Monday, November 2, 2009

Perth City & Frementle

Semalam, hari Ahad saya dan family menghabiskan masa kat Perth City. Nak merasakan kelainan, kami telah memilih untuk naik train sahaja. Anak2 saya memang jakun, si Danish memang dah pernah naik dgn abahnya tapi si Danial memang belum pernah naik. So nak bagi dia rasa.. Train kat sini adalah LRT kat Malaysia

Apa yang menarik perhatian saya, train kat sini menepati jadual, tak perlu tunggu lama2 dan satu lagi, remaja2 ramai yang bawa basikal mereka naik train so senang la nak bergerak kat city. Kat sini motor kurang glamer, yang naik motor biasanya org dewasa, itupun motor yang berkuasa tinggi. Tapi tak ramai juga yang suka menunggang motor. Disebabkan itulah, memang tiada remaja2 yang merempit..

selamba je bawa basikal naik train
Sampai je kat city, kecewa plak rasanya sebab MYER supermarket yang menjadi tujuan sebenar tutup. Ni salah satu perkara yang saya tak suka bila berada kat sini sebab mat saleh sebenarnya pemalas ..supermarket2 hanya buka pukul 7pagi-5petang sahaja setiap hari. Kalau malam sunyi sepi. Hari minggu, ada yang buka ada yang tutup.. Silap kami, tak check kat internet dulu..


posing kat mercu tanda jeti..

Dah tak tau nak pegi mana, abang syorkan kami ke Fremental atau lebih tepatnya Eshed Market. Tempat yang mesti dilawati bila datang ke Perth iaitu tempat menjual souvenir dan kraftangan..ada dua pilihan sama ada naik train atau feri. Kami sengaja memilih untuk naik feri nak merasa angin pantai. Tambang ke sana untuk kami 3 org (Danial free coz belum cukup 4 tahun), $57. Feri ni 2 tingkat. Kami duduk di tingkat atas coz lebih terbuka . Best juga.. dapat melihat Perth City. Perjalanan 1jam 15minit dirasakan sekejap sahaja tp agak memenatkan. Tp bagi anak2 memang sangat memboringkan.. Kesian plak..

Pemandangan Perth Pity dari laut

asyik melihat laut

Sampai kat sana je terus cari kedai makan, hanya terdapat dua sahaja kedai halal, iaitu kedai kebab dan kedai masakan India. Anak2 makan roti canai,harganya $3 sekeping. Saya dan abang makan kebab, $10 sebijik, kalo convert, mencecah rm 30 sebijik ..kat sini makanan yang dah siap memang mahal. Sekali sekali ok la..

baru turun jeti..muka pun penat jer..

Ronda2 saja Eshed Market. Tak banyak membeli barang. Saya cuma beli fridge magnet. Itupun abang yang pilihkan. Sebenarnya frust tak dapat shopping kat MYER tadi..hahah.. dah hilang mood shopping. Buruk benar perangai.. Anak dan abang beli topi sorang satu. Itu sahaja.  Nak bergambar pun malas.. masing dah kepenatan. Nanti nak balik Malaysia bulan 3, mesti datang lagi..belikan orang kampong souvenir. Lambatnya perjalanan masa..

7 comments:

Yanmie said... [Reply to comment]

salam

beshnye gi jenjalan...

Putra Mama said... [Reply to comment]

ooo.. rupenyer mat salleh ni pmls yer.. siap boleh tutup lg supermarket.. sabar jer la..

Ummu Ammar said... [Reply to comment]

Salam Mizah..

Bestnya catatan perjalanan awak ni Mizah..jeles plak rasanya..nanti ceritalah lagi ye..

cik ct payung said... [Reply to comment]

salam kak mie....

jelesnyer dengan org tu leh jenjalan sampai ke ostolia...bila la rezeki saya plak. tringin jg nk g tengok tempat org.

Hamizah said... [Reply to comment]
This comment has been removed by the author.
Hamizah said... [Reply to comment]

salam semua, jom la ke sini book awal2 tiket murah jer..

Hamizah said... [Reply to comment]

Putra Mama.. itu la saya geram dgn diorg nie..stok kat dpr mmg kena pastikan cukup.kalau x mana nak bli..