Monday, January 25, 2010

Pesta Nasi Kerabu di Rantauan

Rindu betul nak makan nasi kerabu, makanan kegemaran saya. Hampir setahun kat sini tak pernah pun saya memasaknya. Bukan apa, rasa tak berdaya nak buat seorang diri. Abang, kalau nasi yang berlaukkan ikan tak kena sangat dangan seleranya, anak-anak pula pasti hanya makan nasi dan lauk sahaja tak suka ulam-ulamannya. Itulah menyebabkan saya tak rajin nak memasaknya..


Tapi hampir sebulan lepas, sebelum terjadinya projek laksa dan keropok lekor, seorang kawan kat sini beria-ia sangat nak makan nasi kerabu. Cadangnya nak masak di rumah saya. Tapi memandangkan cuaca yang nyaman, mesti seronok kalau makan sambil berpiknik. Akhirnya semalam kami bersepakat untuk ke Mulaloo Beach.



berselera semuanya..

Buat secara potluck. Tak sempat nak masak ramai-ramai. Tugas saya masak sambal tumis dan solok lada, Nun, pengarah projek masak sambal ikan dan sediakan ulam-ulaman dan budu, Ima, goreng ayam dan sediakan pencuci mulut manakala kak Sya goreng ikan celup tepung..Wah! semuanya berselera makan siap bertambah lagi. Itulah indahnya hidup di rantauan ni. Keadaan pasti berbeza kat Malaysia tak sempat pun bermesra dengan kawan-kawan. Kawan hanya teman sekerja. Kat sini kawan adalah segala-galanya..

Kenyang makan, ramai yang ambil kesempatan untuk mandi manda di pantai pula. Saya tak join, segan nak mandi di depan mata lelaki-lelaki. Tapi rasanya lepas ni tak boleh la buat apa-apa program kat pantai musim summer, kesian kat suami-suami sebab menyaksikan banyak babak yang wajib tayang oleh minah-minah saleh yang tak tau malu. Kesiannya bertambah dosa suamiku semalam..Huhuhu 

 

20 comments:

mamaarifakeemaisy said... [Reply to comment]

waah bestnyer..berpiknik pulak ye..^_^..itu la kan, duduk di perantauan, kwn2 adalah segala2nya..macam saudara!!

hehe...tambah dosa tak pasal2 ye..huhu..

NIk Fauziah Nik Hussin said... [Reply to comment]

wah dasat lah org jauh... siap buat makan2 tradisi lagi..kita kat sini pun tak terbuat..beli je...

A.I said... [Reply to comment]

bukan main lagi..berkenduri nasik kerabu kowang kt sana (^_^)

ummuammar said... [Reply to comment]

Mizah

Begitu la bila duk jauh dr keluarga dan tanahair..keakraban dah mcm adik beradik..sebab susah senang diharungi bersama..buat makan pun sama2..nampak sedap tu..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said... [Reply to comment]

ha.ha..kelakar part Miza cakap, bertambah banyak dosa suamiku, nak buat macamana, dah duduk di tempat begitukan. Paling penting niat kita..kalau tutup mata karang tak nampak le pulak laut tu..

Murni Alfathunnisa said... [Reply to comment]

nasi kerabu...fuh..sedap tu. last makan masa bulan puasa hr tu...

Hamizah said... [Reply to comment]

mamalieyna,
dah adat, kan. ditempat sendiri mesti nak bergantung dgn kuarga..tempat org, kena berdikari

Hamizah said... [Reply to comment]

Kak Nik,
kita pun ni la baru nak cuba wat sendiri..sebelum ni kalau tak tunjuk2..mesti mengada-ngada dgn mak atau mertua..hehehe

Hamizah said... [Reply to comment]

A.I,
jom la join kitorg..

Hamizah said... [Reply to comment]

Pah,
mmg sedap sgt nasi ni..agaknya kalau blk nanti dah boleh buka kedai jual nasi krabu..hehehe prasan..

kat tempat org baru fhm erti persahabatan

Hamizah said... [Reply to comment]

Kak Yatie,
hehehe ye la kecian sgt.ntah brapa scene dia sempat saksikan

Hamizah said... [Reply to comment]

siti murni,
jom makan..

Ibuhani said... [Reply to comment]

piknik ngan kwn2!....kalau kat sini piknik ngan kwn2 tu susah nak dipraktikkan sbb msg2 sibuk ngan keluarga n aktiviti ngan keluarga masing2 kan.....

Nadiah Sidek said... [Reply to comment]

betul..betul..duk di perantauan, kawan2 la jadi keluarga kita..

Hamizah said... [Reply to comment]

ibuhani,
betul tu..tak pernah pon jln2 dgn kwn sms kat Msia

Hamizah said... [Reply to comment]

Nadiah,
kawan pengganti kluarga daa..

Nida n' Hanafi said... [Reply to comment]

Salam Mizah..

Ni kalau pekena ngan solok lada Nida mesti terangkat punya..hehe

Hamizah said... [Reply to comment]

Nida,
bagus idea tu..nanti lain kali kita order dr nz je la..hehehe

Chik Na said... [Reply to comment]

teringat anak chik na, sufia ..makan nasik kerabu mesti nak solok lada

Hamizah said... [Reply to comment]

betul tu,chik Na..tak lengkap nasi krabu tanpa solok lada..