Hari ni, saya sekeluarga ke sekolah Danish yang hanya lebih kurang 700meter dari rumah kami kerana telah dijemput untuk memberi penerangan tentang Malaysia kepada Danish dan kawan-kawan sekelasnya..sesuai dengan tema term ni 'International Culture'.Plan asal, abang sahaja yang bercakap tapi last minute saya offer diri untuk bercakap sama. Nak improve English skill.. bergoyang juga nak cakap English dengan anak2 mat saleh ni cikgu2 pun ramai..7org semuanya.
Walaupun agak lama kat sini saya rasa masih kurang yakin nak speaking sebab jarang bergaul dengan diaorang ni. Dunia saya hanya rumah dan anak-anak sekarang ni.kalo nak speaking pun hanya dengan anak2 sahajalah..coz kat sini jiran-jiran tak bertegur sapa..saya sendiri tak mengenali jiran2. Mungkin juga kerana kat kawasan rumah saya hanya dihuni oleh orang muda yang kebanyakannya berumur 30-an. Malahan di sebelah rumah saya penghuninya baru berumur 21 tahun! Masing2 bz dengan kerja. Berada kat rumah hanya untuk tido dan pesta..
Berbalik cerita kat sekolah Danish.. rutin setiap hari, Danish dan kawan2nya dikehendaki tulis nama masing-masing. Kemudian beraktiviti bebas sama menyusun puzzle atau baca buku atau juga main toys yang disediakan. Lebih kurang setengah jam barulah loceng dibunyikan..
Sebelum kami memberi penerangan, kanak2 ni diarahkan mengambil ‘passport’ masing2. Terpinga2 kami..ooh rupanya untuk belajar tentang international culture ni mereka disediakan satu buku kecil berupa passport untuk mereka ‘terbang’ ke Negara yang akan dipelajari.selepas tu semua org terbang dengan Mrs.Beynes menjadi pilot..sungguh menarik.
Abang mulakan dulu, dia memang selamber la memang dah biasa speaking..dia hanya berpandukan gambar.Saya cuma ambik one of chapters iaitu pasal pakaian tradisional.. kami bawa baju melayu Danish, berebut anak2 mat saleh nak mencubanya kerana tertarik dengan sampin yang berkilat-kilat tu..Saya sendiri memakai baju kurung dan mereka juga tertarik nak tahu pasal tudung.. bla bla bla saya menerangkannya.. diorang ni ingatkan kita memakai tudung sepanjang hari waima kat rumah dan mereka juga berteka teki tentang rambut saya! Panjang ke pendek..hahaha kelakar juga mat saleh ni. Jahilnya mereka tentang Islam..harap dengan ini mereka tak confuse lagi tentang Islam. Ini kiranya salah satu cara dakwah saya kat bumi kangaroo. Alhamdulillah..berjaya juga..
7 comments:
mesti chomeyl anak2 mat saleh tu pakai baju melayu
good for you. rugi juga kalau p tempat org tp xdapat nak berbahasa mereka. lepas ni kena blajaq cakap dgn slang aussie plak.
baya, itu lah yang kak mie terigin sangat nak belajar..apakan daya anak pun masih pelat melayu.tunggu la dia fasih.blh speaking dgnnya
yatiey chomeyl, welcome to my blog..nanti saya publish gambarnya sbb masih kat handfon hband..itupun kalo menjadi gambarnya..
Salam Mizah...Wah! bagus tu..mempekenalkan keindahan Islam buat mereka..
Kalo dah boleh explain kt mat salleh kira ok la BI awak tu..lepas ni wajibkan speaking kt umah dgn cik abg ye..
alhamdulillah,Pah..abang saya ni dgn anak2 nak caakap omputih..tapi dgn saya tetap dgn loghat kelatenya..
alhamdulillah... yg penting ada juga niat untuk berdakwah tu. Moga dikuatkan iman di negeri orang.. di mana bumi dipijak disitu Islam dijunjung.
Post a Comment