Thursday, December 17, 2009
Salam Maal Hijrah 1431H
Salam Maal Hijrah, semua..
Sekejap saja kan masa berlalu..pejam celik, pejam celik dah muncul tahun 1431H.Rasanya banyak lagi azam tahun lepas belum tercapai.. jadi tak salah rasanya kita meneruskan azam tahun lepas yang belum terlaksana selagi tidak bertentangan dengan syariat.
Semoga tahun baru memberi seribu erti kepada kita. Azam utama saya macam tahun lepas-lepas juga iaitu untuk menjadi hambaNya yang paling taat dan soleh. Ingin memenuhkan kelompongan dalam hidup dengan amalan mahmudah. Mampukah? Sesamalah kita bersedia untuk menghadapNya walaupun tidak cerap bila masanya, namun yang pasti kita semakin menghampiri titik noktah hidup di dunia. Semoga kita tidak tergolong orang-arang yang rugi. Dunia dan semua isinya hanyalah pinjaman untuk kita. jadi kita harus memulangkan semua pinjaman ini dengan keaadaan seelok-eloknya.
Firman Allah:
Bertanyalah (wahai muhammad): Hak milik siapakah segala yang ada di langit dan di bumi? Katakanlah: (Semuanya itu) adalah milik Allah. Dia telah menetapkan atas diriNya memberi rahmat. Demi sesungguhnya Dia akan menghimpunkan kamu pada hari kiamat yang tidak ada sebarang syak padanya. orang-orang yang merugikan diri sendiri (dengan mensia-siakan pengurniaan Allah), maka mereka (dengan sebab yang tersebut) tidak beriman.
( سورة الأنعام , Al-Anaam, Chapter #6, Verse #12)
Azam saya juga, untuk menjadi isteri yang mampu membanggakan suami..Anak-anak ingin dididik dengan didikan yang paling sempurna. Semoga segala harapan dan iltizam ini terlaksana pada tahun baru ini dan istiqamah untuk tahun tahun berikutnya. Bagaimana anda?
Doa saya, semoga hidup kita terus dalam keadaan hijrah ke arah kebaikan & sentiasa diberkati Allah dunia dan akhirat. Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431H!
Labels:
Tazkirah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Chik na pun ade lagi azam tahun lepas yg tak tercapai..
salam maal hijrah buat akak :)
salam maal hijrah utk mieza...
salam maal hijrah....
salam maal hijrah jugak..:)
Tq,semua..salam tah baru hijriah jg drp saya
bujang susah..tq sudi bertandang.mudah2an dijauhkan Allah drp segala penyakit hati..
Post a Comment