Saturday, March 27, 2010

Nyamannya di Bumi Sendiri

Lamanya tak update blog..Dah hampir tiga minggu saya kat kampung.Bukannya tak boleh nak online tapi memang tak berkeinginan langsung untuk mengadap laptop yang menjadi teman setia sebelum ini.Maaf ye tak sempat nak ziarah blog kawan-kawan semua.Ibarat orang tengah berbulan madu.Hmmm.. nyamannya menyedut udara di bumi sendiri.Jadi, saya akan memanfaatkan peluang ini.Hehehe

Saya selamat sampai ke kamping 9 Mac, dari aiport Kota Bharu kami menaiki teksi terus ke kampung.Wah!baru setahun meninggalkan negeri Kelantan, tapi dah banyak perubahan yang dapat dilihat.Tapi sepanjang perjalanan pulang ni dada saya tak berhenti debarnya.bukan sebab tak sabar nak jumpa family tapi dah lama tak menghadapi cara pemanduan orang Malaysia.Terasa di kaki saya ada break kedua.Hai! kecut perut dibuatnya.

Sejak balik ni tak sempat nak ke mana-mana kerana minggu pertama abang ke Kuching untuk menghadiri conference.Melangut saya kat rumah dengan anak-anak. Mujurlah sekolah mula bercuti beberapa hari selepas saya balik, adik yang mengajar di Johor ada balik, adik yang nak kawin bulan Jun ni pun balik sebab nak membeli kelengkapan hari besarnya. Jadi boleh tahan juga la busy saya menemaninya.Kurang boring saya.Sempatlah saya meronda-ronda bandar Kota Bharu.

Minggu kedua pula abang ke KL menguruskan questionaire.Sebelumnya dia kena siapkan 4000 ribu envelope untuk menghantar questionaire tersebut.Disebabkan dia busy dengan conference saya yang kena siapkan kerja-kerja menampal setem dan alamatnya.Hampir patah pinggang rasanya..Bila dia dah beres mengedarkannya, harap-harap ada kesempatan nak berjalan-jalan.

Minggu kedua di kampung juga, kami telah menghantar Danish ke sekolah.Kesian juga dia tak ada aktiviti kalau berada di rumah..Banyak juga cerita pasal Danish bersekolah di Malaysia.Insya Allah saya akan publish lain kali..


18 comments:

temp. housewife said... [Reply to comment]

balik kutip data berapa lama?

Hamizah said... [Reply to comment]

3bulan..bukan stakat kutip data.macam2 nak kutip ni..

Ibuhani said... [Reply to comment]

Salam Hamizah....slmt kembali ke tanahair. Mesti seronok nanti jumpa keluarga n kwn2 selama 3 bulan ni..... :)

paij188 said... [Reply to comment]

wah, alhamdulillah dah sampai malaya! :) have fun, take care! :)

yatie chomeyl said... [Reply to comment]

mesti puas hati make mace di kelate ;)

Nida said... [Reply to comment]

Bestnya.... Insya Allah kalau takde aral Nida pula ikut suami collect data di Malaysia.. harap2 semuanya seperti yang dirancangkan..

qaseh mas said... [Reply to comment]

Salam Hamizah
mesti seronok kan dapat balik ke kampung halaman.Banyak kerja tu...semoga dipermudahkan segala urusan.

mamalieyna said... [Reply to comment]

Salam Hamizah..

waaah best la dah ada kt bumi Malaysia..^_^..memang..bila dah ada kt kampung, nak membukak lappy pun takde mood kan..byk lagi aktiviti lain yg bleh dibuat..hehe..

Selamat bercuti, dan harapnya dapat la menghirup udara segar sepuas2nya ye..hehe..

Hamizah said... [Reply to comment]

salam kak ani..
best sgt2..tq..

Hamizah said... [Reply to comment]

yatiey,
semo benda nak dimake..bimbe weh kot naik berkilo2..hehehe

Hamizah said... [Reply to comment]

salam paij,
tq..

Hamizah said... [Reply to comment]

salam nida,
bagus la..best sgt berpoya-poya kat kampung ni..

Hamizah said... [Reply to comment]

salam Qaseh n mamalieyna..
tq..

fa10 said... [Reply to comment]

kiring sale ko oghe kapung....musim buoh ggapo lloni weh?

Nadiah Sidek said... [Reply to comment]

bestnya balik m'sia! huhu. enjoy la sementara ada kat sana :)

p/s: senang2, dtg la ambil award di blog sy :)

Hamizah said... [Reply to comment]

fa10,
ada doh duyey, mok tey tgh bunga tuh..hrp2 dam la nak ngap..

Hamizah said... [Reply to comment]

Nadiah,
insya Allah..

Syuhada Kamal said... [Reply to comment]

alhamdulillah dah sampai malaysia yer..seronok kan dpt duk tempat sendiri..selamat bercuti!:)