampai ke sekolah

Nadiah Sidek said... [Reply to comment]

akk kena byk rehat tau, biar betul2 sembuh. mak nadiah kata, org yg keguguran lg kena pantang lebih lg dpd org baru bersalin. souvenir tu takpe la, mesti org fhm :)

Nida said... [Reply to comment]

Salam..

sama macam Nida.. bila dah asyik terperap jer mulalah rasa tak tentu arah.. tapi betul juga kata hubby Mizah.. rehat dulu, dah betul2 sembuh nanti qadak balik jalan tu ye

Hamizah said... [Reply to comment]

Nadiah,
tq atas nasihat..Insya Allah akan dipatuhi..

Hamizah said... [Reply to comment]

Nida,
hehehe saya pon memang jenis xboleh terperap kat rumah..tapi takpe la untuk kebaikan kita juga kan..

Chik Na said... [Reply to comment]

siannya kena terperap kat umah. kalau mama chik na, keguguran pun kena pantang macam bersalin gak..

anyway, mizah nak balik bercuti ke malaysia ke?

Hamizah said... [Reply to comment]

chik Na,
yelah badan kita,kita yg kena jg kan..

saya blk Msia 9Mac ni..Insya Allah..