Monday, October 31, 2011

Petik Strawberry Masam

Tahun ni adalah tahun terakhir memetik stawberry tapi keterujaannya tetap sama seperti tahun-tahun lepas.Bukan tak boleh memetik strawberry lagi kat Malaysia, kan..Kat Cameron Highland  pun banyak ladang..Tapi bagi saya feel takkan sama, sebab strawberry kat sini memang besar-basar dan manis..Sambil petik sambil makan..hehe..Termakanlah segala racun dan baja-baja dari pokoknya..


 Danial bersama buah kegemarannya..


Danish~ rajin petik, sebijik pon tak makan

model-model tak berbayar..


Sedikit kecewa tahun ni mungkin disebabkan hujan terlalu lebat, buahnya agak masam.Danish dan Danial pula terlebih rajin, yang kecik-kecik pun dipetik juga.Tapi telan juga..Dah petik berkilo-kilo, takkan nak buang begitu sahaja.Teringin nak wat cheesecake lagi.Creamcheese habis stok pula.Nak wat jem pun anak-anak dah jemu..Apa lagi boleh dibuat dengan strawberry ni?


 apek, tuan ladang yang peramah..


 ni dia gaya orang 1st time petik strawberry..


ada juga yang teruja dengan tractor ni..

Inilah antara aktiviti terakhir di Perth..Dah nak balik dah..Sedihnya..

15 comments:

cheqna said... [Reply to comment]

beshnya..
cicoh ngan coklat kak eh...=)
koya2 macam datok ct n daruk K
ngeee

♥MAMASYAZA♥ said... [Reply to comment]

waahhhh best ni, bertuah anak2 mizah, ni satu pengalaman yg takkan dilupakan sampai bila2

KhaiRin said... [Reply to comment]

msam pon x pe la janji bw blk sini kasi kt sy.leh jg wat kueh hahahah..

nice view

luahfikiran said... [Reply to comment]

SALAM,
SUKA STRAWBERRY

kakcik said... [Reply to comment]

Pastinya nanti semuanya akan jadi antara kenangan terindah dalam hidup. :)

makdara TERdiva said... [Reply to comment]

kenduri stoberi nih :)

Ibuhani said... [Reply to comment]

Cina jugak yg berkebun kat sana ye....oh..nak balik M'sia dah ye?

julietchun said... [Reply to comment]

makan gitu pun sedap kan.

Lady Lavender said... [Reply to comment]

best!! alamak dah nak balik ke? sure teringat-ingat masa baru2 dtg dulu terasa adoi lambatnya masa berlalu. Tapi bila tiba masa dah nak balik hati pulak belum teringin nak balik lagi :-)

Nadiah Sidek said... [Reply to comment]

nadiah belum pernah lagi petik strawberry. harap2 tahun depan dapat la petik

Hamizah said... [Reply to comment]

cheqna,
kuat koya loni nih..hehe..

MAMASYAZA,
Insya Allah..diorg mmg beruntung..pasti akan merinduinya bila blk msia..

khairin,
boleh..nnti kita pos..
kuih apa tu?


LF,
saya pon suka semua benda masam tapi lagi suka mangga muda drp strawberry..

Hamizah said... [Reply to comment]

kakcik,
betul tu..xmungkin mudah dilupakan..


MDT,
betul..
sampai nak termuntah dah ni..hehe


kak Ani,
mmg byk cina kat cni..biasanya diorg ni pelarian perang dr vietnam..


Juliet,
dah xdaya nak makan..burpp..alhamdulillah


LL,
bila nak balik ni mcm perasaan..
suka sbb blk jumpa mak,
bila pk kena kerja blk..nak nangis je..


Nadiah,
kslau xkeja nak buat ok je..
iisi ms lapang..
yg penting dpt jumpa kwn2..hehe

Acik Erna said... [Reply to comment]

Hamizah..jangan sedih..gambar2 tu sebagai kenangan nanti..bila dah balik kesini..

a.z.r.i.n.a.03.07 said... [Reply to comment]

huhu bestnya....
dapat ke cameron highland pun jadilah...

siti murni said... [Reply to comment]

seronoknya petik "stoberi" fresh gitu! :)

dapat pi CH petik yang comel lote pun dah teruja sangat2..inikan pulak kalau dapat yang besar segar bugar macam tu...

buat chocolate dip lah kak mizah..ataupun makan as fruits salad...ngee...:D buat sorbet pun boleh...hehe..amvoi..banyak benor idea saya eh..