Thursday, December 10, 2009

Apa Ada Pada Nama





Teringat zaman sekolah dulu saya sangat tidak suka dengan nama saya ‘Hamizah’. Bukan apa selalu sangat diejek-ejek oleh kawan-kawan lelaki sebagai ‘Hamzah’. Selalu sangat berangan alangkah baiknya kalau nama saya Emmy, atau Sally, atau Erni atau Rosmawati, atau Rose..


Saya tanya mak kenapa saya diberikan nama Hamizah? Mak cakap dia rancang untuk menamakan saya Nor Azila. Tapi ayah berkenan dengan nama anak Tok Guru yang ajar mengaji kat kampung saya yang juga bernama Hamizah. Jadi masa mendaftarkan kelahiran saya, ayah menamakan saya sebegitu. Sejak-sejak dengar cerita mak, saya mula menggambarkan diri saya sebagai Nor Azila..mmm biasa la kan, dunia kanak-kanak memang penuh dengan imaginasi..

Saya mula faham maksud nama saya ketika kakak saya membeli buku-buku nama Islam untuk anaknya. Sangat indah rupanya maksud nama Hamizah iaitu, riang, gembira dan bijaksana. Mulai hari tu saya sangat berterima kasih kepada ayah kerana memberikan nama yang terindah ini untuk saya..

Untuk anak-anak, saya tidak pernah menyediakan satu nama yang khusus bagi seperti kebanyakan orang yang sejak dalam kandungan anak-anak dah ada namanya kan. Nama anak saya ringkas sahaja yang sulung, Muhammad Danish (maksudnya bijak), yang kedua Muhammad Danial (nama salah seorang nabi, ada juga yang berpendapat nama lain bagi Nabi Daud). Bagi saya, cukuplah sebuah nama yang simple tapi memberikan makna yang besar.


berilah nama yang terbaik untuk anak..

Menurut Islam sendiri pun, bukanlah wajib memberi nama yang baik kepada anak tetapi perlu juga berhati-hati dalam memberi nama anak kerana nama-nama yang tidak baik maksudnya mungkin meninggalkan kesan buruk kepada mereka kerana nama adalah pengenalan dan identity kita sebagai seorang muslim. Rasulullah pernah bersabda:

"Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari qiamat dengan nama-nama kamu, dan nama-nama bapa kamu, maka perindahkanlah nama-nama kamu itu
(Riwayat Abu Daud)

Dalam menamakan anak ini syarak telah menetapkan beberapa panduan untuk memilih nama anak sebagai berikut:

* Hendaklah nama yang dipilih itu memberi pengertian dan maksud yang baik. Sehubungan dengan itu kita dilarang untuk menamakan anak-anak kita dengan nama yang buruk yang boleh menjejaskan kehormatan dan mungkin menjadi sendaan dan memalukan anak tersebut.

* Jangan namakan anak dengan nama-nama yang khusus kepada nama Allah seperti Ahad, Ar-Rahman, AL-Khalid dan sebagainya. Sekiranya nama ini hendak diberikan kepada anak kita maka hendaklah disertai dengan nama lain di hadapannya seperti Abdul Rahman, Abdul Khalid dan sebagainya.

* Jangan menggunakan nama yang dikaitkan dengan Abdul (hamba kepada lain dari Allah seperti Abdul Uzza (hamba berhala Uzza), Abdul Nabi (hamba kepada nabi) dan sebagainya.Ulama bersepakat mengatakan bahawa menamakan sedemikian adalah haram.

* Elakkan dari menamakan anak dengan nama-nama orang kafir atau nama-nama yang menyerupai nama bukan Islam seperti Jon, Sally, sebagainya.

Semoga panduan ni membantu kita semua memilih nama terbaik untuk anak..





8 comments:

ummuammar said... [Reply to comment]

Amboi kecik2 dah suka berangan ye..saya dulu tak suka gak nama saya..sbb cikgu2 selalu kaitkan nama saya ngan seorang pelakon..Latifah Omar..lagipun nama kwn2 majoriti canggih2 jer..bila dah tahu mksudnya..saya suka nama saya..menggambarkan orangnya...

Nadiah Sidek said... [Reply to comment]

betul..betul..kena bg nama yg baik utk anak2 bkn sekdr sedap menyebutnya tp takde makna. pastu lg 1, sy tak berkenan kalau org duk bg nama anak pjg2 pastu nnt gerenti panggilnya pendek je..

Hamizah said... [Reply to comment]

Pah,
biasa la dah namanya budak2..betul nama Pah dah memang menggambarkan tuannya..

Nadiah,
tak tergeliat la lidah maknya bila nak nyebut nama anak..

~aRniNaDrah~ said... [Reply to comment]

memang sedap nama HAMIZAH. Anak saudara arni pun nama Nur Hamizah. memang riang, gembira dan bijaksana orangnyer.

Anak saya pula nama ringkas sahaja supaya dapat panggil nama penuh: Aufa, Ahda dan Athif.

Hamizah said... [Reply to comment]

tq, arni..
comel2 nama anak2 arni ye..

cik ct payung said... [Reply to comment]

klu ikut cerita, abah nak buh nama intan syafinaz (nama putri sultan kedah), tp mak jatuh cinta dgn nama siti norbaya, novel terkenal indonesia, n as u all know, mak menang.
nama anak2, saya dgn hubby pakat2 pilih satu nama dan di'combine'kan maka jadilah:
1. muhammad aniq aufa (aniq)
2. muhammad amir ashraf (ashraf)
3. muhammad adib akhyar (adib)
moga-moga, mereka akan membesar menjadi sebagaimana maksud nama mereka. insyaallah....

Hamizah said... [Reply to comment]

ameeeeeeeeeeen...

Mama Lubna said... [Reply to comment]

Salam kak hamizah.. salam ukhuwah. Tkejut saya bila tajuk artikel saya sama dgn artikel akak. "APA ADA PADA NAMA" :) Sblm ni tak pernah saya singgah di blog akak ni. Bila tengok tarikh, akak posting artikel tu pada 10 Disember, saya 13 Disember.. :) Mudah2an ada kebaikan untuk semua.