keadaan semasa kebakaran berlaku..
Di situlah tempat saya membeli barang keperluan masa berada di kampung. Ada kedai roti canai Alias, kedai emas Cina, kedai gigi palsu, kedai runcit Lee Mei Him, kedai kuih Mek Dah, Mini Market Che Kar, kedai gambar,kedai prepaid.Kini hanya tinggal kenangan.
Teringat dulu-dulu teringin makan roti canai, arwah ayah akan belikan kami adik-beradik kat kedai Alias, seorang mamak.Terbayang-bayang lagi keenakan roti canai bercicahkan kuah dal atau karinya yang menyengat pedasnya (bagi kami budak-budak kecil la).Pernah juga arwah ayah bawa saya makan kat kedai ni sebelum ke sekolah tadika kerana ianya berhampiran tadika berkenaan.
Satu-satunya kedai runcit cina kat kampung saya, kedai Lee Mei Him juga banyak menunggalkan kenangan indah dalam hidup kerana kedai ni menjual macam-macam barangan. Yang paling meninggalkan kesan, bila hari raya kat kedai inilah saya dan adik beradik shopping kasut raya sebab ada menjual kasut berjenama Bata. Sama juga bila sekolah nak bermula, kedai ini jugalah diterjah untuk mendapatkan kasut sekolah.Bila dah dewasa kedai ni penting juga buat saya kerana banyak menjual ubat-ubatan Cina. Di sinilah tempat membeli keperluan semasa berpantang.
Sehari dua sebelum datang ke sini saya menemankan mak menempah gigi palsunya kat kedai gigi palsu. Terlupa pula nak tanya mak dah berambil ke belum giginya.Harap-harap dah siaplah.Yelah kadang-kadang mak mudah juga terlupa atau tertangguh kalau tiada anak temankannya..
sehari selepas kejadian..
Kedai kuih Mek Dah juga adalah kegilaan saya juga, kuih akoknya memang tiada tandingan. Memang tersohor di seluruh Mukim Pulai Chondong.Keluarga saya sering menempah kuihnya untuk bila ada majlis-majlis pertunangan atau perkahwinan. Yang paling best kuih akoknya yang jadi igauan bila bulan Ramadhan. Baru berkira-kira nak menikmatinya bila balik kampung Mac ini. Tak merasalah gamaknya..huhuhu..
Mini Market Che Kar pula milik ayah kawan saya ketika bersekolah rendah. Kami terputus hubungan sejak-sejak dia kawin.Macamana lah keadaan mereka semua. Harap-harap mereka tabah dengan ujian dan dugaan Allah yang Maha Hebat ini dan bangkit semula untuk memajukan perniagaan.
Itulah pekan kelahiran keadaan pekan cowboy, tempat tumpah darah saya kini. Hampir separuh pekan kini lumpuh.Sedihnya..
p/s: berita lebih lanjut boleh dibaca di sini..Kredit kepada nixk.net. Pinjam gambar..
8 comments:
Masyaallah..kesiannya..nasib la rumah mak hamizah tak kena sama kan..harapnya bantuan diterima dengan cepat la kpd mangsa2 tu..kesian kan..apapun semuanya kuasa Allah..!
Masyaallah..kesiannya..nasib la rumah mak hamizah tak kena sama kan..harapnya bantuan diterima dengan cepat la kpd mangsa2 tu..kesian kan..apapun semuanya kuasa Allah..!
alhamdulillah,mamalieya..rmh mak saya terselamat..mudahan2 ramai yang sudi menghulur..
alhamdulillah rumah mak mizah selamat...kesiannya mangsa kebakaran, hilang la sumber pendapatan dorang buat sementara gudang baru tu dibina ...
kesiannya..alhamdulillah la semua nyawa terselamat
Mizah..
Memang rumah2 kedai tu punya kenangan mendalam dalam hidup Mizah rupanya...
Moga mereka semua tabah melalui dugaan ini..tak terbayang rasanya kalau kita di tempat mereka..
ku penah dgr cerita.. tatau betul ke tak.. tp org cina kekadang bkr sendiri kedai diorg sbb nk tuntut insurans yg mungkin berjumlah ratusan ribu.
mungkin juga Jard..tapi hanya Allah yang tau,kan..
Post a Comment