Friday, November 4, 2011

Perasaan Bila Anak Minta Sleepover

Memang dah budaya mat saleh dari kecik lagi suka sleepover kat rumah orang.Danish turut terpengaruh.Sebelum ni dia dah merayu-rayu nak ke rumah classmatenya.Kami tak benarkan..Kalau setakat nak bermain selepas balik sekolah ok..Tapi kali ni dia berjanji dengan kawannya awal-awal.Nak tak nak kenalah benarkan.Lagipun ni last chance untuk dia sebelum kembali ke Malaysia.First n last..



macam-macam budaya..


Saya memang tak suka sebab, budak tu memang sah-sahlah kafir.Bimbang dia terpengaruh dengan gaya hidup diorang yang serba bebas.Bila berada di rumah diorang bermakna, tak solat dan tak mengaji al-Quran.Pening Ummi tau.Bab makan-makan pun bahaya juga.Sebelum pergi biasanya saya pesan berpuluh-puluh kali supaya dia tak makan bila di pelawa.Yang boleh hanya minum air kosong atau makan buah sahaja.Itu pun rasa cuak juga sebab pinggan gelas orang tu dah bercampur baur dengan segala benda haram..


bukan senang nak mendidik anak di negara asing..



Hakikat yang ini jugalah menyebabkan saya tak sabar nak balik Malaysia walaupun seronok berada di nagara orang, rasanya tak sanggup mengorbankan agama dan masa depan anak.Ikutkan hati memang suka kalau anak dapat meneruskan study kat sini sebab suasananya sungguh seronok dan tidak menekan.Tapi bila fikir terpaksa berdepan dengan cabaran-cabaran sebegini, saya tak sanggup..    

12 comments:

al-lavendari said... [Reply to comment]

kat sini pun tak terlepas juga dengan cabaran2 untuk mendidik anak, walaupun cabarannya mungkin tak sama dengan di Perth.

lamanya saya tak masuk blog ini ..

KhaiRin said... [Reply to comment]

dugaan dan cabaran...kt sini pon sm jg cuma tak la smpi menjejaskan akidah..

cpt2 blk sini tau!

Acik Erna said... [Reply to comment]

Hamizah..dugaan yang terpaksa ditempuh.
mudah2an dia ingat pesan ibunya.

a.z.r.i.n.a.03.07 said... [Reply to comment]

Betul-betul mencabar tu..


Apa kurangnya anak-anak kat sini Miza. Walaupun landasan dah ada tapi diketepikan...

MULAN said... [Reply to comment]

kalo yg dah byk travel n transfer esp kat Muslim countries, depa faham jgk.. pasal makan n time solat.. tapi kita tetap rasa tak selesa kan..

LadyBird said... [Reply to comment]

di malaysia cbrn berbeza.. di sana cabaran cr sana kak.. ape2pun.. lakukan yg terbaik..

yatie chomeyl said... [Reply to comment]

betul tu kak, at leats kalu di msi akito leh control dr segi pemakanan dio. kalu bab sosial, budok di msia lo ni pong samo sosial jah kot dgn anok mat salleh huhuhuuhuh

Chibi Maruko said... [Reply to comment]

sleepover semalam tak akan boleh metukar akidah sekelip mata melainkan di rumah tak ditunjuk ajar menjadi islam, sampai tak da basic tau halal dan haram, hal ni baru risau...

me balik msia bebaru ni, rasa moden gila KL tu sampai kejutan budaya kaedahnya...

Hamizah said... [Reply to comment]

alavendari,
betul..di mana2 ponada cabarannya..sekurang-kurangnya kat Msia kita senang nak kontrol dr segi makanan..


khairin,
kat msia pon kena berigt..byk juga kes murtad sekarang ni..skurang-kurangnya kat msia kita ada support dr famili..



kak erna,
alhamdulillah stakat ni senang menjaga anak2..tp sy kesian sbb bila blk dr rmh kawan mcm org kebulur sbb tahan lapar..nak bw bekal rasa macam xkena plak..


reen,
susah nak mjaga anak zmn skrg ni ye..

Hamizah said... [Reply to comment]

Mulan,
diorg xfaham sbnrnya..kita yg kena perjelaskan..


Ladybird,
insya Allah..mujur dah nak blk..



yatiey,
betul tuh..bila dok baca kat paper, rasa kat msia masalah sosial lbh teruk, cuma agaknya rasa lega bila kat ngr sendiri..


chibi,
kalau lama kat cni bkn semlm la sleepovernya..hehe..
tp betul la org2 kita pon lbh mat saleh drp mat saleh pon..

Anonymous said... [Reply to comment]

Terima kasih untuk blog yang menarik

Hamizah said... [Reply to comment]

sama-sama..