Perbualan kami mulanya cuma berkisar tentang bila saya nak balik kampung.Dia jemput saya ke rumahnya sebab adiknya akan berkahwin cuti sekolah Mac ni.Saya ni segan dengannya walaupun dia dah berkahwin, saya ni tak pernah bertegur sapa dengannya sewaktu sekolah dulu.Berhubung dengan dia semula pun kawan saya, A (perempuan) yang beria-ia minta email adress saya bagi pihaknya(masa tu saya masih belum buka fb account).Jadi saya memberi alasan suami saya sibuk bila pulang ke Malaysia nanti. Memang busy pun sebab sepanjang balik kampung ni dah penuh agendanya untuk menghadiri conference dan mengumpul data untuk reseach.Tapi dia beria-ia menjemput tak tergamak juga nak menolaknya.Keputusannya saya akan pergi dengan A ke rumahnya, Insya Allah..
Memandangkan adik saya pun nak kawin bulan Jun ni, saya turut menjemput dia sekeluarga ke rumah saya.Dia pula yang segan, saya cadangkan dia datang la dengan A, lagipun saya belum pernah bertemu suaminya sepanjang mereka berkahwin.Tiba-tiba saja dia kata tak boleh, nanti isterinya marah.Kenapa pula tak boleh bukannya saya minta dia pergi berdua dengan A, tapi suami A sekali.Katanya A mana ada suami..pening kepala saya.Ke mana pula suami A pergi? Rupa-rupanya A dah divorced hampir dua tahun.Terperanjat besar saya.
Macamana saya boleh saya tak tahu.Saya kenal A dah lama.Dari darjah satu lagi, kemudian sekolah menengah pun sama. Cuma bila ke university kami mula membawa haluan sendiri.Tapi sentiasa berhubung Rumah kami pun dekat. Kalau saya pulang ke rumah mak pun acap juga dia berkunjung.. Saya kawin dia datang, dia kawin pun saya memenuhi undangannya.Cuma disebabkan rombongan pengantin lelaki lewat sampai, saya tak berkesempatan kenal dengan suaminya.Semasa saya nak datang ke sini pun dia ada berjumpa saya.Hanya satu yang saya rasa pelik, dia tak pernah bawa suaminya bersama. Selalunya bersendirian atau bersama anak sulungnyanya yang sebaya anak saya, Danish.Bila ditanya macam-macam alasannya.
Kesian A, muda-muda dah pikul tittle J yang beranak dua..patutlah bila saya tercari-cari juga gambar suaminya kat FB, tapi memang tiada.Terjawablah kekeliruan saya selama ini.Baru dua tiga hari lepas saya usik-usiknya bila nak dapat baby baru lagi memandangkan anaknya dah besar.Mesti dia terguris dengan usikan saya..Maafkan aku, kawan.Kawan lelaki saya puji A sebab sangat tabah dengan ujian ini.Tapi bila ingat janji Allah, manusia hanya akan diuji berdasarkan kemampuan yang ada padanya, saya akur kata-kata kawan saya itu..
