Friday, July 9, 2010

Hujan Batu di Negeri Orang

Sekarang musim winter di Perth.Kebiasaannya bermula Jun-Oktober.Tapi tahun ni ada kelainan sikit bila bulan Mei dah mula winter.Kat Perth ni cuacanya tak extreme sangat, kalau winter cuacanya minimumnya hanya 2 degrees.Tapi bagi saya yang jakun ni,sejuknya memang tak tertahan la..Menurut orang-orang yang dah lama kat sini, tahun ni antara yang tersejuk bila cuaca menjunam (eh betul ke Istilah ni?) hingga -1 degree.

Satu perkara lagi,kat sini tiada snow tau.Jadi janganlah mengharap saya akan upload gambar-gambar kami anak beranak tergolek atas atau tergelek bawah snow.Apatah lagi nak buat snowman.Frust juga bila dapat tau tak de snow kat sini..Hmmmm..Namun syukur juga lah dapat nikmati udara negara orang yang dekat dengan Malaysia.Bolehlah juga merasa terbang balik ke Malaysia kalau rasa poket suami tebal sikit..hehehe


Google: tengoklah power hujan batu nih..

Melalut pula, walaupun tiada snow, kami dapat juga 'menikmati' hujan batu (hail).Hujan mula turun dalam bulan Julai.Jadi kena pekalah dengan ramalan cuaca (biasanya 99.9% adalah tepat).Bahaya kalau semasa hujan, kita berada kat luar.Yang paling membimbangkan ais yang besar menimpa kereta atau kita sendiri.Malam semalam pun hujan batu turun pukul dua pagi tapi saya tak larat nak bangun untuk menengoknya.Lagipun kat luar gelap gelita.Takuuutttt..


  

15 comments:

Ibuhani said... [Reply to comment]

W/pun 2 degree......sejuk tu! Aircond yg 16 degree ni pun dah sejuk apatah lg 2 degree......hehehe.....

julietchun said... [Reply to comment]

buleh beku :P tak sangka kat sana hujan batu, kena kepala mau benjol tu.

dayna said... [Reply to comment]

bole tido ker..bisig2 cmtu...
alahai kecian aku xpenah merasainya lagi...

a.z.r.i.n.a.03.07 said... [Reply to comment]

Miza,

ada baca blogger lain yg duk di OZ jugak. katanya -6C.... terketar2 dibuatnya tu.. ekon yg 16C pun tak tahan.. hehe.


bahaya jugak kalau hujan batu tu.
mau cedera dibuatnya.

Zaidah said... [Reply to comment]

macam mana yerk hujan batu tu...batu yang turun tu besar2 ker...

mamalieyna said... [Reply to comment]

sejukkk tuuuu 2degrees..! huhu...

uik ada hujan batu ketul2 gitu eh, takut nye kalau keluar tiba2 hujan batu..

pepun best ye, dpt pengalaman duduk di negara orang ^_^

Nadiah Sidek said... [Reply to comment]

ari tu pun kami kena dah, on the way balik ke lincoln dr omaha. mmg takut la sbb makin lama makin kuat je bunyi air batu yg jatuh atas kereta. last2 berteduh jap kat stesen minyak sampai hujan batu reda. ada nadiah tulis entry psl ni bwh tajuk 'Diziarahi pakdan sekeluarga'

Nida said... [Reply to comment]

Tahun lepas NZ mengalami suhu paling terendah.. paling tak tahan kaki dengan jari ler

Hamizah said... [Reply to comment]

dayna,
kalau kat dlm rumah xketara sgt bunyinya..

Hamizah said... [Reply to comment]

reen,
oz kawasan len kot..kat cni tak sampai -6 mungkin lebih hampir dgn khatulistiwa

Hamizah said... [Reply to comment]

zaidah,
ada yg sebesar kelingking, ada yg sebesar penumbuk..

marinahunny said... [Reply to comment]

hahaha kita kat msia kalu 25 drjah celcius psg ekon pun dh kesejukan..

K.Asna said... [Reply to comment]

kat Hamilton skrg pun teramat sejuk...malam semlm suhu -4...pakai baju tebal 4 lapis...selimut tebal 2 lapis...tetap sejuk jgk esp kepala & muka...tak sabar nak balik M'sia (InsyaAllah 2 bln lagi)

Mr PenyuBiru said... [Reply to comment]

org kata hujan emas di negara orang,hujan batu di negara sendiri.rupanya negara orang hujan batu juga.hehe

Hamizah said... [Reply to comment]

hehehe dah terbalik kan..tunggu juga hujan emas turun tp xpenah juga turun..