Saya selamat sampai ke kamping 9 Mac, dari aiport Kota Bharu kami menaiki teksi terus ke kampung.Wah!baru setahun meninggalkan negeri Kelantan, tapi dah banyak perubahan yang dapat dilihat.Tapi sepanjang perjalanan pulang ni dada saya tak berhenti debarnya.bukan sebab tak sabar nak jumpa family tapi dah lama tak menghadapi cara pemanduan orang Malaysia.Terasa di kaki saya ada break kedua.Hai! kecut perut dibuatnya.
Sejak balik ni tak sempat nak ke mana-mana kerana minggu pertama abang ke Kuching untuk menghadiri conference.Melangut saya kat rumah dengan anak-anak. Mujurlah sekolah mula bercuti beberapa hari selepas saya balik, adik yang mengajar di Johor ada balik, adik yang nak kawin bulan Jun ni pun balik sebab nak membeli kelengkapan hari besarnya. Jadi boleh tahan juga la busy saya menemaninya.Kurang boring saya.Sempatlah saya meronda-ronda bandar Kota Bharu.
Minggu kedua pula abang ke KL menguruskan questionaire.Sebelumnya dia kena siapkan 4000 ribu envelope untuk menghantar questionaire tersebut.Disebabkan dia busy dengan conference saya yang kena siapkan kerja-kerja menampal setem dan alamatnya.Hampir patah pinggang rasanya..Bila dia dah beres mengedarkannya, harap-harap ada kesempatan nak berjalan-jalan.
Minggu kedua di kampung juga, kami telah menghantar Danish ke sekolah.Kesian juga dia tak ada aktiviti kalau berada di rumah..Banyak juga cerita pasal Danish bersekolah di Malaysia.Insya Allah saya akan publish lain kali..
