Bila anak dah meningkat umur 2 tahun saya mula melatih mereka ke tandas. Dengan harganya lampin pakai buang / pampers yang agak mahal, saya memang tak sabar untuk melakukannya seawal mungkin.
Ramai juga kawan merungut anak mereka bottle feeding, so susah nak aturkan anak ke tandas sendiri..sebab anak2 ini lebih kerap kencing drp yang breast feeding. Ya saya akui memang agar sukar, kerana anak saya juga bootle feeding..tapi hendak seribu daya, kan..
Di sini saya nak kongsikan tips2 yang mungkin boleh dijadikan panduan bersama, iaitu perhatikan tabiat kencing mereka..berapa jam selepas menyusu mereka akan kencing? Kalo anak saya si Danish, senang sahaja sebab dia kurang kencing selapas menyusu 2 atau 3 botol dia akan kencing.. berbeza si adik, Danial setiap lepas sebotol dia menyusu, dia terus akan kencing. So waktu2 tersebut boleh lah kita bawa mereka ke tandas..
Kalo saya, cuti sekolah waktu paling sesuai untuk melatih mereka kerana sebagai guru, saya banyak masa luang untuk itu! Memang agak membebankan. Tapi hasilnya sangat memuaskan. Alhamdulillah anak2 saya berjaya diasuh ke tandas dalam masa 2-3 hari sahaja. Bila dah biasa tak dipakaikan lampin pakai buang / pampers mereka memang tidak selesa untuk memakainya..walaupun malam.
Tapi anak saya, Danial walaupun dah mampu control kencing pada siang hari, saya tetap cuak untuk tidak memakaikannya pampers malam hari kerana memang dia kerap kencing.. Daripada pembacaan saya dapati, memang hampir 70% kanak tidak dapat mengawal kencing mereka disebabkan pundi kencing mereka tidak cukup kuat untuk menahan air kencing atau mungkin juga kerana mewarisi tabiat ahli keluarga yang turut menghadapi problem sama. Sabar sahajalah. Mungkin dia dapat mengatasinya seiring usianya..
1 comments:
Salam,
Macam mana pula nak melatih anak pergi toilet kat sekolah?
Lagi2 toilet omputih yg takde air..
Post a Comment