Wednesday, April 21, 2010

Tak Cukup Satu..

Sakit hatinya saya bila seorang kawan lelaki menyatakan hasrat untuk tambah isteri satu lagi melalui FB.Mentang-mentang isteri dia suri rumah, buta IT, sedap je dia bersuara.Saya cuma tanya dia "dah cukup ke iman di dada nak berpoligami?Aik..melenting pula dia.Katanya"Kenapa bila nak berpoligami semua perempuan mempersoalkan iman suami?".Tambah naik darah saya bila seorang kawan perempuan yang masih single memberi komen "Perempuan selalu menganggap suami hak milik mutlaknya"

Poligami memang dibolehkan tapi bukannya WAJIB ye. Firman Allah:

“Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak dapat berlaku adil, maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (kahwinilah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat supaya kamu tidak melakukan kezaliman.” (Al-Quran, surah an-Nisa’: Ayat 3)

Rasanya betullah pertanyaan saya tentang imannya. Sebab nak berpoligami bukannya senang.Hanya yang betul-betul mantap iman yang mampu berlaku adil.Kalau ikutkan nafsu, mesti jawapannya "Ya".Bila ditanya akal dan iman kenalah fikir banyak kali. Bukan senang untuk berlaku adil. Tanggungjawab seorang suami terlalu besar.Adakah anak dan isteri yang sedia ada telah dididik dengan ajaran Islam yang betul?Kalau sebuah keluarga pun tak mampu dikendalikan dengan baik.Rasanya baik simpan niat kemas-kemas dalam hati.Jangan sebab ikut nafsu terlepas peluang kita ke syurga.

Sebagai isteri, kalau diberi pilihan memang inilah perkara yang paling nak dihindari dalam hidup berumahtangga walaupun kita sedar suami bukan milik mutlak. Hanya yang dah bergelar isteri yang faham situasi ini.Saidatina Fatimah, puteri Rasulullah pun tak suka bila Saidina Ali menyuarakan hasrat untuk berpoligami apatah lagi saya yang memang tipis iman.Apakata anda?


P/S: Bukan nak menafikan hukum Allah, tapi sekadar nak menyuarakan pendapat.


25 comments:

a.z.r.i.n.a.03.07 said... [Reply to comment]

Setuju sekali Miza.

Selalu juga tanya abang kalau-kalau ada hati pasang satu lagi.. Bila dia kata nak ke? terus saya tak tanya sampai hari ni. Alhamdulillah.

Nadiah Sidek said... [Reply to comment]

betul2. kita bknnya nak menafikan poligami tu tapi tu la..mslhnya kebanyakn lelaki nak berpoligami hanya sekadar utk nafsu je. itu yg salahnya. dan kita pulak sebagai perempuan, sape la yg sanggup hidup bermadu..

Ibuhani said... [Reply to comment]

kesian anak & isteri dia....dpt ayah n suami cam tu....sepatutnya yg dah ada tu yg patut dijaga....

Mrs. Simplicity said... [Reply to comment]

penangan fb, macam2 implikasi. menakutkan. zaman serba canggih kan.

Chik Na said... [Reply to comment]

teringat komen dr. fadzilah kamsah 2,3 hari lalu di radio IKIM.... kebanyakkan lelaki yg beristeri lebih dari satu sekarang ni belum betul-betul cukup ilmu dan tak layak berpoligami..

zarin said... [Reply to comment]

berdebar rasa jantung hati bila baca entry ni...kawan husband ada yg kawin dua, sampai now dua2 wife tk baik n lebih rasa sedih sebab 2nd wife yg asyik mengekor suami ke hulu hilir..kesian 1st wife :(

Hamizah said... [Reply to comment]

reen,
kenapa tnya?kan dah kena..

nadiah,
mdh2an dijauhkan drp kita semua..

kak ani,
kesian kan kak ani..saya geram betul dgn dia ni..

Hamizah said... [Reply to comment]

alyyani,
itulah penangan teknologi bila terlalu canggih..nak mengumpat ke, nak mengeji ke,nak memuji ke serba senang

Chik Na,
diorg ni berlagak je lbh..pdhal zahur dan batin tak mampu..

zarin,
kesian plak 1st wife dia kan..maklumlah dah dpt pucuk muda

yatie chomeyl said... [Reply to comment]

sokong akak. kena bgtau isteri kawan akak tu suruh dia buka akaun FB jugak, uhuhuhuh

Fairus Basir from The Juggling Queen said... [Reply to comment]

nau'zubillah! tak baik betul org tu, kesian wife die. tulah masalahnye jenis lelaki ambik kesempatan.

yang pompuan single yang bg komen mcm cipan tu, sebb die belum kawin, dan tak kena batang hidung die.

lelaki lah namanye, semua sebb nafsu. mana ade nak tanggungjawab betul2. tau nak sernok, tak bole nengok org lawa sikit.. nau'zubillah. mintak jauhkan dari kite semua.

