Wednesday, February 23, 2011

Nak Pikat Suami Mesti Kenyangkan Perutnya?


Bila dah kawin perkara yang paling utama yang nak kena belajar ialah memasak.Betul tak?Sebelum kawin saya dah cakap awal-awal dengan suami saya tak tahu memasak. “Tak pe, belajarlah” katanya.

Bila dah kawin saya asyik masak menu yang sama setiap hari. Tambahan ayam adalah kegemarannya jadi senanglah kerja saya. Kalau tak masak merah, goreng kunyit, sup ataupun goreng kicap.Itu sahajalah yang saya tau. Sayur pula kalau tak goreng, masak lemak. Komennya “ Sama je menu zaman bujang dulu dengan lepas kawin”. Balas saya “ Kan dah cakap kita tak pandai masak”. Kalau dengan mak pun saya memang hanya jadi assistant saja. Tolong kopek bawang, potong cili kemudian blend. Sekali sekala jeling juga mak masak. Tapi yang banyaknya, saya bantu apa yang patut, kemudian terus menghilang. Layan tv ataupun dengar radio.Hehehe..

Hiasan semata-mata-google

Yang paling kelakar bila saya 1st time masak kurma ayam.Tanpa berpandukan mana-mana resepi saya mula mereka-reka ramuan sendiri.Tak tahu pula rempah mesti betul-betul garing.Saya main hentam saja. Hasilnya, hanya tong sampah je yang berselera menelannya.Namun setelah cuba berkali-kali dan bertanya kepada mak dan mentua, hasilnya memang umphh.Masuk bakul angkut sendiri.Weeee..Hari ni pun saya menerima tempahan nasi minyak untuk 20 orang makan, lauknya adalah ayam kurma..

Berkahwin tahun 2001, bukan macam sekarang internet ada kat mana-mana.Ceruk kampung pun orang dah celik ICT. Maklumat di hujung jari! Macam-macam resepi boleh jumpa, eastern ke, western ke.Beruntungnya isteri-isteri sekarang, kan?Tak rugi belajar masak.Memanglah kalau ikut Islam bukan tanggungjawab seorang isteri untuk masak kepada suaminya.Tapi nilah salah satu cara nak pikat hati suami.Pahala pun bertambah. Sekurang-kurangnya bila suami redha dengan kita, semakin luaslah jalan ke syurga.  Tunggu apa lagi jom masak untuk suami..

P/S: Sorry mungkin tak sempat nak blog walking hari ni.Dah penat masak..hehehe

26 comments:

cheqna said... [Reply to comment]

cheqna pun kurrenng bab masak ni
tapi sejak kenal EPH..dan tahu dia suka makan...tetiba jadi rajin masuk dapur...mak cheqna pun heran...
yang penting cheqna belajar n ada keinginan..kalau pandai tapi malas tak jadi gak kak oi...

Dr Singa said... [Reply to comment]

saya bukan tak pandai masak...
saya tak ada masa je...
(alasannn saya...)

Chik Na said... [Reply to comment]

chik na mula masak bila da kawin, sebelum tu tak ambik pot pun.. sebenarnya masak ni tak susah, cuma kena banyak praktis utk dapat hasil yg sedap :-)

Nadiah Sidek said... [Reply to comment]

yup, zaman skrg ni dah senang. tak reti masak sesuatu masakan, boleh cari kat internet je

kasihibu said... [Reply to comment]

masak, ada masa menjadi
ada masa tak jadi


habis camno?

yatie chomeyl said... [Reply to comment]

samo la kito kak, mudo2 dulu sokmo tulong ku[as bawe jah. lo ni dah duk jauh terpakso belajar masok lah pandai2 sendiri..mujur ado internet hehe

marinahunny said... [Reply to comment]

masa duk dgn mak tak berpeluang sgt nk masak. sekali sekala la psl berebut dgn adik. bila duk sndiri baru buleh try mcm2..

julietchun said... [Reply to comment]

lega bila dgr ada org cakap lepas kawen baru pandai masak,hahahaha

anie,Nagoya said... [Reply to comment]

tu dia...alasan tak sempat nak blog sbb bz memasak.lawak le....

kita same le.sib baik tak berjiran.kalo tak tiap2 ari kkanie bg maggi kat ko.hahahaha....berangan2 nak masak dgn resepi sendiri,akhirnya tong sampah yg kenyang.mak le buku panduan memasakan.hihihihi....

~aRniNaDrah~ said... [Reply to comment]

uii.. siap terima tempahan tu kira sodap menjilat jari la tu...

Zaitun said... [Reply to comment]

Kak Zai salah seorang yang tak pandai masak masa baru2 kahwin tapi lama2 pandai lagi pun zaman sekarang boleh belajar melalui internet.

transformed housewife said... [Reply to comment]

meme masok satu caro nok tambat hati tok laki. ambo loni pong, bilo balik kijo pete2 balik masok utk make male sbb anok2 pong tok berehi make mknan hok beli dr luar.

a.z.r.i.n.a.03.07 said... [Reply to comment]

Ada kenduri ke Miza? Masak banyak tu. Tak buat jelatah sekali ke?



dulu2 saya tomboy. tak suka betul bab-bab memasak ni. Sejak kenal suami, saya belajar sikit2 dengan emak.

Yang buat saya minat memasak sampai sekarang bila emak kata saya masak apa pun menjadi.InsyaAllah. Terus minat sampai sekarang.Campak2 aje sebenarnya... hehehe..

Hamizah said... [Reply to comment]

EPH tu menatang gapo weh?hehehe

Hamizah said... [Reply to comment]

drSinga,
alah mesti betul2 bz ek?

Hamizah said... [Reply to comment]

chikNa,
stuju..kalau dah acap masak insya Allah menjadi punya..

Hamizah said... [Reply to comment]

Nadiah,
senang, kan?
surf je..

Hamizah said... [Reply to comment]

sayangsayangibu,
kena practice sampai jd..hehehe

Hamizah said... [Reply to comment]

marinna,
siap berebut?hebat tu..

Hamizah said... [Reply to comment]

yatiey,
kiro hebat benar doh tu loni..hehehe

Hamizah said... [Reply to comment]

juliet,
alhamdulillah..anak beranak blh telan tu kira oklah kot..

Hamizah said... [Reply to comment]

kak ani,
maggi pon sedap apa..

Hamizah said... [Reply to comment]

arni,
kena cuba dl br tau..

Hamizah said... [Reply to comment]

kak zai,
senang kan zaman sekarang ni..saya pon suka..
dlnak masak apa2 pon kena tanya org sekarang tanya je lappy..

Hamizah said... [Reply to comment]

nur,
hebat tuh..kalu blk keja sempat lg masok..tahniah..

kawe pon tok laki xsuka makan luar..tu kenablaja kot2 mana pong..hehehe

Hamizah said... [Reply to comment]

reen,
jelatah sekali la..
xsangka reen dl tomboy ye..