Ya Allah malasnya nak berblog sejak-sejak tak boleh nak upload gambar kat blog ni..Namun bila ada juga berkunjung setelah hampir seminggu tak update blog, kesian juga org..asyik-asyik tengok entry yang dah lapuk ni.. so saya gagahkan diri untuk entry berikutnya, budaya membaca mat saleh kat negeri kangaroo..
Kalau sebelum ni macam-macam statistic dah keluar kat akhbar menunjukkan orng kita malas membaca. Tapi hati saya tetap mengatakan orang kita rajin membaca..kerana saya rasakan saya sendiri adalah orang yang rajin membaca. Setiap hari, masa kat Malaysia saya memang akan melanggan surat khabar kat koperasi sekolah dan saya akan pastikan saya akan baca hampir semua isi kandungannya KECUALI segmen sukan. Saya memang tak minat dengan sukan Malaysia walaupun saya suka melakukan exercise hampir setiap hari!
Itu cerita surat khabar, setiap minggu pula saya akan beli lagi majalah Mingguan Wanita atau Harmoni untuk tambah bahan bacaan. Kadang-kadang ke kedai buku untuk beli buku-buku ilmiah tak kira buku agama atau novel atau apa2 buku yang menarik perhatian saya.Atau pun pinjam sahaja buku-buku atau majalah daripada kawan-kawan.
Kat sini pula, dua kali seminggu, ada surat khabar komuniti, diedarkan secara percuma..saya akan baca sepenuhnya untuk baiki English skill. Kadang-kadang ke garaj sale atau swap market, atau kedai barang terpakai untuk dapatkan buku-buku second hand..Paling tidak merayap dari blog ke blog untuk cari bahan bacaan.So saya memang bermati-matian menafikan orang kita malas membaca..
Tapi bila sampai kat sini, akhirnya surrender,angkat kaki dan tangan..memang kita kalah dengan mat saleh. Diorang memang rajin membaca.Library kat sini memang hidup, setiap masa ada orang. Pernah saya ke library ketika library mengadakan sale buku-buku yang nak dilupuskan. buku-buku dijual mmemang murah. banyak juga yang menarik hati saya tapi memandangkan untuk membayar, terpaksa beratur hampir 500 meter, saya mengalah..Kagum saya dengan kesungguhan mereka walaupun ada yang datng dengan anak kecil. mereka sanggup besesak-sesak hanya kerana beberapa buah buku.
Tertanya-tanya juga kenapa la diorang ni suka membaca? Saya perhatikan tabiat mereka, sejak dari kecil lagi memang dilatih dengan budaya membaca. Bermula dari rumah seusai dari kecil, telah dibacakan buku oleh ibu bapa sebelum tidur.Bila masuk sekolah, dari pre-primary, mereka telah melatih kanak-kanak ni meminjam buku setiap minggu. Kalau si Danish setiap hari Rabu adalah hari dia dan kawan-kawan sekelasnya ke library..minggu berikutnya, hantar buku dipinjam. Sejak dia mula dapat mengingat hari sendiri saya dan abang tak perlu mengingatkannya..dengan sendiri dia akan ambil beg buku untuk hantar dan pinjam buku baru. Bila balik je dari sekolah, tak sabar-sabar nak tunjukkan saya buku tersebut. Saya akan bacakan buku untuknya! Walaupun penat dia tak merungut.. malah sanggup habiskan buku dulu sebelum makan. Begitulah exitednya dia dengan buku-buku. Hinggakan semua buku nak dibaca. Sekarang dah tau baca sendiri, senang la kerja ummi..
Saya sendiri teruja melihat perkembangannya, kalau dulu memang banyak dalihnya bila disuruh baca buku. Dengan budaya ni juga, dia sudah pandai membaca dengan lancar, walaupun baru 6bulan belajar kat sini! Di samping itu juga, sejak masuk term baru,bulan Oktober lepas, sekolah mula membekalkan anak-anak dengan sebuah buku sehari. Tugas ibu bapa, ajarkan mereka. Disediakan juga sebuah fail untuk disain sebagai bukti buku tersebut dah dibaca.. so sekolah dan Ibu bapa sama-sama terlibat dalam pendidikan. Saya percaya semua kanak-kanak yang bersekolah, memang tidak ada masalah buta huruf. Berbeza dengan Malaysia, sampai form 5 masih ada sekurang-kurangnya sepuluh orang pelajar yang tak tahu membaca.. sedihnya bila terkenang nasib bangsaku..bila nak berubah..
11 comments:
Pokok pangkalnya bermula dari diri kita sendiri...Na pun memang suka membaca. In fact, sejak kecil lagi mak abah yang banyak bagi galakan...
budaya membaca ni kena terapkn kat anak2 sejak kecil lg.....
salam Na & ibuhani,
setujuuuuu....
Menarik! Sebagai ibubapa kita mesti tanamkan sifat cintakan buku kpd ank2 sejak kecil..tp sayang sek kt sini kurang bjaya dr segi penerapan membaca..program Nilam kt kbyakan sekolah ibarat hidup segan mati tak mahu...
betul tu, Pah..
itulah maksud saya, sekolah mampu bentuk pelajar cintakan membaca.Danish sekarang tanpa disuruh dia akan membaca..syukur.harap kekal selamanya..
Ibu bapa sendiri kena minta membaca barulah boleh nak pupuk budaya membaca dalam diri anak2 kan.. kepimpinan melalui teladan.. ibu bapa dalah guru pertama kpd anak2.. saya pun minta membaca dah menurun sejak bekerja ni tapi sempat la juga bacakan buku pada anak2 beberapa kali seminggu... mmg tak cukup.. kena tingkatkan lagi ni.. bial baca entry akak, baru tersedar diri..
baguslah arni kalau dpt menyedarkan kita semua..itulah kdg2 dalam bz dgn keja kita tlepas pandang byk perkara..sama2 kita ubah keadaan
membaca blog pun bule dikategorikan membacakan?? heheh salam ziarah kembali dan salam kenal!!
salam kenal..kat australia eh?bestnye.. tapi saya memang sokong, org kite tak amalkan dari kecit2 kan..nice entry:)
Elyn, ye baca blog pon tmasuk kategori tu..tp kalo saya bila baca blog mesti nak baca bhn bahan bacaan yg ringan2 saje..xlarat nak tahan mata..
Maya,org kita yang tergolong drp famili yg bpendididkan dan berada mungkin sedar kepentingan membaca dan mampu sediakan bahan bacaan untuk anak2 tp kalau yang tak sedar terus begitu sehingga ramai anak2 kita keciciran..
Post a Comment