Nida n' Hanafi said... [Reply to comment]

Salam...

Nak berkahwin memang mudah, namun nak berlaku adil tidak semua yang mampu lakukan..

Hamizah said... [Reply to comment]

yatie,
problemnya akak xkenal wife dia,nanti i usahakan.kikiki..

Paij,
nak bertanggungjawab mmg susah,kan..ms nak kawin semuanya sanggup.dah kawen salah seorg pasti akan teraniaya..

Nida,
salam..betul2

Maiyah said... [Reply to comment]

beruntung le para isteri yg suaminya setia..

cik ct payung said... [Reply to comment]

saya pun tak menidakkan hukum tp utk diri sendiri mmg tak sanggup sbb kita kenai siapa diri kita, kemampuan kita.

Murni Alfathunnisa said... [Reply to comment]

mentang2 la isteri dia suri rumah saja...! tak pernah ke fikir pengorbanan si isteri..ingat kawin dan berlaku adil tu mudah...??

Syuhada Kamal said... [Reply to comment]

betulla tu..nk berpoligami bukan setakat mampu dr segi wang ringgit jer..bnyk yg kene pertimbngkn..jgn pk seronok atas dunia je..kt akhirat sana sengsara..sunnah nabi yg 1 ni la diorg duk angan2 nk ikut..camne ngan sunnah2 yg lain tu..huhu

maya amir said... [Reply to comment]

betul tu..tak baiklaa hsbndnye buat camtu.. ape perasaan wife die kalau terbaca mende tu.. die takleh under estimate wife die.. lagikpun, kenapa bab poligami, nak ikut sunah..tapi bab adil takmo plak ikut Al-Quran ckp ape.. saya jugak bukan menidakkan hukum..mslhnye mak saya yg menjadik bini kedua juga tidak dilayan dgn adil.. tapi alhamdulillah, die sedar diri tadek nak merungut.. bukan sume yg no 2tu indah kan?

p/s : ntah2 yg kawan pompuan single tu yg nak kawen dgn laki tu kot..

ummu said... [Reply to comment]

Salam Sis
masa saya warded dulu,saya pernah lihat seorang pelawat pesakit sebelah katil saya.pelawat tu nampak sugul je,anak2nya ramai tak silap 8 orang.rupanya suaminya nak tambah cawangan lagi.jumpa bakal isteri satu lagi di mukabuku...

saya pernah cakap pada seorang lelaki ni,lelaki kawin satu lagi sebab nafsulah ni?dia jawab,yalah,sebab nafsu salah satu sebabnya.nafsu lelaki kat situ je...

bab poli ni,kalau tanya kat saya,yang dah macam ni pun fizikal saya,saya rasa agak berat hati.tapi soalan bombastic nilah yang selalu ditanya orang pada saya even 1st time jumpa utk berkenalan(bukan suami yang tanya tapi orang luar).

ummu said... [Reply to comment]

sis,jangan lupa dijemput ambil award di teratak saya ya.entry saya pada April7 lalu.TQ

mamaarifakeemaisy said... [Reply to comment]

alahai kesian si isteri di rumah, suami dgn bangganya menyatakan hasrat tersebut bg 1 dunia tahu, waaah hebatlah dia! banggalah agaknya tu! kesian pd si isteri..hanya insan terpilih je mampu berpoligami, dan insan terpilih tersebut pastinya, yg btl2 mamtap iman dan tidaklah merasa bangga dan perlu diwar2kan sptmana kwn nadiah tu..kesian si isteri..betul tu..bila dh bergelar isteri baru tahu apa perasan seorang isteri..haish..pandai pulak berckp perempuan single tu ye...hukhuk..tumpang sedih!

Unknown said... [Reply to comment]

ada lelaki yang mampu. tapi ramai yang belum mampu. kan?

atie said... [Reply to comment]

Salam Ukhuwah...

Benda yang halal tapi kalau tak cukup syarat baik tak payah... btul tak

Anonymous said... [Reply to comment]

macam x kukuh jer alasan suami org tu nak kawin lg... alasan semata-mata
mintak jauh la benda2 mcm ni...

Anonymous said... [Reply to comment]

salams.. blog walking then terbaca atikel yg sungguh baguss!!!

well, like u say bukan menafikan hukum Allah..

sedangkan rasullullah sendiri pernah mengakui bahawa baginda as a rasul pon sukar utk berlaku adil terhadap isteri2nya apatah lagi manusia biasa ditambah pulak yg berpoligami atas dasar nafsu..

renungkanlah wahai lelaki...

Anonymous said... [Reply to comment]

poligami itu sebagai ubat.....hanya orang yang betul2 yg akan memerlukannya