Friday, December 25, 2009

Kristian & Islam di Perth

Hari ni adalah hari kebesaran orang-orang Kristian, iaitu hari Krismas..

Sunyi sepi melanda kawasan perumahan, tiada deruan kereta, tiada manusia lalu lalang, toko-toko perniagaan tutup sehari, semua sektor kerajaan pula ditutup selama dua minggu..Sangat berbeza dengan Malaysia cuti Aidilfitri pun cuma dua hari, malah ada yang tak dapat cuti kena stand by untuk memastikan semua sektor tetap berjalan. Mereka memang sangat mementingkan hubungan kekeluargaan daripada kita.

Tapi amalan ziarah menziarahi tak diamalkan kot sebab tu jalan lengang. Lagipun semalam mereka makan besar, pasti ramai yang masih pening-pening lalat kesan alkohol. Begitulah sinonimnya mereka dengan arak. Setiap pesta pasti tak meriah tanpanya! Tauke-tauke arak pasti tersenyum lebih lebar. Tak hairan banyak kedai mampu berdiri dengan gahnya dengan hanya menjual arak.

Apa yang saya perhatikan juga, di Malaysia kalau musim Krismas pastinya meriah dengan lagu-lagu Jingle Bell atau apa lagu-lain lain (saya tak tahu apa lagi judul-judul lagu Krismas ni) sama ada kat tv atau radio atau dipasang secara terbuka di pasaraya-pasaraya, atau pada musim Krismas inilah kita dapat tengok anak-anak Islam diperbodohkan, memakai topi atau pakaian santa. Sangat menjengkelkan. Terlupakah mereka hukum memakai pakaian berunsur agama lain boleh membatalkan akidah? Tapi kat sini suasananya berbeza. Nak tahu kenapa?

Australia memang sangat mengamalkan kebebasan beragama. Maksudnya semua agama tidak boleh menonjolkan ajaran agama masing-masing. Di sekolah-sekolah juga tidak ada matapelajaran khusus untuk mengajarkan nilai-nilai agama. Mereka sangat sekular sebenarnya, agama diketepikan sama sekali. Jadi masjid-masjid juga tidak boleh mengalunkan azan kuat-kuat, tak boleh siarkan ceramah-ceramah agama bacaan al-Quran. Tapi yang ruginya adalah orang Islam juga kerana nilai-nilai Kristian tetap diterap secara tidak halus kepada pelajar-pelajar. Kalau ibubapa yang tidak prihatin, anak mereka mungkin terlucut akidah Islamnya. Walaupun ada sekolah-sekolah Islam, ramai (termasuk saya) yang masih memilih untuk menghantar anak-anak di sekolah kerajaan, mungkin kerana tak sanggup kerana yuran yang terlalu mahal. Mujurlah saya tak lama berada kat sini..





Namun begitu orang Islam di sini masih kukuh pegangan agama mereka. Malah lebih kukuh daripada sesetengah orang Islam negara kita. Pengalaman saya mengajar agama di sekolah, menyebab saya berani berpendapat sedemikian. Kalau di Malaysia,susah sekali untuk mencari pelajar yang mampu membaca al-Quran dengan fasih walaupun mengajar kelas-kelas yang bijak dan baik skornya dalam peperiksaan! Tapi bila mengajar anak-anak orang Islam mengaji kat sini saya mampu menyimpulkan kita sebenarnya dalam zon yang sangat selesa.

Ramai anak-anak kita tercicir dalam pengajian al-Quran mereka semata-mata mengejar skor A. Sedihnya! Kepada yang dah beranak, pastikanlah anak kita menerima Pendidikan Islam yang sempurna, jangan terlalu mengharapkan mereka belajar di sekolah semata-mata, sentuhan ibubapa lebih berkesan..Dalam kesibukan menyediakan mereka dengan tuisyen-tuisyen, jangan lupa diajarkan al-Quran dan nilai-nilai Islam. Jauhilah panyakit 'hubbu ddunya'..

 

11 comments:

adie said... [Reply to comment]

kekadang ade tu yg cara hidupnya lebih dari omputih dari omputih tu sendiri.

yatie chomeyl said... [Reply to comment]

nsb baik org jepun ni xde agama, jadi diorang tak derlah cuti or sambut besar-besaran.
cuma mereka suka2 tukar2 hadiah jugak huhuhu

Hamizah said... [Reply to comment]

Mr PenyuBiru,
setuju tu byk rag Islam yang dah menyimpang drp agama..

Yatie,
kat sini pon byk jg atheis, tp keseluruhannya adalah Kristian

Nadiah Sidek said... [Reply to comment]

tu la..mmg sedih bila tgk kat m'sia sendiri ramai je melayu muslim yg duk sambut krismas sekali..

Anonymous said... [Reply to comment]

kat skolah saya pun ramai yang ambil lewa subjek agama, alasannya agama x masuk dlm UPSR...sedih mendengarnya

Hamizah said... [Reply to comment]

Nadiah,
entah apa ke bangangnya org kita ni kan..sama jg bbrp tahun lepas bila org kita dgn drlambanya memakai jersi bola Englang yg ada salib, sdgkan kat England hanya dikibarkan separa tiang sbb menghormati agama lain..

fa10,
itulah realitinya bila agama dan dunia dipisahkan apa salahnya selitkan sekali Pendidikan Islam dalam UPSR..

Ummu Ammar said... [Reply to comment]

Mizah..

Setuju sangat..Realiti msyrkt Islam kita sudah agak terpesong dr landasan kebenaran..bagi saya pentadbiran kerajaan perlu perubahan dan lakukan sesuatu..bkn sekadar me"rasmi"kan islam sbg agama ttp bkn pd amalan rakytnya..

Lama dah x ke sini..sedar2 dah tkr..cantiklah umah baru ni..

Dayah @ Real Ummu said... [Reply to comment]

berada di luar membuatkan kita lebih appreciate aktiviti keagaaman yang bebas di M'sia..namun masih org kita leka...1Malaysia la katakan..

Hamizah said... [Reply to comment]

Pah,
ye llakukan perubahan segera terutamanya di tganu..
Pah mesti bz sgt2 kan dah nak stat sekolah semula kejap je rasa cuti..

Hamizah said... [Reply to comment]

Dayah,
kita terlalu bebas sehingga tak mampu sekat org Islam drp keluar agama..entahlah apa nak jd.

rosma said... [Reply to comment]

semoga kite ttp berpegang kepada agama yg satu...ISLAM agamaku..