Tuesday, March 2, 2010

Malaysia, Malaysia, Malaysia..

Seminggu lagi kami akan balik ke Malaysia.Semua isi rumah kini seolah-olah hanya badan di Australia, minda dah sampai ke Malaysia..

Abang hari-hari ke ofis untuk menyiapkan segala kelengkapan kerjanya untuk collect data di Malaysia.Macam-macam yang perlu diselesaikan.Print itu,print ini, taip itu,taip ini..Rumah juga perlu dibereskan kerana walaupun kami tiada dirumah, inspection tetap akan dilakukan oleh agen kami.Memandangkan kontrak baru je diperbaharui, dalam masa 3 bulan peninggalan kami mungkin dia akan inspect sebanyak dua kali..Jadi rumah mesti dalam keaadaan 100% memuaskan.Kalau tak, hilang bond bila nak keluar nanti.Abang juga la kena kemaskan kerana saya masih 'berpantang' buat kerja-kerja rumah yang berat-berat.Kesian dia terkejar-kejar nak menyiapkannya.Di samping tu dia jugalah yang pack barang-barang yang akan dibawa blk.75% dah siap.Tinggal lagi sedikit pakaian yang belum terisi dalam beg..

Saya hanya tolong tengok je lah..hehehe.Nak buat apa-apa kerja pun tak senang rasanyaSemua mood dah hilang yang ada hanya mood balik kampung macam orang angau lagaknya..Lain yang dibuat lain yang jadi.Kesimpulannnya mandi ingat kampung,tidur mimpi kampung, makan terbayang-bayang masakan mak, shopping ingat KB Mall, tengok pakaian ingat pasar Isnin kat Machang.Memang sah-sah hati dah terbang dahulu sebelum badan.Hmm lambatnya perjalanan masa..


ops! seksinya..

Anak-anak pun sama.Yang paling kelakar si Danial, bercakap pasal kampung seolah-olah dia ingat segala-galanya.Padahal ketika sampai ke sini dia hanya 2 1/2 tahun.Bila tengok gambar-gambar, dia mula membayangkan dia mandi di dalam kolam di rumah Tok Ma, naik motor bersama atuk, main-main bersama sepupu-sepupunya, Pak Su, Ayah Chik, Cik Na,Pak Uda.Tinggi benar imaginasi budak ni..

'Karangan' Danish..


Si Danish pula memang dia dah mampu ingat sikit-sikit pengalaman sebelum datang ke sini.Mungkin sebab dia dah enam tahun.Kelmarin bila abahnya minta dia tulis benda yang dia nak sangat buat masa ini, dia tulis 'I want go back to Malaysia. I want buy Lefo, car, train, Ultraman and football'..hehehe panjang pula senarainya.Sebenarnya kami kini sedang melatih Danish menulis segala aktiviti hariannya untuk melatih dia kemahiran menulis.Dah lancar baca tapi menulis masih lemah lagi..tengoklah tulisannya, kelakar sekali..

Apa-apa pun saya bermohon kepada Allah damikanlah hati kami menanti saat itu, serta selamatkanlah perjalanan kami nanti..

21 comments:

cik ct payung said... [Reply to comment]

"menghitung hari...detik demi detik...".

hehehe....sabaq kak mie, sabaq.....

Ibuhani said... [Reply to comment]

wah! x sbr2 mau pulang kan.........slmt pulang ke tanahair :)

mamalieyna said... [Reply to comment]

tak lama je lagi tu..selamat menghitung hari..hehe...mmg excited giler lah ni kan..^_^

zarin said... [Reply to comment]

tak lama dah tu...pejam cilik pejam celik..dah sampai kampung dah :)

Chik Na said... [Reply to comment]

tik tok tik tok...mesti dah tak sabar nak balik cuti kat Msia kan!!!!

yatie chomeyl said... [Reply to comment]

metar jah tu...tp meme x sabar la tunggu hari balik. tp bilo dh kat Msia..alaaa, kejap je rasa maso berlalu..dah nak balik perantauan semula huhuhy

Hamizah said... [Reply to comment]

hehehe nak blk terasa la lamanya..dah blk kejap je masa berjalan..

Lynn Nasir said... [Reply to comment]

salam kak,

banyaknye huruf "r" ke "v"..?

Nida said... [Reply to comment]

Salam Mizah..

waaa... bestnya, kalau Nida punlah, badan je kat sini.. otak dah terbang dulu balik ke Malaysia.

p/s: doa2kanlah semoga plan kami untuk ikut cik abang blik Malaysia collect data Julai ni berjaya dan menjadi realiti..aminnn

Hamizah said... [Reply to comment]

Lynn,
yg nampak mcm "r" atau "v" dia yang tick sendiri, kononnya dia jadi cikgu-semak buku pelajar..last sekali ada good..Dia nilai diri sendiri..hehehe

Hamizah said... [Reply to comment]

Salam Nida..
Mudah2an termakbul juga doa Nida dan family..best la balik bulan July sbb ms tu winter.boleh la larikan diri drp sejuk..bernyaman-nyaman di negara sendiri..hehehe

Nadiah Sidek said... [Reply to comment]

angau ye kak? hihi. nadiah pun agaknya gitu la kot kalau plan nak balik. otak awal2 dh terbang ke malaysia :D

zara aluwi said... [Reply to comment]

Assalamualaikum Hamizah,

Wah dah tak sabar nak terbang pulang ya... yalah tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula kampung halaman. Semoga segala urusan berjalan lancar.

nadnye said... [Reply to comment]

homesick... biasa la.. sabar sabar

maya amir said... [Reply to comment]

back for good? slmt kembali..:)

Hamizah said... [Reply to comment]

zara,
Insya Allah..

Hamizah said... [Reply to comment]

nadnye,
sshnya bila dokjauh..menjadi-jadi pula homesick ni..

Hamizah said... [Reply to comment]

fa10,
tu la kat cni pon g2 jg,kecik2 dah dilatih sambung2 tulisan..nampak xkemas..

Mak Su said... [Reply to comment]

insyallah, moga selamat perjalanan kelak...dan ceria ceria selalu

sya said... [Reply to comment]

sabar, sabar..
tak lari malaysia di kejar.. hehehe...

moga selamat sampai ye.. :)

Hamizah said... [Reply to comment]

sya,
Insya Allah mudah2an..