homemade cake birthday by ummi..hiasan tu beli kat kedai je..
psp a dreamed gift from abah..
Danish dilahirkan 3 minggu lebih awal daripada due date yang sepatutnya pada 4 January 2004. Pada minggu ke35 kandungan, saya telah membuat scan di sebuah hospital swasta di Kota Bharu, didapati air ketuban kering. Dua minggu kemudian, semakin kurang. Saya menjadi bimbang kalau-kalau sejarah kelahiran sulung berulang, dengan nasihat doctor, saya membuat keputusan untuk bersalin secara induce walaupun belum ada sebarang contraction. Tapi tidak berkesan agaknya ubat diberikan doctor itu menyebabkan dia tidak keluar walaupun saya habis tenaga untuk menerannya. Alhamdulillah akhirnya saya selamat melahirkannya secara cesaerian. Danish adalah anak yang senang dijaga kerana tidak pernah ada masalah kesihatan kalau ada pun setakat demam sikit-sikit sahaja. Harapan ummi dan abah agar Danish terus sihat selamanya dan menjadi anak yang berguna serta bahagia hidup dunia dan akhirat. We luv u,Danish..
10 comments:
happy bday danish! moga jd anak yg soleh..
happy belated birthday Danish.. moga sentiasa murah rezeki.. dan jadi anak yang soleh.. aminn
hepi besday danish, moga danish & keluarga diberkati allah senantiasa
p/S:pandai ummi danish buat kek
tq, semua..mudahan doa kalian semua jadi kenyataan
Happy b'day Danish. Smoga diberkati Allah SWT n jd anak yg solleh :)
Sanah Helwah ya gameel (comel)!Moga danish mnjd anak soleh yg bijak & berbudi pd keluarga, agama, bangsa dan negara..
Mizah..Rindulah kt kek coklat awk tu...
happy birthday danish... sedap ke kek mama tu. kena blajar deco kek la mcm Yu nurul asyikin tu
dia pandai deko ko ten..bestnya lama dah nak blaja bulih bguru ngan dia..
Pah, tq..
ada gak org rindu kek saya..terharunya.hhehehe
Happy birthday to Danish. Citer anak sulung kak mizah bunyinya nak sama dengan anak sulung kepada kakak sulung saya. Tapi semua tu ada hikmah besar di sebaliknya kan. Allah jua yang maha mengetahui.
Post a Comment