Friday, July 16, 2010

Hmmmmmmmmm.....

Terkejut bila belek-belek paper online malam semalam,tiada ribut,tiada hujan minyak naik 5sen gula 25sen lagi.Speechless..Kesian orang-orang kampung.Yang berpoket penuh mengkin tak terasa.. Alasannya untuk mengurangkan bebanan kerajaan untuk pembangunan rakyat.Hmm...saya pun tak faham juga apa pembangunan yang dimaksudkan sebab keadaan negara masih ditakuk lama lagi.

Kadang terfikir juga apa jasa kerajaan ke atas rakyat, belajar kena bayar yuran, kerja kena bayar tax,sakit kena bayar wad juga (bagi bukan kakitangan kerajaan), mujurlah mati tak kena bayar tanah perkuburan (tapi kena bayar juga untuk upacara pengebumian yang entah apa-apa).

Bila tengok rakyat Oz, iri hati dengan diorang, belajar percuma hingga ke peringkat PhD (semua rakyat berhak menikmatinya), boleh dikatakan setiap golongan dapat subsidi dengan diberi elaun bulanan, baik kanak-kanak, remaja, orang dewasa yang kurang mampu dan warga tua.Cuma kalau sakit, kena bayar kos sendiri, tapi bukan selalu kita sakit..itupun boleh claim insuran 100%.Mati pula kena bayar tapak perkuburan. Juga tak perlu bimbang, insurans cover juga..



Tapi tak pernah pula kerajaan mengumumkan kenaikan harga barang KECUALI minggu lepas harga sayuran naik sikit.Tapi alasannya boleh diterima-sayuran rosak disebabkan cuaca sejuk yang melampau sehingga ais menyelaputi sayur-sayur..

Sejak-sejak berada di sini, harga minyak tak pernah melebihi $1.50 seliter.Harga biasanya berbeza untuk setiap stesen minyak, jadi kena pandai-pandailah survey sebelum beli (akan disiarkan harganya di tv).Harga gula pula $2.50 untuk dua kilo.

Itu yang saya rasa sangat mewah berada di negara orang berbanding negara sendiri!Yelah kami anak beranak boleh hidup dengan elaun suami-$2000 lebih sebulan.Kat Malaysia jangan mimpilah..Kalau tiada family kat Malaysia rasanya tak mahu pulang..Jangan bimbang saya akan pulang jua sebab dengan menerima biasiswa kerajaan, suami 'terikat' kontrak 7 tahun..hehehe..Kalau langgar kena bayar ratusan ribu RM.Hutang lagi..Banyaknya pengorbanan rakyat Malaysia untuk kerajaan..
 
P/S:  saya bercakap atas dasar hak sebagai seorang warganegara.Bukan bagi pihak pembangkang..


26 comments:

Kakcik Seroja said... [Reply to comment]

Salam Miza..

'depa' kata ... 'harga minyak kita masih rendah berbanding dengan haraga di negara jiran'.. (kita duduk di negara jiran ke?) :(

FaAtip said... [Reply to comment]

Rakyat Malaysia sentiasa `bersangka baik' sebenarnya. 1 Malaysia lah katakan....kita susah tak pe, kalau tak kita tolong kerajaan, siapa lagi, kan?? ***ohhhh!! pleaseeeeee!!!***

Mrs. Simplicity said... [Reply to comment]

gula naik sebab harga minyak naik. sebab miyak naik lepas ni bayak lagi la harga barang naik kan?

en_me said... [Reply to comment]

muger2 negara akan tetap aman damai sejahtera sentosa senantiasa.. aminn

nadnye said... [Reply to comment]

seronoknya orang new zealand belajar free sampai PHD..

hmm.. saya pun tak tahulah, tak kesian ker nak raya tak lama lagi nie, naik minyak, naik la segala pulak tu sebelum bulan puasa..

nak compare harga minyak rendah daripada negara jiran tetapi kos2 lain mencanak naik, jgn nak compare ngan spore, minyak tinggi, gaji cikgu pun RM6,000.00

a.z.r.i.n.a.03.07 said... [Reply to comment]

belajar free sampai PHd. Seronoknya penduduk sana.

Boleh kumpul duit byk2 ye Miza..pakai duit elaun jer utk belanja.

mahani said... [Reply to comment]

saya pun ada tanggapan seperti akak sebelum saya belajar ekonomi dan kewangan negara.

Lepas belajar dari yang pakar (bukan politician tapi akademician) barulah saya faham tentang hasil dan perbelanjaan negara. Sejak tahun 1997 (kalau x silap) budjet negara adalah defisit budjet iaitu perbelanjaan melebihi hasil. kalau perkara ini berterusan maka dalam tempoh 3-5 tahun tak mustahil negara akan jadi muflis seperti yang dikatakan oleh idris jala (positifly: dia x berminat dgn politik tp dipilih oleh PM sebagai penasihat ekonomi negara).

