Friday, September 9, 2011

Raya Serba Sederhana..

Tahun ni kami beraya lewat sehari daripada Malaysia.Insya Allah ni raya terakhir di perantauan.Tak nafikan rasa nak menangis je bila ingatkan kampung.Semakin dekat raya, semakin pilu hati.Sempat juga skype dengan famili.Terubat sedikit rindu di hati.Mudahan diberi peluang oleh Allah untuk beraya di kampung tahun depan..


Tapi beraya kat sini pun tak kurang meriahnya sebab semua kawan tak balik Malaysia tahun ni.Cuma agak tak bestnya bila semuanya baru nak berkenalan.Cuma saya dan Syikin je orang lama kat sini, yang lain semua baru datang tahun ni.Jadi belum kenal hati budi masing-masing.Nak borak pun terbatas je rasanya..


Bab persiapan raya, saya sangat-sangat suka.Serba simple.Baju raya dibeli untuk anak-anak sahaja.Itupun dua hari nak raya barulah terjah shopping complex.Dua pasang sorang.Cukup.Semuanya baju omputeh.Tiada baju melayu atau baju kurung.Janji diorang suka, kan?hehe..


Tiada open house.Sebab seperti tahun-tahun lepas, kami berkumpul beramai-ramai di salah sebuah rumah kawan.Masing-masing potluck.Menu kami adalah nasi tomato dan nasi himpit beserta kuah lacang dan kuah lodeh.Tugas saya menyiapkan kuah dalca dan sambal untuk diregukan dengan nasi tomato.Bawa juga tiga jenis kuih raya yang sempat saya buat iaitu kuih sarang semut, famous amos dan dahlia.Begitulah sederhananya beraya kat sini. Tiada pembaziran.


Petang raya, ke open house kawan di Perth City.Seronoknya dapat jumpa ramai kawan yang tinggal di sekitar city ni.Petang barulah balik.Keesokan hari dah tak beraya lagi.Anak-anak ke sekolah, suami pula dah masuk ofis.Cuma weekend barulah sambung beraya lagi.


P/S: Selamat Hari Raya Aidilfitri ye..Tak sempat nak upload gambar baby dah nangis..hehe

12 comments:

yatie chomeyl said... [Reply to comment]

wpon ray ake-2 dh masuk lab, tp weekend ttp meriah dgn opne house lagi kan kak

Kakzakie Purvit said... [Reply to comment]

Sekurang-kurangnya dapat dinikmati Raya sebagai hari kemenangan itu dgn kebahagiaan berbanding saudara kita di Mogadishu, Somalia kan dik...

Acik Erna said... [Reply to comment]

assalam mizah..elama mizah tak online..akak ikuti khabar miah diblog satu lagi..tak le rindu sangat nak tau khabar mizah..

transformed housewife said... [Reply to comment]

teringat beraya di Hamilton pun mcm tulah. CUma kami ramai jugakla yg dah menetap disitu. Jd, ada juga yg buat rumah terbuka.

♥MAMASYAZA♥ said... [Reply to comment]

akak pun tak plan nak buat open house, kesihatan tak mengizinkan

ciK LyndaWawa said... [Reply to comment]

selamat hari raye...=]

Hamizah said... [Reply to comment]

yatiey,
alhamdulillah byk org ajak ke open house..

Hamizah said... [Reply to comment]

kakzakie,
alhamdulillah msh mampu beraya wpon tiada famili di sisi..

Hamizah said... [Reply to comment]

kakerna,
mujur ada back up, kan..hehe

Hamizah said... [Reply to comment]

nur,
kat cni stdent pon ramai yg open house..blhlah tumpang beraya..

Hamizah said... [Reply to comment]

mamasyaza,
kenapaye..
lama sy tak sempat nk btanyakan kabar..

Hamizah said... [Reply to comment]

dik linda,
selamat hari raya..