Wednesday, April 20, 2011

Berpantang Ala Mat Saleh??

Sebetulnya berpantang selepas melahirkan anak kali ni memang agak berbeza bagi saya.Ala-ala mat saleh gitu!!Kalau sebelum ni beberapa minggu pertama saya akan berpantang daripada makan ayam dan daging.Semua makanan bergoreng dan berlemak dihindari.Untuk memudahkan pencernaan dan penyembuhan luka agaknya.Hehe..main ikut je petua orang tua-tua.



Tapi kali ni, semuanya makan KECUALI makanan yang sejuk.Terutamanya sayur dan buah-buah seperti timun, bendi, terung dll.Takut juga bentan.Tak kuasa nak berpantang lagi.Mujur juga ada set bersalin Nona Roguy yang mak bawakan untuk saya sebelum bersalin tempoh hari.Memang berkesan.Dengan cuaca yang dingin kerana dah hampir winter saya sering terasa panas.Tapi bagusnya, walaupun panas, anak tak cirit birit walaupun BF.Mak juga bekalkan saya tungku moden elektik.Memang berbaloi memiliknya!



Berbeza pula dengan mat saleh, bab makan diorang tak jaga sangat.Semuanya bedal.Mungkin sebab arak digunakan untuk memanaskan badan jadi tiada masalah la nak makan makanan sejuk-sejuk ye.Tapi saya diingatkan midwife berkali-kali supaya jaga diri selama 6 minggu selepas kelahiran.Jangan buat kerja berat-berat, jangan buat apa-apa exercise, jangan memandu kereta..Biarkan diri pulih dulu barulah boleh lakukan aktiviti seperti biasa..

27 comments:

cik ct payung said... [Reply to comment]

saya kat sini pun tak berapa pantang pun. terutama makan. sebab mak saya sendiri pesan, makan la apa pun cuma amik skit2, test dulu penerimaan badan macamana. klu ada apa2 jgn makan. tp satu yg saya tetap ikut ialah selama 44 hari saya dan bb tak keluaq rumah jln2 melainkan utk ke klinik, balik kg.

Kak Aya said... [Reply to comment]

baguslah kalau makan set bersalin NR, kak aya jual set tu, ramai yang berpuas hati.

yatie chomeyl said... [Reply to comment]

aah ore putih mme xpantang mano kot kak. dulu sokmo terjumpo dgn mak2 baru lepas bersalin balik sendiri ke rumoh naik tren maso kat german dulu. kagum gilo tgk mace x sakit jah ore dio jale

Nadiah Sidek said... [Reply to comment]

nadiah pun ada beza gak sikit pantang kali ni. al-maklum le..pantang sendiri2..tak berdisiplin sgt :p

sayangsayangibu said... [Reply to comment]

tahniah dan selamat berpantang yg memang kena jaga bebetul, takut nanti jd mcm akk kena bentan
harap jaga kesihatan baik baik ye...

http://aniesandyou.blogspot.com said... [Reply to comment]

omputih ni mn berpantang.tgk celebrity. 2 mggu bersalin da pakai jeans jln sana sini

latest entry: Malas memasak

Zaitun said... [Reply to comment]

Kita orang melayu kenalah juga ikut petua orang tua2,banyak kebaikannya.

kak Erna said... [Reply to comment]

Hamizah..betul tu..jaga juigak pantang tu walaupun dok disana.
mana gambar terbaru dan nama baby.

♥MAMASYAZA♥ said... [Reply to comment]

betul tu, waktu berpantang mmg wajib pantang betul2, jaga pemakanan, jgn angkat berat, jgn lasak2,. bahaya

zaidah said... [Reply to comment]

orang putih memang tak pantang main bedal aje...yang banyak berpantang nie adelah orang kita...tapi untuk kesihatan diri jugak...so mizah jangan angkat berat...lelagi bersalin operatekan..

Affieza said... [Reply to comment]

Satu pglmn baru ni kak..hehe

cikpuanhady said... [Reply to comment]

ha'ah kan kak..konpius saya tgk omputih, anak kecik lagi rasanya blom abis pantang, tapi langkah laju dan besar, pakai seluar jeans..huhu..rileks je..

Blogshop kami :Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Meh klik sini

Jom skodeng :Belog Kami : Notre Belle Histoire

transformed housewife said... [Reply to comment]

maso sy beranok kat NZ pung pantang mainn pandai2 sediri. BUah2 dan sayurr2 meme sy berehi jd meme make. Hok minyok2 jah tok make.

anie,Nagoya said... [Reply to comment]

Assalammuallaikum.

mf Hamizah.kkanie dah lama tak sggh.kalo terlewat mnta maaf ya.selamat lahirkan si puteri tu.

kkanie tak penah berpantang.tp bab mkn saje jaga.

take care

Hamizah said... [Reply to comment]

baya,
samalah kita..MIL akak pon ajar camtu, kalau sesuai makan je..

Hamizah said... [Reply to comment]

kak Aya,
mmg bestlah..sblm ni pki set lain..rugi rasanya lambat jumpa NR..

Hamizah said... [Reply to comment]

yatiey,
x tkoyak kot..hehe

Hamizah said... [Reply to comment]

Nadiah,
pepon jaga diri tau..
Dl kalau kat Msia bolehlah wat sup ikan haruan,kan?tp tetap bselera bila mkn..hehe

Hamizah said... [Reply to comment]

sayangsayangibu,
penah bentan ye..takutnya..
insya Allah sy jg diri,tq..

Hamizah said... [Reply to comment]

anies,
xpe la diorg byk duit..hehe

Hamizah said... [Reply to comment]

kak zai,
betul tu..

Hamizah said... [Reply to comment]

kak erna,
nama baby iqleema..bkn xnak post gamba terbaru, tp asik pejam mata je xbest nak jd photographer pon..
insya Allah kalau dia dah aktif,sy upload..

Hamizah said... [Reply to comment]

mamasyaza & zaidah,
tq atas nasihat..

Hamizah said... [Reply to comment]

affieza,
terpaksa alaminya bila jauh dr ngr sendiri..

Hamizah said... [Reply to comment]

cikpuanhady,
diorg kebal, tahan sakit..hehe

Hamizah said... [Reply to comment]

nur,
dua2 anak lahir kt NZ ko?hebatlah dirg ni, kan?

Hamizah said... [Reply to comment]

kak anie,
dah dua mingg lebih..tq..