Perkembangan terbaru yang saya dapat tau kat airport Perth dah tiada praying room. Sebelum ada ruang untuk semua agama bersembahyang kat situ.
Kiranya campur-campur la. Hindu ke, Buddha ke, Kristian ke, Islam ke, semuanya boleh sembahyang. Semasa suami menjemput mak dan adik saya dari Malaysia, baru terperasan lot surau tu dah jadi kedai. Semua lot kat tingkat bawah airport tu dah jadi kedai.
Diorang ni cuma pentingkan bisnes je ye. Ataupun sebab yang selalu guna tempat tu hanya orang Islam sebab tu ditukar. Sebenarnya kat Australia ni memang banyak racist.
Kalau macam ni kenalah cari mana ruang kosong untuk bersolat. Islam tu mudah. Allah ada kat mana-mana, kan..
13 comments:
masa saya belajar di sekolah Omputeh..kami bila berkembara ke luar2 daerah..sembahyang je kat mana bersih..
siap ada orang ambik2 gambar lagi !!
kat sini ada surau tapi tandas takde air, macammana tu? kita ni pulak kalau nak solat mesti nak membuang dulu :D
ermm..islam tu mudah kak...
janji kita tak lupa Allah...
takde surau pun takpe, boleh solat kat mana2 ;)
ape yg penting...kite tak lupe suruhanNya tu...
kat mane2 pun boleh solatkan..janji tempat tu bersih...mcm kate hubby ler..sebab dia selalu jugak gi outstation tempat cam tu..
betul tu hamizah...klu nak solat kat mana2 bleh yang penting niat...
Boleh solat di mana-mana, asalkan tempat itu bersih, kan? :)
Agree with u kak..kt mana2 pn blh solat janji bersih..
duk kat negara kristian ni terpaksa la guna apa yg ada. bukan takat surau, nak gi toilet pun susahkan?
kat airport melbourne masih ader prayer room.. uhuhu
cari je tempat tersorok sikit dr org lalu lalang dan smbhyg. dulu kami pun sokmo smbyg je kat tempat lapang yg nampak bersih.
Dengar juga tentang racist tu tapi ramai juga orang kita migrate ke sana.
Harap itu tidak menjadi alasan...
Post a Comment