"Kakak tengoklah rambut saya, dah hampir botak" adu seorang kawan kat sini kepada saya.Orang Indonesia, umur dah hampir 40 tahun menggelar saya dan semua kawan yang lebih muda kakak.Kami tak tahu apa motifnya mungkin nak tutup ketidak awetmudaanya kot.Hehehe..Nak cakap dia tak tahu bahasa Melayu, x-hubbynya orang Malaysia.Slangnya pun lebih banyak terpengaruh dengan bahasa Melayu..Sekarang ni dia dah kawin lagi dengan omputeh..
Saya memang kesian dengan dia yang free hair walaupun rambutnya dah tinggal hampir separuh kepala dan selalu memakai baju-baju yang menonjolkan segala sifat kewanitaannya tanpa segan silu."Pakailah tudung, rambut Nina ok kot nanti" syor saya.Bagi saya segala perintah Allah pasti ada hikmah yang mungkin kita sendiri tidak ketahui.Contohnya kalau kat sini sinar UV terlalu tinggi sebab langitnya jarang sekali berawan.Tak mustahil rambut cepat rosak, kulit pun cepat je berkedut..
"Tapi kak, saya dah jumpa ubatnya tengok anak rambut saya dah mula tumbuh" jelasnya dengan gembira. "Susahnya bila dah tak dapat hidayah" getus hati saya.Orang macam ni bukan tak tahu hukum tapi sengaja buat-buat tak tahu.Umur dah lanjut tapi masih enjoy dengan nafsu sendiri.Apa nak buat?
Ada juga yang saya perhatikan ramai di kalangan kita terlalu memberi kebebasan kepada anak untuk menutup aurat atau tidak.Terfikir saya, agaknya si ibu dan bapa tak suka anak mereka masuk syurga bersama.Terlalu mementing diri sendiri, kan..Anak adalah acuan yang kita sendiri ukir.Kalau kita tak ukirnya cantik-cantik, tiada nilainya di sisi Allah.Walaupun kita menutup aurat, mungkin kita turut terheret ke neraka disebabkan anak.Teringat pesan Allah "Jagalah dirimu dan ahli keluargamu daripada api neraka"..
14 comments:
Salam Mizah.
Semoga dia mendapat hidayah dan terbuka hatinya utk menutup aurat dan menjadi muslimat yg solehah.
kwn2 saya kat tempat kerja pun ramai yg free hair. ada sorang tu anak ustazah tapi mak dia pun dah tak larat suruh anak pakai tudung. sy sbg kwn, saya pun ada juga nasihatkan tapi yelah dia sendiri yg boleh buat keputusan. Kita hanya mampu berdoa spy mereka diberikan hidayah.
assalam mizah..moga2 terbuka pintu hatinya..
Belum sampai seru agaknya tapi janganlah sebab kepala kita botak baru nak bertudung.
btul tu kak, saya terfikir jugak mcmana ado anok yg xpakai tudung wpon mak bakapaknya buleh tahan alim. saya dulu masa remaja, degil jugop..ada lah masa free hair x dgr ckp ma abah. tp bilo smp maso boleh berfikir molek, saya rasa syukur sbb ma abah meme tegas bab2 aurat ni.
agaknyo hidayah x sampai lagi untuk org2 tu kan. semoga Allah pelihara sokmo iman kito, amin.
Teringat kawan2 masa sekolah dulu. Marah2 kat kita sebab tak bertudung ke sekolah. Macam2 dikatanya.
Sekarang bila jumpa mereka,..umur dah tinggi ni pun masih berskirt lagi..
Diorang pula terperanjat tengok pada umur 23. Agak lambatlah sikit.
YB,
insya Allah..
tapi sy dok pk juga boleh ke suami mat salehnya terima kalau dia nak berubah..
nur,
tulah sshnya, kan..
agak dia lambat latih kot..
anyway sentiasalah doa yg baik2 utk anak2..
kak Erna,
insya Allah..doakan saja..
yatiey,
mmg kena latih dr kecik..
insya Allah anak dgr kata..
kak zai,
spttnya botak tu menginsafkan betapa umur kita semakin pendek, kan?
reen,
kalau dah bertudung tp bukak blk, mmg ada sth wrong tu..
tq hamizah kerana saling mengingati:) harap2 kite terus di dlm lindungan Yang Maha Esa:)
kalau laki mat saleh ok la kalau tak paham. ni yg sah2 mengaku islam tp tak bg anak isteri tutup aurat pun ada.
dan ada kes saya pnh tengok, mak ayah yg beria pilih baju yg seksi meksi kat anak2 yg dah tahap akil baligh. sedih rasa.
Post a Comment