Saturday, February 20, 2010

Sotong Goreng Kunyit Bersos Tiram

Buntu apa menu yang boleh dimasak dengan sotong?Saya ada resepi yang simple tapi memang membuatkan kami sekeluarga menjilat jari iaitu sotong goreng kunyit bersos tiram.Resepi ni saya ciplak daripada seorang sepupu.Tak tau la dari mana dia belajar.Lupa nak tanya.Kalau nak cuba salin resepi ni ye.

Sotong Goreng Kunyit Bersos Tiram



Bahan-bahannya:
8-10 ekor sotong sersaiz sederhana-dipotong bulat-bulat
6 biji bawang putih ditumbuk atau dikisar
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1biji bawang besar
garam secukup rasa
2 sudu besar sos tiram
daun ketumbar (jika suka)
1 biji cili merah
20 ml minyak masak untuk menumis

Cara-caranya:
1.Gaulkan sotong dengan serbuk kunyit, bawang putih dan bawang putih di dalam kuali. Rebus hingga kering air sotong.
2.Masukkankan minyak masak ke dalam  kuali tadi. Kacau seketika.
3.Masukkan pula bawang besar, cili merah dan sos tiram. Kacau hingga bawang besar masak
4.Sedia dihidang, tabur daun ketumbar..

Selamat mencuba..

5 comments:

siti murni ishak said... [Reply to comment]

sedap nyer...:-)

mamalieyna said... [Reply to comment]

eeii ada resepi..boleh try nnti..biasa kita wat sotong goreng kunyit jer, ni boleh tmbh sos tiram..msti tmbh sedap eh..^_^!

Hamizah said... [Reply to comment]

siti murni& mamalieyna,
cubalah..memang tak sedar nasi dah habis sepinggan

maya amir said... [Reply to comment]

perghhh..seyes buat terliur..walaupun dah dinner, saya tetap tirgoda..hehe

Nadiah Sidek said... [Reply to comment]

nadiah kalau sotong..suka buat sambal tumis je. yg lain tak gemar pulak. tp nnt blh la try..kot2 suami suka