Sebabnya hasil negara dari minyak, sawit dan barang2 lain serta kutipan cukai tidak setinggi dengan negara2 maju yg lain. sebab tu negara maju boleh bagi semua free pada rakyat sebab hasil negara melebihi perbelanjaan.

kalau kata xde pembangunan yang dinikmati rakyat, rasanya tak adil kenyataan tu. Banyak yg rakyat malaysia nikmati berbanding dgn negara membangun lain tapi kalau banding dgn maju mmg lah kita masih perlu banyak membayar krn malaysia belum capai tahap negara maju.

Kerajaan mmg berusaha ke arah negara maju dr segi ekonomi dan pengurusan tapi ada pula (termasuk kakitangan kerajaan) yg bersikap sakarstik, hanya tahu mengkritik tapi x pula berperanan bila ada peluang.

Nadiah Sidek said... [Reply to comment]

pembangunan rakyat ke pembangunan kerajaan? :p

marinahunny said... [Reply to comment]

nak komen pun serba salah tp gtulah..kena ke dgn moto "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" ?

yatie chomeyl said... [Reply to comment]

betul kak. bilo blk msia 2 bulan ni pon rasa mcm byk sgt duit habis sedangkan masa kat jepun pon, dgn taraf hidup yg tinggi...still xdop masalah nk survive huhuuhhu

Hamizah said... [Reply to comment]

kak seroja,
kalau kita xminyak sendiri logik la rasanya myk kat ngr kita lbh mahal..

Hamizah said... [Reply to comment]

kak Fa,
kita bangsa pemaaf..

Hamizah said... [Reply to comment]

alyanni,
lepas minyak jatuh pon brg2 lain yg naik xjatuh2..ni geram sgt ni..

Hamizah said... [Reply to comment]

en_me,
ssh juga nak bahagia bila rakyat sengkek sbb tu byk jenayah..

Hamizah said... [Reply to comment]

nadye,
setuju kat org cni pon gaji besar tp brg murah..

Hamizah said... [Reply to comment]

reen,
kumpul duit utk beli balik brg rumah yg terjual sblm dtg ke sini lepas la..

Hamizah said... [Reply to comment]
This comment has been removed by the author.
Hamizah said... [Reply to comment]

Nadiah,
kita yg biaya kerajaan..itu br myk naik..tol yg sepatutnya dah lama tamat msh dikutip lagi..sbb kerajaan semakin muflis

Hamizah said... [Reply to comment]

Marinahunny,
rakyat didahulukan bila kerajaan nak duit..

Hamizah said... [Reply to comment]

yatiey,
akak blk Msia tiga bulan pon berbelas ribu habis..pdhal beli brg keperluan sahaja..kat cni sekali shopping brg dapur $100 kat Msia RM500 belum pasti ckp..

Hamizah said... [Reply to comment]

Mahani,
sbb apa ngr kita muflis?sbb kita xpandai nak menguruskan..rasuahdan pembaziran ada kat mana2..seingat saya dulu zaman senior2kita dpt scholarship bila msk u..adakah kita semakin maju?saya semakin bingung dgn statement Mahani..kena kaji blk dptan yg diterima tu..xkira la sapa yg buat kajian..yang jelas sgl berlaku krn kesilapan kita juga..

saya rasa Mahani kena jenguk2 juga ngr org utk melihat realiti ttg ngr kita..saya pon sblm sampai ke ngr org faham juga..

Ibuhani said... [Reply to comment]

harap2 kerajaan akan usulkan pd semua agensi agar menaikkan gaji pulak lepas ni...............aduih.....

maya amir said... [Reply to comment]

hmm..susah nak ckp..kalau pendapatan sama naik takpe jugak kan? kan?

Hamizah said... [Reply to comment]

kak ani & maya,
rasanya baik gaji kekal spt skrg sbb kalau gj naik brg lain naik jg..mmg xdpt tampung kenaikan gj..kerajaan pula mcm dah hilang kawalan terhdp peniaga2 yg suka amik peluang..

Lynn Nasir said... [Reply to comment]

salam,

sedikit notakakiku :D

- perbelanjaan defisit negara kita angkara corruption 'mereka' juga. minyak kita gred 1, dr sejak ditemui sampai skang ni tak pernah surut malahan makin bertambah pula pelantar. mmg kesian kita kena byr lebih utk cover balik duit 'hilang'. bukan rakyat yg hilangkan bilion2 RM tiap tahun tu..
- parlimen baru, istana baru..blum siap buat..tak termasuk stadium runtuh bagai..
- PM kata harga gula dinaikkan utk jg kesihatan rakyat dari kencing manis. mmg 'prihatin'.
- PM kata 'biar miskin dan takde rumah, asalkan tak miskin jiwa'. try apply kat diri sendiri! nak tunggu rakyat merempat le tu. mmmg zalim pemerintah kita ni..(sbb zaman khalifah umar (agaknya, tak ingat)..takleh nk agih duit zakat. sbb TIADA rakyat miskin.

p/s: semoga Allah lindungi kami rakyat yg teraniaya dan tertindas ini..

Anonymous said... [Reply to comment]

banyaknya elaun ka sana,,,
UK seribu lebih jer tp harga gula lg murah kat sini... sekilo 50p jer