Tuesday, March 22, 2011

Air Paip Oz Selamat diminum

Dah masuk minggu ke 33 pregnancy saya.Semakin penat pula terasa sejak akhir-akhir ni..Nak menghadap laptop pun malas apatah lagi nak blog walking!!


Sabtu lepas sempat juga ke Perth City, melawat kawan.Seorang anak kawan suami yang baru sahaja menyambung study kat sini.Dia menumpang kat rumah kawan yang agak rapat juga.Bila jarang-jarang jumpa, banyaklah terkeluar cerita-cerita (tak mengumpat kot) hehehe..

google

Dalam banyak-banyak topik tu,termasuklah cerita kawan yang bawa anak dia jumpa doktor gigi yang menasihatkan supaya air minum jangan dijerang sebelum makan sebab air paip kat Perth ni memang selamat diminum!Baru saya tahu.Dah beribu-ribu gelen air agaknya 'termasak' sepanjang dua tahun lebih ni.Tapi memanglah airnya sangat jernih.Tak berbau klorin, tak berkeladak cam kat Malaysia.Memang tak perlulah nak pakai macam-macam penapis.Ruginya baru tau!!

inilah rupanya..
Balik dari rumah kawan, singgah kat IKEA.Jamu mata.. sambil-sambil tu kempiskan poket laki yang dah tersedia kempis.Kui..kui..kui..Saya terbeli BRADA laptop support $12.99 je.Bestlah tak terasa panas lagi peha bila meriba laptop.Balik ke rumah hampir maghrib (dah masuk autumn ni 6.30 pm dah maghrib).Lepas maghrib kami anak beranak tertidur.Mujur terjaga untuk solat Isyak..


Ahad pula menziarah kawan yang baru dapat baby.Aduh penatnya..

17 comments:

yatie chomeyl said... [Reply to comment]

comey ahh laptop support tuh, nok cari retep ah...lepas ni baru best nok update blog *alasan semata2* :p

marinahunny said... [Reply to comment]

haha berkenan plak support laptop tu..huhuhu..

Zaidah said... [Reply to comment]

klu air kat sana tak payah nak jerang....bleh menjimatkan gas untuk memasak...

ana ayesha said... [Reply to comment]

menariklah laptop support tu

Hamizah said... [Reply to comment]

yatiey,
hahaha..
oklah tu..x doh alasan kalu terbeli tu

Hamizah said... [Reply to comment]

marinna,
jom la serbu IKEA..

Hamizah said... [Reply to comment]

zaidaah,
bkn stakat gas lemak pon boleh jimat..hahaha

Hamizah said... [Reply to comment]

ana,
beli jgn xbeli..hehehe

Chik Na said... [Reply to comment]

comelnya laptop support tu, agak-agak kat mesia ade tak?? dah lama tak p IKEA ..

kak Erna said... [Reply to comment]

assalam mizah..banyakan rehat ye..
semoga mizah sihat menunggu harinya..

fa10 said... [Reply to comment]

air di Scotland pun x payoh rebus, tp kalu tetamu dr malaysia maghi demo x berani nok minum air x masok ni..

julietchun said... [Reply to comment]

kat mesia ni tgk air paip merah sepanjang tahun, taktaulah kenapa :D

Lady Lavender said... [Reply to comment]

kat sini pun sama, boleh minum air terus dr paip :-)

Hamizah said... [Reply to comment]

chik Na,
xpasti pula ada ke x kat msia..
cuba surf kat katalog online..

Hamizah said... [Reply to comment]

kak erna,
tq..

Hamizah said... [Reply to comment]

fa10 & lady lavender,
tulah br je tau..
rilek skit ye..

Hamizah said... [Reply to comment]

juliet,
kjaan xpasang filter kot..hehe