Dua hari lepas saya ke Farmers Jack, pasaraya berhampiran rumah untuk membeli kelengkapan dapur. Banyak jugalah memborong sebab sebelum tinggalkan Perth tiga bulan lepas saya telah mengosongkan peti sejuk untuk mengurangkan bayaran bil elektrik. Penuh satu troli hanya $150 (RM450).
Teringat ketika mula-mula sampai ke Malaysia baru-baru ni, hanya 1/3 troli terpaksa membayar RM150.Mahalnya barang kat Malaysia sekarang.Hai..kesian orang kampung!Orang yang berduit atau bergaji tetap kuranglah sikit bebannya, kan..
Kalau nak dikira, harga barangan kat sini setara dengan harga di Malaysia.Tapi orang kat sini gajinya besar.Kerja guard pun gajinya $5000.Jadi kalau orang kata barangan kat Malaysia lebih murah berbanding negara lain saya tak setuju sangat sebab gaji orang kita ciput sangat.
13 comments:
betul2.
kat sini pun mcm murah
betul2x..gaji murah la..tiap ujung bulan..habis semua dibelanjakan..huhu..
upppss...cantik template baru ni..in black! ^_^
Mizah..betul sangat, pampers, susu..keperluan asas utk budak2 pun mahal sungguh. Naik tanpa kawalan..kadangkala rasa geram juga..
mmg betul pun kak. kat malaysia harga barang asyik naik je tapi gaji pekerja tak naik2. mana la nak setara mcm tu. yg paling kesian kat org2 susah la
Mmg tak tahan harga barang kt sini yg mahal. Kalau dulu RM 150 dah cukup beli keperluan dapur...sekarang kena tmbah lg..klu dekat musim raya..hurm...lg la mencekik
dah balik ye....
setuju sgt.... barang kat Malaysia mahal melampau2, gaji ciput
salam kak hamizah, sy jmpa blog kakak melalui blog puan NB, seronok plak baca dr awal..
slmt berkenalan..
Miza;
betul lah..mmg gaji kat mesia ni agak kurang tp alhamdulillah dari yg tak de kan..?
hari tu govt sibuk nak naikkan gaji guard lani...senyap jer..
Selamat kembali..terus tukar template baru yer..moga terus bersemangat utk menulis dan memberi inspirasi..
bila la kita akan dpt layanan yg bagus kat msia kan..
marinahunny, selamat berkenalan..
pah, mdh2an dpt semangaat br sempena templete br
Post a Comment