Terkejut bila belek-belek paper online malam semalam,tiada ribut,tiada hujan minyak naik 5sen gula 25sen lagi.Speechless..Kesian orang-orang kampung.Yang berpoket penuh mengkin tak terasa.. Alasannya untuk mengurangkan bebanan kerajaan untuk pembangunan rakyat.Hmm...saya pun tak faham juga apa pembangunan yang dimaksudkan sebab keadaan negara masih ditakuk lama lagi.
Kadang terfikir juga apa jasa kerajaan ke atas rakyat, belajar kena bayar yuran, kerja kena bayar tax,sakit kena bayar wad juga (bagi bukan kakitangan kerajaan), mujurlah mati tak kena bayar tanah perkuburan (tapi kena bayar juga untuk upacara pengebumian yang entah apa-apa).
Bila tengok rakyat Oz, iri hati dengan diorang, belajar percuma hingga ke peringkat PhD (semua rakyat berhak menikmatinya), boleh dikatakan setiap golongan dapat subsidi dengan diberi elaun bulanan, baik kanak-kanak, remaja, orang dewasa yang kurang mampu dan warga tua.Cuma kalau sakit, kena bayar kos sendiri, tapi bukan selalu kita sakit..itupun boleh claim insuran 100%.Mati pula kena bayar tapak perkuburan. Juga tak perlu bimbang, insurans cover juga..
Tapi tak pernah pula kerajaan mengumumkan kenaikan harga barang KECUALI minggu lepas harga sayuran naik sikit.Tapi alasannya boleh diterima-sayuran rosak disebabkan cuaca sejuk yang melampau sehingga ais menyelaputi sayur-sayur..
Sejak-sejak berada di sini, harga minyak tak pernah melebihi $1.50 seliter.Harga biasanya berbeza untuk setiap stesen minyak, jadi kena pandai-pandailah survey sebelum beli (akan disiarkan harganya di tv).Harga gula pula $2.50 untuk dua kilo.
Itu yang saya rasa sangat mewah berada di negara orang berbanding negara sendiri!Yelah kami anak beranak boleh hidup dengan elaun suami-$2000 lebih sebulan.Kat Malaysia jangan mimpilah..Kalau tiada family kat Malaysia rasanya tak mahu pulang..Jangan bimbang saya akan pulang jua sebab dengan menerima biasiswa kerajaan, suami 'terikat' kontrak 7 tahun..hehehe..Kalau langgar kena bayar ratusan ribu RM.Hutang lagi..Banyaknya pengorbanan rakyat Malaysia untuk kerajaan..
P/S: saya bercakap atas dasar hak sebagai seorang warganegara.Bukan bagi pihak pembangkang..