Thursday, December 17, 2009

Krismas Oh Krismas

Sebetulnya ni hari terakhir Danish bersekolah untuk term akhir tahun ni..Sekolah akan dibuka semula pertengahan bulan Feb. Semalam sekolahnya menganjurkan Merry Krismas & Happy New Year Party. Dari kecil-kecil lagi mereka didedahkan dengan budaya berparti..siap ada agenda tari menari lagi. Seperti biasa, saya akan memberi cuti kepada Danish.

Hari ini bila dihantar oleh abahnya, Mrs. Beynes, guru kelasnya menjelaskan mujur Danish tak datang sekolah kerana terlalu banyak makanan disediakan parents untuk party berkenaan. Dia pun bimbang kalau-kalau tak terkawal makanan yang dimakan Danish. Mereka sangat peka dengan hak. Jadi mereka bimbang dipersalahkan..

Hampir dua, tiga minggu kebelakangan hampir setiap hari dia membawa balik kad ucapan krismas daripada kawan-kawan sekelasnya. Biasanya turut diberikan candy cane.. yang berbentuk huruf J tu. Boleh tengok kat sini. Apalah yang difaham oleh budak 6 tahun tentang agama, kan. Tiada diskriminasi antara mereka. Bimbang juga dia tertarik dengan budaya mat saleh ni. Dah la dapat kad lawa-lawa kawan pula bercita keseronokan mereka bila menyambut krismas kerana mendapat hadiah idaman. Saya dah jelaskan padanya perbezaan agama dia dan kawan-kawan. Dia sudah dapat terimanya..Alhamdulillah



antara kad diterima Danish..

Kalau nak diikira minggu ni, dah selesai semua proses p&p. Sekolah-sekolah Islam sudah dibenarkan bercuti. Mereka ke sekolah hanya untuk melakukan semua aktiviti berkaitan krismas.Kelmarin pun dia membawa balik buku aktivititi krismas. Huh rimas sungguh dibuatnya. Nak hantar ke sekolah agama pun tak mampu rasanya. Sebab sekolah private, fee pun boleh tahan lumayannya, kena naik bas lagi. Buat masa dua tahun ni sabar saja la..

Meriah sungguh krismas ni. Dari bulan Julai lagi sudah terasa bahangnya bila hampir semua pasaraya mula berlumba-lumba mengadakan krismas sale. Malah ada yang menyediakan khidmat lay by. Iaitu memberi peluang orang ramai memilih hadiah krismas awal-awal dengan hanya membayar deposit 10%.Kemudian mereka hanya perlu ansuran bulanan hingga krismas tiba. Sebelum faham konsep ni, saya dan abang terpinga-pinga bila melihat mereka begitu ghairah sekali memborong kemudiannya meletakkan barang tersebut di kaunter lay by. Mereka hanya dibenarkan mengambil barang setelah habis menjelaskan ansuran.

Kami pun tumpang sekaki mereka bershopping kerana kat sini barang-barang memang murah daripada harga asal. Memang takkan tertipu punya.. Tapi taklah gila-gila macam mereka. poket pun kempis je.. ukur baju dengan badan. Kami juga tertunggu-tunggu boxing day (26 Disember) yang dikatakan harga barang semakin menjunam bila kebanyakan mereka akan akan memulangkan hadiah yang tidak digemari. Pasaraya pula akan menjual semula dengan harga yang murah sangat-sangat. Itulah bestnya kat sini boleh memulangkan semula barang yang dibeli bila-bila masa tanpa apa-apa alasan sekiranya tidak berkenan dengan syarat masih dalam keadaan elok dan masti menyimpan resit belian.

Hmmm bestnya kalau mereka menyambut Aidilfitri & Aidiladha seperti kita..

8 comments:

Ummu Ammar said... [Reply to comment]

Salam Mizah..

Sekolah2 Islam tu under saper?
Bleh puji la Mrs Beynes tu..prihatin jer psl hak agama lain..

yatie chomeyl said... [Reply to comment]

kat sini pon sekolah smbut krismas. kami di jemput juga ke nursery baby utk sambutan tu...nasib baik baby maish kecik . kami pergi nanti pun sekadar memenuhi jemputan lah huhuhu walaupun hati tak rasa nak pergi pon

Hamizah said... [Reply to comment]

salam Pah,
tak pasti juga saya pah..tapi byk jg menerima sponsor drp kerajaan Islam sebelah Arab sana..
cikgu2 kat sini semuanya baik2 & sgt prihatin dengan budak2..

yatie,
itulah kalau tak pergi rasa cam tak nak bersosial dgn org plak

Anonymous said... [Reply to comment]

awalnya cuti... awla skolah smpi selasa depan. Semua org teruja tunggu boxing day... bersesak2 tu yg malas tu, biasanya saya gi nnt tahun baru..aman sikit

Dayah @ Real Ummu said... [Reply to comment]

tang brg murah tu yang best tu...perlu ada bnyk duit, lagi best

Hamizah said... [Reply to comment]

xtau la fa10 macamana keaadaannya coz ni 1st year saya kat sini..nak juga merasa kesesakan tu

Dayah,
kalau byk duit dgn owner kedai rasa nak borong.hehehe

Nadiah Sidek said... [Reply to comment]

bagus kalau dpt cikgu yg prihatin cmtu. kat sini ari tu sibuk dgn black friday..ingt apadia la black friday tu. rupanya sale..harga runtuh! kwn2 yg dh 2-3 thn duk sini kata mmg sesak la shopping mall. mmg tak kuasa la nk gi shopping ms black friday tu

Hamizah said... [Reply to comment]

oo black friday ye, kat cni boxing day