Tuesday, February 16, 2010

Dah Takdirnya Begini

Salam semua..

Alhamdulillah saya kini semakin sihat dan mampu mengadap lappy semula..Tapi untuk pengetahuan semua, saya telah keguguran setelah hampir seminggu bleeding. Perasaan saya? Memang susah nak digambarkan. Sedih ada, syukur pun ada, bercampur baur.

Sedih kerana kandungan kali ni memang dinanti-nantikan oleh kami sekeluarga. Hampir empat tahun kami tak menerima ahli baru. Baik abang mahu pun anak-anak, semuanya bergembira dengan berita kehamilan saya..Sampai hari ini anak-anak saya, Danish dan Danial masih belum mengerti bila saya menyatakan adik sudah tiada. Mereka masih mengharap adik akan lahir secepat mungkin. Penat saya nak menjelaskannya. Tak pelah ye, anak-anak..kalau ada rezeki lagi, Allah akan bagi semula ummi peluang untuk mengandung lagi..

Namun begitu saya tetap bersyukur kerana cepat mendapat rawatan. Bimbang juga kalau-kalau kuman sudah merebak ke anggota badan yang lain. Syukur juga bila diuji oleh Allah terasa diri ini masih disayangi Allah. Bukankah antara tujuan ujian Allah sebagai rahmatNya terhadap kita? Juga untuk mengukur tahap keimanan dan ketakwaan kita. Firmannya:

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) bila mereka mengatakan: " Kami telah beriman",sedang mereka tidak diuji? ~(al-Ankaboot, Chapter#29, Verse#2)
Semoga kami terus tabah dengan ujian ini..

Saya terus mendapat rawatan daripada ECU Clinic-klinik uni abang, pada hari Jumaat, 5 Feb. Tapi disebabkan tidak ada kemudahan ultrasound, saya dirujuk ke Joondalup Health Campus, klinik berhampiran. Malangnya baby tidak dapat dikesan bila ultrasound. Bayaran boleh tahan juga, $130 (RM390)..Mujur boleh claim insurans 75%. Tanpa apa-apa ubat dan rawatan yang terima, saya pulang ke rumah. Masih berterusan bleeding hingga hari Rabu, saya mengambil keputusan ke King Edward Memorial Hospital (KEMH).

KEMH adalah hospital yang dikhaskan untuk pesakit wanita sahaja. Bestnya semua pekerja KEMH perempuan, kecuali doktor-doktor pakar ada juga yang lelaki. Kandungan saya disahkan ada masalah selepas ultrasound dilakukan. Terharu sungguh dengan layanan oleh doktor wanitanya dan bidannya (midwife). Tak terasa pun dilayan oleh bangsa asing yang berlainan agama. Memang first class layanannya. Cakapnya pun sopan santun, sentuhan mereka juga lemah lembut. Ingin saya kalungkan jutaan terima kasih kepada mereka..

Saya telah dimasukkan 4biji ubat misoprostol untuk menggalakkan segala sisa-sisa kat rahim keluar sepenuhnya, juga dibekalkan pain killer untuk menahan kesakitan akibat proses tersebut. Saya tidak ditahan di wad. Dua hari kemudian saya diberikan 4biji misoprostal, kerana masih ada saki baki produk kehamilan. Masih ada satu appointment lagi untuk menentukan sama ada perlu atau tidak proses D & C (dilation and curettage) dilakukan. Satu minor surgery yang memakan masa cuma 5 minit tetapi mungkin menyakitkan mengikut orang yang pernah mengalaminyanya..Harap-harap saya tak perlu melakukannya!Doakan saya..

21 comments:

Unknown said... [Reply to comment]

assalamualaikum dan salam takziah dari kakchik. semoga segala yang berlaku diterima dengan redha hati. Allah Maha Tahu apa yang terbaik buat hamba-Nya. insyaAllah nanti boleh cuba lagi.

adie said... [Reply to comment]

semoga awak & keluarga tabah menghadapi dugaan ini.

Myza Pesona said... [Reply to comment]

Sabar! Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku! Sesungguhnya hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui!

