Dah hampir seminggu Danial, anak saya yang kecil meminta-minta saya buatkan kek hijau (warna kegemarannya).Asalkan hijau semua sedap padanya.Saya bukannya tak nak buatkan untuknya, tapi bimbang dengan badannya yang semakin comel hari ke hari.Sekarang, beratnya dah mencecah 16kg.Nampak sangat cute tapi kalau dibiarkan takut juga menjadi obes.Jadi saya cuba kawal dietnya.Alasan yang selalu saya beri bila dia memujuk saya buat kek, saya penat..
pipinya semakin tembam,,
Semalam, pagi-pagi lagi dia tanya saya "Ummi penat ke?.
Ummi: Tak penat..kan baru je bangun tidur.
Danial: Kalau macam tu ummi boleh la buatkan Baby (masih membahasakan dirinya Baby) kek..
Haaa?kan dah terkena ummi.Tak boleh beralasan lagi..Berjaya trick dia kali ni.Saya selongkar bahan-bahan.Tiada butter pula.Lastly...
tadaaaaaaaa..
Kuih bakar pandan..hijau juga kan..
"Hmmm..bestnya kek ummi buat" pujinya..
Dia makan tak ingat dunia..Kena cari idea lain pula la kalau macam ni..
16 comments:
salam kak..
alahai...comelnye danial..samela mcm adik deena suke mkn kek kaler hijau..heee..
pandainya dia..and sia suka makan kek and any kuih ye!
anak i ni tk suka makan, tu yg i malas nk buat cake although teringin sangat nak mencuba pelbagai resepi :D
salam kak,
byk gak resepi yg low calory atau substitute bahan yg healthier. try la kak :) takpun jgn buat seloyang..buat bentuk cuppies, 6 mangkuk kecik tu cukup le kot.
pandai danial cr idea nk suruh umi msk kek utk dia hik3x
salam deena,
Danial mmg terlalu obsess dgn hijau semua benda nak hijau..
salam zarin,
anak xsuka mkn ssh hati, anak suka mkn mak yg kena sshkan diri..serba xkena
salam Lynn,
bgs juga idea lynn..1 loyang tu akak dah bekalkan utk anak kwn kat hospital..bkn dia habiskan sorg2..hehehe
yatiey,
dia ni mmg pjg akal skit..
Mizah..
Sama mcm Ammar, ada jer akal dan pujuk rayu nak srh masakkan dia apa2..Kdg2 berjaya menepis godaannya, kdg2 tak..bkn apa, saya c risau sgt- umur 7 thn beratnya dah 40kg..
wah..suka mknn hijau? termasuk sayur tak? ke...kecuali sayur..ehe..
nmpk ok je badan danish tu kak. tak nmpk berisi pun..
pah,
alahai kesian plak Ammar..tapi bdk yg selera besar mmg pjg akal..
Nadiah,
betul kecuali sayur..yg lain semua suka..
salam kenal.
Ok lagi saya tengok badan baby tu. Budak masa kecil ni comel takpe. Sedap ajak gelut hehehe
pandai danish trick ummi ye...
anak-anak sekarang ;-).. bijak bijak..
salam Hamizah... (macam panggil nama anak sendiri pulak..hehe)..
Budak2 ni memang pengingat, kadang2 kita yg lupa.....
baru jer terfikir nak buat kuih bakar... (beke, dok napok di blog Mie ni koho kuat semangat nok buat
salam kenal juga en. Yunus..
mmg msh ok badan dia tapi makin hari makin bulat..
chekna n chik Na..
asik2 ummi yang tekena dgn dia nih..
wsalam Nida,
nama sama ye?ye juga sbb maknya dah makin tua gamaknya..
Fa10,
wat la..kalau anak dan suami suka makan berbalaoi-baloi..
Post a Comment