Tuesday, July 13, 2010

Apa Menu Hari Ni?

Sejak-sejak jadi suri rumah ni, buntu bila hari-hari terpaksa memikirkan menu yang nak dimasak.Dah kering idea.Asyik-asyik rotate menu sama.Bukannya tak boleh surf resepi kat internet.Tapi bila dah jumpa yang berkenan, bahan pula tiada.Kena tangguh dulu.Bila dah tangguh, terlupa pula nak beli bila ke kedai.Hehehe..

Apa pun menu utama saya setiap hari adalah ayam.Sebab semua buah hati saya, baik bapak mahupun anak suka makan ayam.Kalau terasa nak makan ikan atau seafood saya hanya masakkan sedikit untuk saya.Nak bagi semua orang makan, hanya fish and chip je la yang sesuai dengan selera diorang nih..Memang boring, kan?Nak buat macamana daripada kita masak tiada yang nak makan, lebih baik masak menu yang semua orang nak makan..

Pernah saya hilang idea untuk memasak hinggakan 3kali keluar masuk dapur tapi satu benda pun tak siap..Hmmm..Apa menu anda hari ni?Saya masih buntu nie..

P/S: kenapa Myresepi.com xboleh buka sekarang?

17 comments:

cik ct payung said... [Reply to comment]

sama ler kita kak...saya yang masak sekali sehari ni pun tak dak idea nak masak apa. balik2 resepi yg sama. dan........ ayam juga....

zarin said... [Reply to comment]

betul tu..memang pening kepala bila tiba pikir nak masak apa kan! ni baru je buatkan mac n cheese je utk lunch sebab dah buntu..malam kang blm pikir lg nak masak apa :D

mamalieyna said... [Reply to comment]

tu la kan...eina yg kengkdng je masuk dapur ni pun, leh buntu apatah lg kalau hari2..huhu..

nadnye said... [Reply to comment]

Sama la masalah ibu2, tapi saya ada terbaca diblog pija,
dia kepilkan semua resipi dalam satu buku dan setiap hari dia akan masak berpandukan buku tersebut dan dia akan rancang dalam masa seminggu apa nak masak jadi boleh lah nak beli barang ikut resipi tersebut..

saya pun tak buat camtu, anak2 nie sorang nak makan camnie, sorang camtu macam susah nak follow kecuali saya duk umah, sekarang nie kalau masak pun dah cukup bagus, kalau nak masak 2-3 lauk memang tak sempat..

Lynn Nasir said... [Reply to comment]

Salam kak,

umah saya pun menu wajib ialah ayam. hehe..suami tak suka ikan. anak2pun bukan boleh mkn bende sama.

saya bg 1 contoh lauk yg boleh dipelbagaikan ek kak..chicken stew (ada kat blog saya resepinya) mesra kanak2 dan org dewasa. lauk ni akak boleh campur sekali ngan sayuran (cendawan/brokoli/carrot/bayam/buncis/etc).

pastu tak semestinya mkn ngan nasi putih biasa. try buat nasi butter kismis(ada gak resepinya). kalau cairkan sket kuahnya, leh mkn ngan spageti atau mee kuning. kalau nk buat makaroni bakar pun boleh. just campur ngan makaroni rebus, tabur cheese atau bancuhan telur dan susu. dah siap! versatile punya :)))

myresepi server down. dah banyak kali mcm tu. try la allrecipes.com

Yunus Badawi said... [Reply to comment]

para isteri mmg selalu pening fikirkan apa nak masak. Sebenarnya suami biasanya tak kisah sangat menu tu. Apa yg dimasak, akan dimakan. hehehe

Nadiah Sidek said... [Reply to comment]

sama la kita kak! bila ckp kat suami kata tak tau nak masak apa dia mcm tak fhm je. "masak je la apa2, apa yg tak tahu pulaknya.." huhu. hanya isteri yg memahami..kan kak?

akk..MyR tu nadiah dpt tahu nak ditutup terus. ada mslh apa ntah. tapi baru2 ni kata akan dibuka semula tp org lain yg incharge..bkn kak yani (MyR founder) lg. tapi tak tau la bila akan beroperasi semula

The Juggling Queen said... [Reply to comment]

sama la masalah kite.. and ye, myresipi tak bole access la skrg.

a.z.r.i.n.a.03.07 said... [Reply to comment]

Kalau dah kering idea...

saya hanya goreng ikan dan makan dengan kicap..


hehe..

Chik Na said... [Reply to comment]

Chik Na pun tgh buntu nak masak apa malam nanti..hu hu hu

Hamizah said... [Reply to comment]

nadnye,
good idea..

Hamizah said... [Reply to comment]

Lynn,
org rmh akak cuma suka nasik putih..hehehe..nanti kita surf blog msk2 awak tu..

Hamizah said... [Reply to comment]

YB,
laki saya xmacam tu..hehehe

Hamizah said... [Reply to comment]

Nadiah & Paij
tq..

Hamizah said... [Reply to comment]

Reen,
kalau msk cam tu akak je yg makana..

Hamizah said... [Reply to comment]

Chik Na,baya & Zarin,
ssh juga jadi isteri & ibu ni ye..

Mr PenyuBiru said... [Reply to comment]

saya kalu dah tak tau nak makan,samaada makan kat luar atau just nasi putih ngan ayam goreng kunyit.dah setel! :D