Ibuhani said... [Reply to comment]

salam hamizah.

sabar ye.....x der rezeki lg tu...ada hikmahnya tu :)

Hamizah said... [Reply to comment]

kakchik, Mr PenyuBiru, Myza & Ibuhani,
tq atas doa kalian..Insya Allah saya sekeluarga masih mampu bersabar dgn ujian ini..

hana' said... [Reply to comment]

salam...mizah...
takziah hana' ucapkan....
di setiap apa yang berlaku itu ada hikmah yang bakal menyusul....
"kita merancan..dan Allah juga merancang...sesungguhnya perancangan Allah adalh yang terbaik"
take care of urself....

liana said... [Reply to comment]

salam..takziah ek...x pe mungkin xder rezeki yg ni ada lg di lain kali...lgpun kite hanya merancang..Tuhan yg tentukan..jg diri bebaik yer..

Nida n' Hanafi said... [Reply to comment]

Salam hamizah..

Insya Allah, Hamizah akan dapat yang lebih baik dari itu... rezeki menunggumu di hadapan, bersabarlah..

ummu ammar said... [Reply to comment]

Salam Mizah..

Terharu baca coretan Mizah ni..saya tahu Mizah kuat utk menghadapi semua ni..salam takziah dr rakan2 di sini..

Insya Allah..rezeki di tangan Allah. Sama2 lah kita berdoa..

Nadiah Sidek said... [Reply to comment]

takziah ye kak. moga tabah hadapi ujian. insyaAllah ada rezeki nnt..

Mama Lubna said... [Reply to comment]

Takziah yer kak.. smg kembali sihat. Insya Allah, ada yg lebih baik untuk akak. Kalau tpaksa buat D & C, jangan takut. Skrg dah tak sakit, biasanya patient dibius dulu. Slps tu pun ok. :)

mamaarifakeemaisy said... [Reply to comment]

Salam takziah..Insyaallah akan ada rezeki dr Allah selepas ni..ada hikmah disebaliknya tu..sabar ye!

Murni Alfathunnisa said... [Reply to comment]

Salam Hamizah, setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Moga sabar menempuh ujian. Insyaallah, ada rezeki lagi di waktu mendatang...jaga diri ya!

syazwan safwan said... [Reply to comment]

saya mendoakan agar akak dikurniakan kesihatan yang baik..dan ditambahkan rezeki..

currentlife2u said... [Reply to comment]

sabr..mungkin ada hikmah..

Dayah @ Real Ummu said... [Reply to comment]

KakMizah..
takziah..insyaAllah pasti ada rezeki pas ni..dan pastinya smua yg terjadi hadir dgn hikmah..take care

Chik Na said... [Reply to comment]

harap mizah dan keluarga sabar hadapi dugaan ni..dah takdir belum diberi rezeki untuk menerima ahli baru.. semoga cepat sihat..

Take care

Ummu Khaulah said... [Reply to comment]

Innalillahi wa inna ilahi rajiun.
Dari Allah kita datang, dan kepadaNya jualah kita dikembalikan. Doaku buatmu moga Allah memberi kesabaran dan ketenangan buatmu seisi keluarga.. Sangat faham perasaan ibu yang keguguran kerana saya juga pernah diuji begitu. Sungguh sakit rupanya keguguran ni... Selepas DnC, saya mengambil perubatan homepati. Alhamdulillah, atas kehendakNya juga, 2 bulan selepas keguguran saya hamil semula :)
Salam ukhuwah dari ku dibumi Berlin.
Ummu Khaulah

Areef said... [Reply to comment]

Salam,

Inna lilLahi wa inna ilaihi raaji'un... Daripada allah kita datang, dan kepada allah kita kan kembali... yakinlah, bahawa pasti 'si dia' akan menanti di pintu syurga... usah ditangisi sebuah kehilangan kerana ia akan berganti dengan keriangan yang tiada taranya. sesungguhnya allah menguji sekadar kemampuan kita.

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said... [Reply to comment]

Mizah D&C taklah sakit sebab dibius, tetapi injection sebelum D&C tu yang sakit. Sikit aje. Sedar-sedar sahaja semuanya da selesai.
Insya-ALLAH adalah rezeki lagi tu jangan risau, akak keguguran 3 kali, masa baby nak masuk 4 bulan, 3 bulan dan yang terakhir ketika mengandung 2 bulan..
semuanya dugaan ALLAH...dia ambil sesuatu dari kita dan dia akan menggantikan dgn yang lebih baik..

Hamizah said... [Reply to comment]

tak sakit rupanya D&C ni ye.tapi ada jg kwn yg sakit.harap2 saya tak perlu lakukannya..